Arkib untuk 15 Disember 2008

Mimpi Basah

Posted in Matang on 15 Disember 2008 by Najwa Aiman


Kali pertama kenal istilah wet dreams masa aku sekolah le. Ingat ke mimpi yang mengakibatkan kencing atas katil. Rupa-rupanya mimpi yang mengakibatkan inzal… eheks! Kau orang pernah ke mimpi camtu?

Ekcelinye kan, apa yang orang mimpi sampai boleh inzal tu ek? Dia orang kata mimpi bersetubuhlah! Lorrr… ek? Maknanya mimpi nikmat le tu. bersetubuh tu bukan ke nikmat? Kan? Bukan ke? Ke?

Kalau homoseks atau lesbian pula camna ek? Dia orang akan mimpi bersetubuh dengan orang berlainan jantina ke atau yang sejantina? Kalau mimpi bersetubuh dengan berlainan jantina, golongan homo dan lezbo boleh inzal gak ke? Yang straight, yang normal pula, biasanya pasangan setubuh tu siapa ek? Orang yang dikenali? Yang tak dikenali? Yang semua orang kenal macam selebriti? Mesti ke pasangan setubuh dia dalam mimpi tu cantik, jelita, gagah, perkasa, handsome, kacak, ayu, manja bla bla bla gitu? Kalau pasangan setubuh tu jenis hodoh ke camne? Tu kira mimpi inzal atau mimpi ngeri tu?

Kalau selain bersetubuh, ada mimpi lain ke yang boleh bagi inzal? Mimpi nak buat nasi goreng ke sambil tumbuk bawang dan cili, atau mimpi tonton atau baca porno boleh inzal juga ke? Mimpi ringan-ringan yang tak membawa kepada masuknya hasyafah ke dalam faraj boleh bagi inzal juga ke? Boleh? Aiyooo…! Lu kena eksesais lebih la bro! Ekekekeke…

Oya… dulu member pernah cerita tentang satu panggilan ke KL FM untuk rancangan soal jawab bersama ustaz mana entah. Sorang pemanggil bertanya apa maksud hasyafah yang ustaz tu sebut sebelum tu. Deejay masa tu Osman Omar tak perlu pass panggilan kepada ustaz jemputan. Dia sendiri jawab. “Takuk! Takuklah!” Begitu cerita member aku. Panggilan tu tak disiarkan. Masa kat MRSM dulu ustaz kita orang bagi perumpamaan lain untuk hasyafah. “Topi keledar,” jawab Ustaz… eheks!

Dia Ni Punya Peraturan

Posted in Undang-undang on 15 Disember 2008 by Najwa Aiman

Hakikatnya, krisis kewangan global tu benar, kan? Kan? Tapi orang kita nampaknya macam tak kisah je kan? Macam takkan ada apa-apa yang akan berlaku tahun depan. Isy isy isy… Habis tu nak buat apa ek? Entahlah. Honestly, aku pun tak tau apa sepatutnya kita buat sebagai persediaan nak menghadapi krisis kewangan paling teruk dalam dunia sejak milenium lalu ni. Aku diberitahu ada kajian kat mana entah yang kata krisis kewangan kali ni akan berterusan sehingga tahun 2011. Adoi! Tiga tahun lamanya tu! Tapi persediaan kita camne ek?

Anyways, life must go on. Mudah-mudahan Allah tak putuskan rezeki kita semua. Dalam keadaan krisis kewangan yang melanda ni, macam-macam lagi yang Allah SWT turunkan kepada kita, kan? In addition to krisis kewangan global, Allah beri juga kepada kita tanah runtuh, pencemaran air, tali keledar penumpang belakang, Pak Lah, Khairi Jamaluddin… eh? Terpesong pulok… eheks!

Oya… sebelum ni Permaisuri aku sentiasa duduk di tempat duduk belakang setiap kali naik kereta dengan aku. Sebabnya, dia pegang baby. Kalau duduk depan kena pakai tali keledar. Tapi la ni bila dah duduk belakang pun kena pakai tali keledar, habis tu baby camne ek? Nak pasang baby seat? Bukannya tak mahu pasang. Memang aku dah ada pun baby seat tu. Tapi pengalaman dengan Putera Puteri aku tu selama ni menunjukkan memang tak praktikal le baby seat tu especially untuk long distance. Bebudak le katakan… Setakat lima hingga sepuluh minit tu boleh lagilah duduk kat baby seat tu. Lepas tu? Alahai…

Apa nak buat. Kalau dah demikian kaldai yang berkuasa, maka demikianlah mereka yang terpaksa menurut perintah… adoi…!