Arkib untuk Mei, 2005

Ada Ketikanya

Posted in Puisi on 26 Mei 2005 by Najwa Aiman

Ada ketikanya
air mataku menitis
kerana sakit hati
akan gurauan jahatmu

Ada ketikanya
air mataku menitis
kerana teramat benci
akan sindir cacimu

Ada ketikanya
air mataku menitis
kerana marah yang membara
akan perlakuan layananmu

Namun setiap ketika
air mataku menitis
bila terkenangkan tentang kita
dan setiap yang telah kulalui bersamamu….