“Wang Atau Nyawa?”

Memang ada beza antara doktor pakar dengan doktor GP ek? Huh? Bukanlah! Bukan doktor Grand Prix! Apo ler… Doktor general practitioner. Yang bukan specialist tu. Biasanya kalau di hospital-hospital tu doktor GP ni kerja di bahagian ER. ER tau? Emergency Room. Kalau di UK disebut A&E – Accident & Emergency. Dah jangan berangan! Ni masih Malaysia tau! Eheks…

Sekarang ni kebanyakan majikan dah bagi kemudahan jumpa doktor pakar kepada pekerja. Tapi ada syarat – mesti jumpa doktor GP dulu. Bila doktor GP syorkan untuk dirujuk doktor pakar, baru boleh jumpa doktor pakar atas tanggungan kompeni. Kalau tak, sendiri tanggung… pergh!

Well, pi mai pi mai, dok tang tu juga – duit. Yang kompeni jaga ialah duit sebab doktor pakar ni kebanyakannya mahal, kan? Macam nak bayar ansuran rumah atau kereta gitu. Doktor pakar biasanya akan charge kepakaran dia orang kepada pesakit yang dah dekat nazak tu – “Wang atau nyawa?” gitu. Doktor GP tak charge apa-apa sebab depa makan gaji. Lagipun depa belajar sikit je berbanding doktor pakar, kan? mampus aku kena inject dengan rajun bila jumpa doktor lepas ni! Ayaaarrkk…!

Selagi boleh buat macam-macam test – blood test la, ECG la, CRV la, RXZ la, BMW la… maka buatlah… ekekekeke… Setiap test tu kena bayar kat hospital tau! Apa kau orang ingat hospital nak test sama ada kau orang sakit nak mampus tu free ke? Piiirahhh! Selagi belum mampus, selagi tu mampu sain cek atau swipe credit card, kan? Kan? Kan?

Sesetengah doktor GP pula, lebih-lebih lagi yang ada klinik sendiri, ada juga jenis yang tak mahu rujuk ke pakar. Kalau kita minta rujuk pun dia tak mahu nak rujuk. “Rubbish!” komen doktor tu. Sesetengah doktor GP pula berani buat pengakuan “If I refer you to a specialist, the specialist would think I’m so stupid.” Oh… begitu ek, stupid?

Beberapa tahun dulu berlaku sesuatu yang tak pernah dilaporkan dek mana-mana media selain daripada media lidah pekerja-pekerja hospital swasta tu sendiri semasa dia orang je. Sorang staf hospital tu sering mengadu sakit kepala. Setiap kali tu dia akan pergi jumpa doktor GP kat hospital tu. Sering kali dia minta dirujk kepada doktor pakar. Dalam kes ni, diminta rujuk ke pakar neurologi. Seperti biasa, sebab dia staf, yang tak perlu bayar apa-apa kat hospital tempat dia bekerja tu bila menjalani rawatan, maka rugilah majikan dia kalau dia dirujuk ke pakar. Besides, doktor GP rasa sama ada dia akan dilohat sebagai doktor bongok oleh doktor pakr tu nanti, atau mungkin juga dia sedang cuba nak score markah tinggi dengan majikan dia dalam appraisal nanti sebab berjaya jimatkan duit hospital daripada berbelanja untuk rawatan staf sendiri tu.

Hampir setahun staf tu dok ulang-alik ke ER setiap kali sakit kepala berdenyut-denyut. Pitam-pitam pun pernah. Tak pernah dia dirujuk. Sehinggalah sekali tu dia dapat ketemu doktor GP yang lain yang bertugas di hospital tu juga. Doktor tu barangkali lebih bersifat manusia daripada setan, lalu rujuk ke pakar neurologi. Ujian pun dibuat (percuma la, atau dengan harga diskaun sebab dia staf – rugilah hospital tu, kan? Kan?). Pakar neorologi sahkan – brain tumor. Malangya kerana lewat dikesan, maka tumor tu dah sampai ke peringkat tak boleh U-turn. Hampir enam bulan berikutnya staf tu meninggal dunia akibat tumor tersebut setelah menderita beberapa bulan menahan sakit yang tak terhingga sebelum akhir hayatnya. Nak surgery tak mampu sebab coverage medica insurance yang diberi oleh majikannya – hospital swasta tu – tak cukup untuk dia jalani rawatan pembedahan tersebut. Lagipun kalau buat pembedahan pun tak boleh nak selamatkan apa-apa sebab dah too late. Sekadar mengurangkan derita sakit dia dan mungkin membolehkan dia bernafas untuk beberapa minggu lagi je. Tu je.

Ajal di tangan Tuhan, bukan? Bukan?

7 Respons to ““Wang Atau Nyawa?””

  1. erk… kejamnya!!

  2. hospital mana tuh? bedebah sunggoh!

  3. kesian kat staf tu ek….baik doktor tu je yg mati dlu!

  4. […] laaa… Kan aku dah kata dulu, sistem kesihatan negara kita dah berkonsepkan Wang atau Nyawa sekarang ni […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: