Arkib untuk 12 Disember 2008

Hero Filem Yang Paling Handal

Posted in Filem on 12 Disember 2008 by Najwa Aiman

Ada ke yang handal? Ekekekeke… Anyways, oleh kerana aku bukan kaki wayang atau tangan wayang mahupun siku wayang atau buku lali wayang, maka hero aku hanyalah dari filem-filem yang aku pernah tonton je la. Dan dalam bebanyak filem tu kan, aku rasa-rasalah, hero yang paling handal ialah Sean Connery dalam Entrapment… eheks. Sivaji the Boss pun tak boleh celen tau. Kau orang pun mesti pernah tonton filem ni kan? Aku tonotn pun sebab ada Catherine Zeta-Jones tu je. Daklam satu adegan dia orang berdua buat stunt terjun dari Menara KLCC tu, terus landing kat Georgetown Pulau Pinang! Huh! Dasat tuh! Sivaji boleh buat camtu ke? Ekekekeke…

Selain daripada Sean Connery, siapa lagi ek? Cicakman, Superman, Batman, Spiderman, Marathon Man, Kluangman sumer tu tak boleh ambil kiralah kan? Kan? Jadi mengikut kepala otak aku yang jarang-jarang digunakan ni (second hand value tinggi tau), next hero handalan selepas Sean Connery mestilah… hmm… siapa ek?

Jangan Gesel-Gesel Hari Ni

Posted in Bebel on 12 Disember 2008 by Najwa Aiman

Memanglah aku suka perempuan weh! Ingat aku ni homoseks ke haper? Cet! Ekekekeke… Anyways, tak semestinya bila aku suka perempuan, maka perempuan tak ada perangai yang buat aku menyampah. Ada… Regular pula tu. Seminggu sekali. Tapi spesis perempuan ni lebih spesifik – perempuan Muslimah. Kalau prempuan kafir buat camni aku tak marah pun. Tak terasa hati pun. Terasa keras jek la… tapi kalau perempuan Muslimah buat, aku rasa marah. Errr.. rasa keras tu pun kekadang ada gak… eheks! Tapi memang rasa menyampah dengan dia orang setiap hari Jumaat tu ada.

Aku biasa solat Jumaat kat masjid perumahan orang kayalah, kan, kan… eheks! Sebab masjid tu ada aircon. Tapi rutin aku biasanya sebelum solat tu aku mesti singgah kat parking lot luar premis masjid tu dulu. Setiap hari Jumaat kawasan parking terbuka tu tak dikhaskan untuk parking tapi untuk gerai makan. Penuh dengan macam-macam gerai makanan macam pasar malam je tau kat situ setiap tengah hari Jumaat.

Puak-puak Muslim memang ramai kat situ macam… macam… hmm… Macam pasar Ramadan waktu habis pejabat kot… eheks!  Tapi golongan Muslim nak makan dengan segera sebab lepas ni dia orang kena masuk masjid nak tunaikan solat Jumaat sambil beriktikaf dalam dengkuran zikir. Tapi kan… puak-puak Muslimah pun nak ikut sama berebut-rebut beli makanan gak masa tu… Aiyoo…! Bila dah berebut beli makanan, berebut tempat duduk pula nak makan. Bila dah duduk makan, sambil makan tu sembang-sembang lagi pasal warna kebaya kawan dia, material baju kurung kawan sorang lagi, tali bara yang dekat nak putus, kelembutan kain spender yang menggesel bulu… bla bla bla… Lama pula tu. Weh! Orang jantan nak cari tempat duduk gak tau nak makan. Lepas ni kita orang nak masuk masjid untuk tidur pulak tau!

Tak… bukannya beta marah, tapi beta nasihat je la. Kalau hari-hari lain memang digalakkan sangatlah kaum Muslimah berebut-rebut beli makanan dan tempat duduk dengan kita orang. Sumpah! Memang digalakkan! Kalau nak gesel-gesel geli-geli masa berebut membeli laaaagi digalakkan sesangat! Malah kalau nak ajak join sembang tentang g-string atau tak pakai g-string langsung sambil makan pun wa sanggup wooo..!

Tapi hari Jumaat janganlah ek… Gesel-gesel pun jangan, sebab aku dah sedia wuduk dari pejabat… eheks!

Meh Mencarut Jom!

Posted in Bebel on 12 Disember 2008 by Najwa Aiman

Ramai yang marah sekarang ni ek? Tahun dah nak habis tapi kompeni semua tengah tak ada duit… ekekekeke… Dah tu? Apo nak buek? Masa ni le musim mencarut-carut ni. Perghh…! Untung-untung ada perkataan baru tercipta. Boleh gak tambah perbendaharaan kata ek? DBP pun bolehlah keluarkan Kamus Dewan edisi baru lagi. Adoi laaa…

Istilah carut baru apa yang orang akan buat tahun ni ek? Isy isy isy… Apa yang aku merepek ni ha? Tak ada apalah. Masih lagi dalam fasa testing WordPress ni. Tak macam Blogspot, dalam WordPress kalau nak modify CSS kena bayar beb! Waduh waduh! Bayar ikut hari tau! Mak aii…! Bayar dalam USD lagi tau! Bijak… bijak… Yang buat WordPress ni le yang bijak. Yang membayar setiap hari sebab nak modify CSS tu… bijak juga le kot… Kalau tak bijak macam mana dia boleh jadi kaya kan? Kan? Bukan ke? Ke? Orang kaya-kaya ni kan ke semua bijak-bijak belaka? Kan? Kan? kau orang pernah jumpa orang kaya yang bodoh ke? Ada ke? Ada? Mana? Siapa? Bagi tau aku cepat! Dah hujung tahun ni!