Haiwan Mitos Melayu

Definisi Kamus Dewan bagi perkataan mitos

  1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 
  2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;

Hari tu Phat-lee tanya satu soalan – “Apa haiwan mitos orang Melayu?” Hmm… interesting. Kancil gamaknya? Kira mitos definisi kedua le Sang Kancil tu kan sebab pertama, Sang Kancil tu pandai sedangkan kita semua tahu secara saintifiknya kancil bukan sekadar tak pandai tetapi juga bongok… eheks… Kedua, Sang Kancil tu pandai bercakap. Sungguhlah amat mitos definisi keduanya… ekekekeke…

Anyways, Cina ada naganya. Agak interesting juga lagenda mitos naga ni kan? Betul ke mitos? Orang Puteh pun ada naga sebagai mitos dia orang kan? Tu yang interesting tu – haiwan naga ni boleh wujud di benua – satu sebelah sini bumi dan satu lagi sebelah sana bumi. Macam mana dua benua dan dua dunia berbeza zaman tu boleh berkongsi haiwan mitos yang sama? Barangkali naga tu memang wujud agaknya, ek? Rupa naga tu memang sebagaimana yang digambarkan. Part keluar api dari mulut tu mungkin tokok-tambah. Part boleh terbang tu mungkin betul. Pendek kata mana-mana sifat naga yang sama di kedua-dua dunia tu boleh jadi betul. Sifat-sifat yang berbeza tu boleh jadi mitos.

Dan aku rasa, masa tu mungkin ada sekor tu je naga cacat tu. Naga mutant. Atau mungkin saki-baki dinosour terakhir kot? Naga yang sekor tu terbang ke serata dunia. Dia singgah kat Eropah dan China sebab kedua-dua benua tu boleh le dianggap penghujung dunia. Di China, dia dipuja. Di Eropah, kena penangan dragon slayor.

Macam ikan duyung le kot, kan? Kan? Orang kata mitos. Tapi macam kisah naga tadi, benua Eropah pun ada mermaid. Jadi kita dapat kisah ikan duyung tu daripada penjajah dulu-dulu atau dia orang yang ceduk kisah duyung daripada kita? Entah le. Atau sebenarnya memang kedua-dua dunia ada kisah duyung memasing. Tapi penemuan dan penangkapan serta pengerasan ikan duyung kat Jepun tu mungkin menjelaskan teori naga tu tadilah agaknya, ek? Bahawa duyung memang wujud. Tapi menengok pada gambor ikan duyung yang Jepun dapat tangkap tu… eeiii… tak ada le lawa ikan duyung ni!

Gambar dragon kat atas tu cantik tak? Aku kidnap dari Arthouse Blog… eheks…
About these ads

44 Respons to “Haiwan Mitos Melayu”

  1. bukan banyak ke haiwan dongeng orang melayu naga tasik chini ade,jentayu langkawi ade,sulur bidar tasik kenyir,babi tunggal yang kebal tu,ular alai boleh berkokok,merbuk putih pakai cincin yang sape cuba tangkap mati kene patuk,ape lagi ye……….

    ular yang berjanji macam macam mase musim mengundi…..
    tu lagi banyak setiap negeri dan daerah ade

  2. ular yang berjanji tu kira baru lagi la

  3. penjejak haiwan mitos Says:

    ader aper lagi ark haiwan yg baru dicipta..????

  4. pantek @nd brengsek

  5. super_value79 Says:

    ULAR ALAI mmg ada.. kat area pahang kat bentong pun ada gak.. besar lebih kurang saiz batang pokok kelapa.. blh berketak mcm ayam betina nak bertelur..mayb jelmaan jin sbb x ada bukti sisa kulit atau dia mkn kulit dia semula slepas selesai proses salin kulit.. biasanya hidup berpasangan dan sering berada berhampiran kawasan anak sungai atau tali air.. amat pantas dan blh menegakkan badan sekiranya terasa terancam..ada yg mengatakan ianya dari spesis king cobra namun setakat ini tiada kematian di laporkan dan hanya menjelmakan diri utk beberapa ketika shj..

    • Besar batang pokok kelapa? Walaweh…! Tu kiranya lagi besar daripada anakonda kan? Dia makan apa ek?

    • fiqri13 Says:

      serius aku percaya.. ular ni.aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri pada tahun 2005 semasa aku berumur 16 tahun. beb.mmg besar ular tu..mcm ko cakap td.besar pokok kelapa. aku pun terkejut.dan aku lihat ular ni kat kg aku di kuala krau.temerloh. waktu tu dalam tengahari.kalau lah masa tu aku ada video cam or etc aku mesti record..coz its very un believable..seriously.dan mulai saat tu..asyik menghantui fikiran aku..

  6. super_value79 Says:

    jerumun atau pun sarang nya juga tidak dpt di kenal pasti kedudukan nya dan sekiranya berpasangan tentunya ia akan membiak lantas mengukuhkan lagi bahawa ular jenis ini adalah jelmaan jin semata mata.. wallahuaalam..

  7. ami hensem Says:

    ikan duyung cantik ape…aku pernah ke PD jumpa beberapa eko kt pntai..siap pakai bikini lagi..

  8. ami hensem Says:

    err….maut soalan tu?? nak kena jawab jugak ke?

    • Tak payah le sebab soalan tu bertanya apa yang dicover. Kalau bertanya apa yang diselak atau yang dibuka, yang tu memang aku nak sangat jawapannya…!!! Ekekekekekek…

  9. Aku pun rasa 50-50 lah pasal benda-benda macam ni.Tapi keyakinan aku tu adalah.Mungkin naga atau haiwan2 yang pelik ni hanyalah spesies yang tersesat dari zaman DINOSAUR atau pun kacukan.

  10. aku rse bab nage 2 memg wujud kowt..
    ade orng ckp nge 2 dri spses ular yg bertapa..
    bile aku pikir knpe ular 2 bertapa??
    tu kita x tau sbb mse mnusia x teroka smua hutan msti ade kisah at dlm hutan tu.. kisah yg tjadi antara binatang, alam dan tuhan..
    mngkin bila dh cukp lme die bertapa smpi tumbuh tnduk dn jd plek, tuhan kurniakn dia satu keistimewaan.. die lah naga yg menjaga..
    eh, mawas 2 ape??
    big foot mlaysia ke??

  11. ansri abdullah Says:

    kat kampung gua ada cerita dongeng lagi panas, cerita tentang seekor kambing boleh makan rumput, lagi aneh gua rasa.

  12. kambing ajaib

  13. burung garuda tu agak2 btol ke..

  14. chapeack93 Says:

    agak-agaknyerla wujud tak binatang ni? Ambo rasola h wujud kot(kto main2 jerw)

  15. [...] Haiwan Mitos Melayu January 2009 32 comments [...]

  16. Bentara Anak Jawa Says:

    masa kat akhir zaman sok ada makhluk ALLAH (haiwan melata) yg memegang tongkat Nabi Allah Musa a.s dan menyarung cincin Nabi Allah Sulaiman a.s,namanya DAABATUL A’RD.korang tak payah susah2 nak cari ULAR BESAU2 ni,sapa2 yang MALAS2 NAK SOLAT FARDHU 5 WAKTU,kat dalam KUBUR sok dia akan ditemani,dibelit,dipatuk dgn Ular yg bernama ASYUJA TULL AQRA hingga Hari Kiamat.SETITIK BISA nya sekira jatuh di atas Bumi,maka segala tumbuhan tak akan hidup untuk selamanya.(korang takut tak?) tapi kalo korang beriman n bertaqwa pd ALLAH n RasulNYA sungguh2,nanti dapatlah jumpa dengan BURAQ,haiwan tunggangan Rasulullah SAW masa Israk dan Mikraj.ni smua haiwan2 makhluk ALLAH di Alam Ghaib n kita WAJIB utk beriman mempercayainya.ku pohon 10 jari kemaafan kpd smua..

  17. Bentara Anak Jawa Says:

    member aku pernah keja kat Pulau Besar Melaka,satu hari dia g blakang pulau yg menghadap laut luas,di suatu sudut tepi pantai yg berbatu,terlihat sesusuk tubuh sedang mengirai rambut panjang mengurai n mempunyai ekor seperti ikan terjuntai2.ape lagi member ni terperanjat beruk la…demam seminggu beb.aku pun ada “barang” berasal dari makhluk ALLAH yg bernama Duyung ni.Guru aku bagi.Alhamdulillah….

  18. kau nk tgk ular alai x ….tp aku x pasti lah btol ke x ….sebab ular ni mati kat pahang waktu orag tebang balk kt pahang

  19. apahal nanti add aku dlm fb

  20. bkn bnyk lagi ke kisah semua ini

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 783 other followers

%d bloggers like this: