Kaki Kiri Kaki Kanan

Posted in Uncategorized on 30 Jun 2017 by Najwa Aiman

selipar durian

Ustaz kata—

Sunnah melangkah masuk masjid kaki kanan, dan keluar daripadanya kaki kiri. Dan ustaz kata sunnah pakai selipar/kast kaki kanan dulu.

Tapi tadi keluar dari masjid, nak sarung selipar, kaki kanan masih kat dalam masjid, kaki kiri yang dah terjulur keluar.

Maaf

Posted in Orkid, Uncategorized on 3 Julai 2016 by Najwa Aiman

Tanggal

Posted in Uncategorized on 18 April 2015 by Najwa Aiman

Hari ini
tiga tahun lalu
kita ketemu
kucupan bertamu
dan aku
tertipu…

Engkau

Posted in Feminin, Orkid on 30 Mac 2015 by Najwa Aiman

Kenapa Masih…?

Posted in Uncategorized on 3 Jun 2014 by Najwa Aiman

gurney-hotelMelintas lagi kat sini. Kusangkakan dah buang habis dan terlupa. Kusangkakan dah menjadi benci. Tapi tetiba dalam memori ia kembali. Lantas pilu dan risau hadir di hati…

Sungguh… Aku mahu kau pergi. Pergi… Pergi…

Mimpi Untuk Yang Tidur Saja

Posted in Famili, Nostalgia on 10 Februari 2014 by Najwa Aiman

Orang kata, mesti berani bermimpi. Dare to dream. So? Ada berani…? Ekekekeke… Entah… Yang aku tahu mimpi dalam tidur ni datang ikut suka dia je. Tak suruh datang pun, datang juga. Kan…? Bukan ke? Ke…?

Apa-apa hal pun, you know what it really means kan? Aku memang bermimpi setiap hari both dalam tidur dan jaga. Mimpi dalam jaga tu yang masalahnya, sebab bila dalam jaga, mimpi mesti dijadikan nyata. Tu yang payah tu. Tapi kalau hidup tak bermimpi, sakit wooo… Umpama tidur tak bermimpi, boleh bawa mati wooo… Tak percaya? Tanya doktor. Aku tahulah. Aku kan doktor? Aharks…

Anyways, bila bawa Azizy dan Haziq ke taman mini belakang rumah semalam, bernostalgia le pulok tentang zaman aku belum baligh dulu. Jongkang-jongket zaman aku dulu daripada kayu. Tak ada spring. Masa turun ke tanah tu memang terjongkang dan terjongket sungguh dibuatnya. Tak ada srping nak jadi absorber. Zaman belum baligh dulu mana pakai spender. Jadi kalau terhentak time parking tak betul tu… Adeh…! Senak gak weh!

Tapi gelongsor zaman aku dulu tak best macam zaman sekarang. Sekarang boleh pusing-pusing. Dulu punya gelongsor panjat tangga belakang, turun gelongsor lurus ke bawah. Tu je. Kalau thrill pun sebab ada gelongsor yang tinggi. Tangga pusing-pusing. Tapi gelongsornya tetap lurus. Pun daripada kayu juga. Bahaya betul… sebab silap-silap buntut boleh masuk selumbar beb! Lasaknya bebudak zaman tu walaupun tak selasak zaman sebelum tu.

Jadilah tua. Tapi jangan berhenti bermain beb! Pada ketika kita berhenti bermain, kita dah pun mati di dunia…

Selamat Hadir Aimy Irdina

Posted in Famili on 31 Januari 2014 by Najwa Aiman

Bukan dirancang. Allah SWT akan beri apa saja mengikut kehendakNya yang sentiasa bersebab. Aiman Zulkifli, Aimy Najwa, Aiman Azizy, Aiman Haziq kini dapat kawan baru — Aimy Irdina, bequeathed 29 January 2014, 28 Rabi’ul Awwal 1435 at 12″05 PM. Aku dah hampir sangat ke ofis. Tergerak hati nak berhenti di R&R Dengkil. Tak tahu tujuan apa. Lepak minum Nescafe. Baru nak naik semula ke kereta, alerted.

Selamat hadir duhai puteri baru. Amanah daripada Allah… Sangat berat memikul amanah zuriat duhai Tuhan… Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT akan kita semua. Semoga kita mati dalam Islam, dalam iman hendaknya… InsyaAllah…

Haziq dah tak boleh nak manja-manja sangat lagi, and he knows that. Dia dah start ngada-ngada minta perhatian… eheks!

Aiman tahu he has extra responsibilities now. Lving brother yang akan take good care of his brothers and sisters.

Najwa finally dah ada kawan. She has to be more feminine now and guide her little sister to be a lady.

 

Azizy dah ada little sister sekarang. Bukan sekadar big sister je. And being him, he will look after and entertain his younger siblings at whatever costs including sacrificing his own needs and interests.

P/s: Sowi Irdina Abah tak sempat lagilah nak puisikan kehadiranmu. InsyaAllah bebila abah dah relaks sikit erk…

Orkid

Posted in Puisi on 19 Januari 2014 by Najwa Aiman


Dan Jijiknya Insan Yang Menipu…

Posted in Bebel, Famili, Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Setiap hari dok fikir macam mana cara nak ajar Putera dan Puteri dua perkara — JUJUR dan BALAS BUDI. Zaman makin kejam. Masa dunia makin singkat. Bukan senang nak ketemu orang yang ikhlas menolong. Apatah lagi berkorban demi kita. Suami atau isteri sendiri pun belum tentu sanggup buat tu semua untuk kita, apatah lagi orang lain.

Jadi bila ketemu orang yang ada untuk kita tatkala kita memerlukan, walaupun mungkin bukan sentiasa, tapi biasanya dia ada dan dengan ikhlas dan rela sanggup membantu malah berkorban segala-galanya yang dia ada untuk kita, maka berlaku jujurlah dengan dia, dan balaslah budinya sedaya upaya. Jangan sakiti dia walau sedikit. Bukan sebab kita nak dia terus menerus membantu dan berkorban untuk kita, tapi sebab kita mahu mudah-mudahan Allah SWT akan tunjukkan kepada kita jalan dan beri kita kekuatan untuk buat perkara yang sama demi mendapat ganjaranNya, insyaAllah…

Putera dan Puteriku… jauhilah oleh kamu insan yang menipu dan memperdaya. Sesungguhnya mereka teramat jijik, dan kebejatan serta kejelekan mereka boleh terpalit kepadamu!

Tahun Empat

Posted in Sosial on 15 Januari 2014 by Najwa Aiman

Dan hari ni, staf beta yang kesemuanya sahabat-sahabat beta buat surprise pulok. Adeh… Kenapa? Kenapa? Timkaiiii…? Nasib baik aku macho dan tak nangis… Ekekekekeke…

Tahun ni tahun empat. 2014 dan 44. Kalau ikut prophecy Cina, ni banyak sangat nombor mati ni. Aku mati dalam tahun ni ke? Entahlah… Adoi… Cukup ke bekalan? Dah dimaafkan ke semua dosa oleh manusia? Dah memaafkan ke dosa-dosa manusia ke atas aku? Dah diampunkan ke dosa-dosa aku terhadap Allah SWT? Entahlah… Yang pasti yang nombor dua tu. Aku belum memaafkan semua orang. Belum!

Terima kasih para sahabat sebab belikan kek tu. Sedap! Mana kau orang tahu bahawasanya aku suka — inter-alia — kek blueberry? Aku pernah kasi tahu ke? Macam tak pernah jek… Tapi kau orang tahu gak! Uks… Bahaya betullah kau orang ni. Takut aku! Anyways tengkiyu my frenz. Aku makan sikit je, as you all know.

It was fun! Walaupun surprise tu sebenarnya dah kurang thrill sebab aku macam dah agak ada sesuatu yang menanti. Kau orang belum cukup terer nak cover line. Tahu macam mana aku boleh syak? Pigi dah… Nak celen orang IR sezen macam aku erk. Ni kau orang punya blow—

  1. Selalunya kereta dah sampai depan masjid KLIA pun masih lagi tak berjawab soalan “Nak makan kat mana ni? Nak makan apa?” Tapi hari ni decision dah dibuat SEBELUM keluar ofis aku lagi! “Kita makan kat Al-Fidha la bos erk,” kata Radi. Erk…? Tetiba buat decision pantas tanpa ada sesiapa pun tanya… Choyyyy….!
  2. Nurul Maisara yang memang kalau dunia dah nak kiamat pun takkan ikut pergi breakfast atau lunch sebab takut bapak dia marah, tetiba hari ni join! Errr… ada mental problem ke dia atau… Hmmm… Something’s fishy…
  3. Semua… I repeat… SEMUA staf IR pergi lunch di luar, SERENTAK dan di tempat yang SAMA! Sanggup konvoi dua kereta lagi! Ni cuma akan berlaku bila IR ada official function je.
  4. Link to clue number 1 above. Tak pernah-pernah selama aku kerja kat sini, Radi buat keputusan tentang lokasi nak makan. Tak pernah beb! Dia akan biar orang lain decide kat mana nak makan. Tapi hari ni, tanpa bertanya sesiapa, out of the blue, dia pula yang buat keputusan! Ekekekekeke…

Lain kali nak cover line tanya akulah caranya weh! Sebab aku gemar tak nak cover line sendiri. Bukan tak reti, tapi tak thrill la cover line. Pengecut je yang suka cover line ketat-ketat macam Zahrain… Keluar dinner dengan bini orang staf Dept lain dan fikir orang tak tahu. Kat ofis buat macam tak kenal. Tapi dalam BBM, messaging, email, perghhh….! “Ayunya dia berbaju kurung..” Pigi dah! Ekekekekeke…

Anyways frenz… thank you so much sebab remind yang aku dah tua. Choy! Wokeh! You are the best! 400 over cases for the whole last year and you all managed with just 3 + 1 personnel! And that includes investigation, documentation and prosecution. Plus handling punishments and appeals. Wow! Average 100 cases per person. Frenz, kita cuma ada 365 days in a year (tu termasuk weekends, public holidays, rest days and off-days taw!) and you all thrived with 400 over cases! You are the best!

My friends, as of now I don’t just support you. I salute you!