Tahun Buka Topeng
Memula aku pergi ke blog Psittacula Alexandri dan dari entrinya Menjadi Aset Atau Libiliti aku dibawa ke artikel YADIM.
Aset atau Liabiliti?
31 December 2008Oleh ZALILA ISA
Seramai 4,749 orang pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun hadapan. Ini merupakan angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.
Majlis Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramalkan gawat pada suku tahun pertama dan kedua 2009…
Maknanya tahun 2009 ialah tahun pengangguran ek? Ramai yang akan dibuang kerja? Termasuk GRO ke? Dan para pekerja di dalam sektor dan industri perjantinaan? Atau sebenarnya bilangan pekerja dalam sektor perjantinaan pula yang akan bertambah sebab ramai yang dah tak bekerja dalam industri lain lagi dah sebab kena buang kerja? Hmmm… Masih ramai lagi ke orang yang mampu melanggan GRO dan pekerja-pekerja sektor perjantinaan tahun ni ek? Macam mana kalau pekerja-pekerja industri perjantinaan pun kena retrench gak? Nak kerja apa pula ya?
Bila tak ada kerja, maka tak ada duit. Bila tak ada duit, tak boleh bayar hutang. Tapi institusi kewangan masih terus kejar juga orang-orang yang berhutang supaya bayar hutang, termasuk mereka yang dah tak ada pendapatan. Pekerja-pekerja bank pun mesti akan ada yang hilang kerja, kan? Tapi pekerja-pekerja bank dalam bahagian kejar hutang tak kena retrench kot? Dia orang diperlukan sangat oleh taukeh-taukeh dia orang dalam keadaan bank membuka topeng-topeng untuk mendedahkan kesyaitanan diri sebenar selama ni… ekekeke… ayarrrkkk…! Tak kiralah bank tu buat skim Islamik atau tak… eheks…! kan? Bukan ke? Ke?
Kena buka bisnes jadi ejen kutip hutang kot tahun ni. Taukeh-taukeh tu boleh bayar ke servis kutip hutang ni? Orang-orang berhutang pula boleh ke bayar hutang dia orang yang akan dijadikan upah pengutip hutang nanti? Hmmm… Kena kerja sektor perjantinaan juga rupa-rupanya…
2 Januari 2009 pada 3:29 PM
aku pun salah sorang yang terancam….
pasal aku staff kontrak…
tapi takpa aku dah aim transporter yang bawak barang berharga tapi takda kawalan keselamatan……
hmmmm lazat………….
2 Januari 2009 pada 3:38 PM
Huh??? Boleh daftar membership sama tak? Hehehehe…