Managing Director vs Mat Despatch

Jawatan dalam sektor swasta bukan macam dalam tentera atau sektor awam, kan? I mean, Pengarah di Jabatan Kerja Raya mesti sama level dengan Pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan, kan? Bukan ke? Atau ada gred-gred pecahan lagi? Kalau tentera pula, Leftenan tentera darat Malaysia dengan Leftenan tentera darat Singapura mesti setaraf, kan? Standard antarabangsa gitu… perghhh…!

Tapi sektor swasta lain. Tak ada national atau international guideline ek? MD dalam Adsoft Corporation Berhad tak semestinya setaraf dengan MD dalam Pawana Sdn. Bhd. kan? Entah-entah MD tu bukan Managing Director tapi sebenarnya Mat Despatch… ekekekek… Begitu juga GM dalam Sime Darby Berhad tak semestinya setaraf dengan GM dalam Indah Water Konsortium, kan?

GM dalam sebuah kompeni mungkin CEO kompeni tu, manakala dalam kompeni lain boleh jadi hanya ketua jabatan saja. Boleh jadi. Semuanya bergantung kepada saiz organisasi, dan juga kepada suka hati tuan punya syarikat tu le nak bagi gelaran apa pun. Kalau dia tu owner, kekadang kad perniagaan saja ada dua tiga – satu jawatan Managing Director, satu jawatan General Manager, satu lagi jawatan Executive Director. Tu dia!

Senior Manager sebuah kompeni mungkin menguruskan satu bidang spesifik, manakala Manager sebuah kompeni lain menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan seluruh kompeni tu.

At the end of the day, yang relevan hanyalah pendapatan – gaji, elaun, perks, bonus bla bla bla… Sebab tu agaknya dalam sektor swasta, sorang Eksekutif di sebuah syarikat pendapatannya jauh lebih tinggi daripada seorang Pengurus di syarikat lain. Bukan ke?

2 Respons kepada “Managing Director vs Mat Despatch”

  1. terlalu banyak perbandingan… ahaha… gud!

Tinggalkan jawapan