Telur Cili Padi

Kat mana sebenarnya tempat makan yang memang betul-betul faham dan boleh ikut instruction dengan betul dan menepati kehendak dan cita rasa ek? Kalau nak nasi goreng kampung pedas, kat mana boleh dapat menu tu yang memang betul-betul perencahnya dibikin pedas, bukan sekadar tambah extra cili padi je? Kan? Biasanya bila order pedas, kedai akan letak tambahan dalam dua tiga biji cili padi daripada biasa dalam menu tu. Tu je. Rasa nasi goreng tu sama je dengan yang tak pedas punya. So kalau nak pedas, kunyah cili padi tu sekali. Tapi tu pun bukan boleh dapat kunyah dalam setiap suapan… adoi laaa…

Telur tiga suku masak pun gitu gak. Dua tiga kerat je kedai yang boleh buat telur tiga suku masak yang perfect kan? Sangat perfect sampai telur tu rasa sedap banget, walhal telur ayam gak tu. Bukannya diganti dengan telur orang atau bunga telur pun. Kedai-kedai lain sebutlah berapa suku masak pun, yang tiba nanti kompem setengah masak je. Kadang-kadang suku masak pun ada. Jarang-jarang tapi berlaku juga ialah telur yang tiba tu tak masak langsung pun ada kan? Perhatikan pelanggan yang order telur tiga suku masak tu. Ekpresi wajah dia dari manifestasi emosi semasa telur tu sedang dipecahkan hingga ke peringkat isi telur tu dikeluar dan dituang masuk ke piring atau mangkuk menceritakan sejuta kisah, kan? Masa nak pecahkan telur tu muka suspens je. Bila isi telur dituang je — well… gembira atau duka yang merias wajah boleh buat satu episod telenovela tu… Aharks…!

Susah ek nak ikut instruction camtu? Kena naikkan harga ek?

8 Respons to “Telur Cili Padi”

  1. ..sekali je leeee….. tak datang makan situ lagi dah ……
    ” wa punya bapak bukak ini kedai , kasi orang makan ……bukan panggil lu makan serupa lu punya bapak punya kedai…. !!! “

  2. owh saya sarapan di rumah..haha

  3. phatlee Berkata:

    macam kenal je meja tuuu….

  4. phatlee Berkata:

    hahaha…kalau menu telur separuh masak tu, gua kenal sangat la sapa yang ordernyeee…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers