Arkib untuk 18 Disember 2008

Enggang Dengan Pipit

Posted in Nostalgia on 18 Disember 2008 by Najwa Aiman

Masa aku buat A-Level dulu, kita orang berkongsi blok asrama dan akademik dengan tiga kolej – MYPM, MSM Cheras, MRSM KL. Tu dia! Antara tiga tu, MYPM ialah “kolej swasta” yang baru pertama kali ditubuhkan MARA. Konsepnya sebuah kolej ala-MRSM tetapi swasta. Mender tu? Alahai… maknanya nak masuk kena bayar laaa…! Belacan sungguhlah…

Oleh kerana zaman tu istilah swasta tu seerti dengan sendiri punya harta, maka golongan anak-anak hartawan saja le yang boleh masuk ke MYPM. Well… memang itulah pun tujuan dan matlamat MYPM masa tu – membolehkan anak-anak orang kaya belajar di atas platform MRSM. Anak-anak lord, ikut panggilan kami dulu. Angkatan pelajar pertama untuk MYPM ni ialah tingkatan satu dan empat. Maknanya umur tiga belas dan enam belas tahun. Pergh…!!! Umur ranum tu! Anak-anak dara orang kaya yang mampu beli alat mekap dan masuk gym kini duduk sebumbung dengan kita orang siot!

Ofkoz le bagi puak-puak kita orang student A-Level ni yang semuanya bekas pelajar MRSM, kekok sangat le menengokkan perangai bebudak MYPM. Tersangatlah jauhnya dari perangai bebudak MRSM tulen. Alahai… memaglah tak sama, kan? Tapi tu semua tak penting. Tu semua masalah orang-orang yang menubuhkan MYPM. Masalah yang lebih penting daripada kita orang ialah macam mana nak mengurat anak-anak dara lord yang… yang… waduh waduh waduh…! Meleleh! Kalaulah dapat… tengok wayang free, makan KFC free, bersetubuh haram di Genting pun free… waduh waduh waduh…!!! Bestnyeee…!!!

Maka bermulalah sesi tinjau meninjau, jeling menjeling, langgar melanggar… bla bla bla… Tapi kan… eheks! Enggang dengan kelicap mana boleh bersama beb… Kuali saiz lain-lain. Resepi pun lain. Ingat anak-anak lord tu semua pandang ke muka-muka toya kita orang ni? Dia orang tu setiap hujung minggu mak bapak datang melawat dengan kereta menderam-deram enjinnya. Kita orang ni? Alahai… nak pergi Chow Kit pun naik bas mini noombor 44. Kalau nak selesa sikit bolehlah naik bas Toong Foong nombor 114… aduhai…

Kulup

Posted in Fiqh, Islam, Perubatan on 18 Disember 2008 by Najwa Aiman

Anak-anak kau orang yang lelaki dah jadi jantan ke belum? Dah bersunatlah, maksud aku. Sahabat aku beri satu link ke blog yang menarik tentang kaedah berkhatan. Kau orang baca dan fikir dan buat keputusan sendirilah nak guna kaedah yang mana satu yang kau orang fikir paling baik untuk anak-anak lelaki kau orang… atau pun untuk kau orang sendiri nak berkhatan pun boleh… eheks! Ayaaarrkkk…!

Anyways, berkhatan tu bagus. Ustazah aku dulu pernah jawab soalan kenapa mesti berkhatan. Katanya “Kalau makan pisang tanpa buang kulit, sedap tak rasanya?” Huh? Like that aaa…? Ekekekekeke…

Ye lorrr… bagi mereka yang belum tau (macam tak logik… nak kena sekeh?) berkhatan ialah proses buang kulitlah! Bukannya buang sebahagian batang anu tu! Ngeng! Ada ke patut… ptui! Kulit yang dibuang tu ialah bahagian yang air kencing, air mazi, air wazi dan air mani boleh tersangkut dan melekat sebab susah nak cuci bahagian tu. Orang Melayu panggil benda tu kulup

Oleh kerana zaman la ni ada bermacam kaedah dan alat untuk berkhatan, apatah lagi bermacam harga pun, maka eloklah kau orang pergi ke blog Dr. Azwan tu. Baca elok-elok. Yang menulisnya seorang doktor yang berpengalaman mengkhatankan ramai orang… tapi tak termasuk akulah! Cet! Walaupun bilangan orang yang pernah tengok anu aku selepas aku berkhatan ni bukanlah sekadar sorang dua je, tapi majoritinya perempuan tau! Cet!

Sampai sekarang aku masih terfikir kenapa lelaki dilahirkan dengan kulup kalau kemudian nanti harus dibuang juga? Hmm.. anyways Allah tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia. Cuma kita aja yang belum jumpa fadhilatnya… Wallaahu a’lam bis sawaab… Tak tahu tak payah jawaaaabbb…

p/s: Dalam Wikipedia pun ada cerita tentang berkhatan ni.

Jadi Lanun Boleh Kaya

Posted in Bencana on 18 Disember 2008 by Najwa Aiman

Aku dengar kat radio pagi tadi yang sebuah lagi kapal Malaysia ditawan lanun Somalia juga. Di Utusan Online pun ada berita ni. Sekali lagi? Alahai… kena lagi? Kapal Malaysia lagi? Kapal Malaysia memang senang ditawan ek? Kapal lain kenapa ek? Kapal lain ada pengawal ke kat atas kapal tu? Atau kapal lain memang tak ikut perairan tu. Kapal Malaysia je yang ikut perairan tu? Atau ada konspirasi peringkat antarabangsa dan antarabangsat ke atas Malaysia? Jeng jeng jeng… DSAI mesti suka teori ni… eheks!

Kapal kita ditawan lagi

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Sebuah kapal tunda dan tongkang milik dua syarikat swasta negara ini bersama 11 anak kapal warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia ditawan sekumpulan lanun Somalia di perairan Yemen semalam.

Harap-harapnya krew kapal tu dalam keadaan selamat. Apa lagilah lanun Somalia ni nak agaknya? Berani pula lanun-lanun ni mengaku depa berasal dari Somalia ek? Tak ada kapal lain ke nak tawan? Carilah kapal Amerika ke, kapal Israel ke, kapal Arab Saudi ke… mender aaa… Atau agaknya krew kapal-kapal Malaysia ni semua jenis ramah? Orang lambai, kita pun lambai dengan senyum simpul?

Dan lanun-lanun cetak rompak kat darat dalam sempadan negara ni pula? Alahai… cerita lama… Perdana Menteri dah bertukar, Menteri dah bertukar, Ketua Pengarah dah bertukar, yang dulu kerja sekarang dah pencen, yang dah pencen sekarang dah masuk kubur… cerita lama… tak selesai. Makan gaji buta…

Errr… DVD Transformer harga lapan ringgit dah keluar ke belum ek? Ekekekekekekekekeke…

Korek Lubang

Posted in Ekonomi on 18 Disember 2008 by Najwa Aiman

Dalam krisis ekonomi dan kewangan sekarang ni, bisnes apa yang paling laris agaknya ek? Hmmm… Bisnes kredit? Bisnes hutang? Kat ofis aku tu dah banyak kali orang letak flyer tentang Skim Pinjaman Peribadi. Setiap petang kat basement tu, almost semua kereta di wiper masing-masing ada flyer macam tu. Siap bagi nombor henpon lagi. CTOS ke, muflis ke, haper ke situasi-situasi lain yang bank konvensional tak terima, dia orang boleh terima. Pastu kat bawah sekali mesti ada ayat yang lebih kurang bacanya: Kami tidak ada kena mengena dengan ceti haram atau ah long. Gitu. Ya ke? Ke? Hmmm…

Ada ke yang actually ambil juga skim wiper cermin ni? Agaknya ada le tu ek? Kalau tak, takkan almost stiap minggu, lekadang setiap hari ada saja flyer tenang skim-skim macam ni daripada organisasi yang berbeza. Atau sebenarnya organisasi je berbeza tapi orangnya sama? Ekekekeke…

Camne tu ek? Patut ke berhutang semasa krisis kewangan? Tapi, dah nama pun krisi kewangan, kan? Maknanya tengah tak ada duit le tu. Bila tak ada duit, kena le berhutang, tak gitu? Tapi aku rasa-rasalah kan, seelok-eloknya jangan berhutang, kan? Kan? Bukan ke? Ke?