Arkib untuk 19 Disember 2008

Ilmu Hitam… Putih Kelabu Asap

Posted in Perubatan, Sihir on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Dulu-dulu orang cukup takut nak tinggalkan rambut atau kuku merata-rata. Takut kena sihir tau! Zaman dulu dengan sehelai rambut kita pun orang boleh buat macam-macam – ilmu pengasih, santau, sawan bla bla bla… Serahkan sehelai rambut kepada orang yang pandai ilmu, dia boleh buat tuan punya rambut tu jatuh cinta dengan orang yang dia paling benci, atau boleh muntah darah seumur hidup bla bla bla… Betul ke semua tu? 

Anyways, ilmu sains merubah persepsi tu, kan? Semakin lama ilmu tu makin dilupakan lalu makin lupus. Orang dah tak kisah dah nak tinggalkan rambut atau kuku. In fact, nak tinggalkan air mani merata-rata pun orang tak kisah dah. Tak takut pun. Ilmu sains dah hilangkan ketakutan tu.

Betul ke?

Hmmm… Really? Atau sebenarnya ilmu sains menjadikan orang tambah takut nak tinggalkan rambut atau kuku merata-rata. In fact, nak tinggalkan cadar atau sarung bantal bekas tidur malam tadi pun orang takut dah sekarang ni. Bayangkan betapa orang takut nak tidur kat hotel tanpa lapik bantal dan cadar dengan kain yang dibawa sendiri dari rumah. Kenapa?

Sebab ilmu sains dah meneroka alam genetik. Dah meneroka alam mikro. Dah meneroka alam DNA. Bererti sains dah meneroka dan menguasai kaedah klon. Fotokopi manusia. Dengan sehelai rambut, sains genetik mendakwa boleh hasilkan fotokopi kita. Justeru dengan kulit bersaiz mikro yang ditinggalkan di atas cadar, bahkan dengan bekas peluh yang kering di seluar dalam pun sekujur jasad kita boleh difotokopi. Ilmu sains dah buktikan kepada dunia bahawa ia jauh lebih berkuasa daripada ilmu hitam.

Maklumat berkaitan di laman How Stuff Works dan CBS News.

Asalnya Siri TV

Posted in Filem, Hiburan, Nostalgia on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Zaman aku belum baligh dulu, cuma ada satu siaran TV. Siaran pun bukan dua puluh empat jam. Bermula jam lima petang, tamat jam dua belas malam, kalau tak silap aku. Mula siaran dengan lagu Negaraku, tamat siaran pun lagu yang sama. Waktu perdana ialah jam lapan malam kalau tak silap. Time tu mesti ada siri TV yang best-best. Misalnya Six Million Dollar Man, Incredible Hulk, Bionic Woman, Charlie’s Angels, Man From Atlantis, The Magician, Bonanza, Lost in Space… bla bla bla… Alah kau orang mesti tak berapa familiar dengan sebahagian siri TV yang aku sebut tu kan? Dan yes… Incredible Hulk dan Charlie’s Angels tu dulu memang asalnya siri TV la dol! Ekekekekeke… Kau dah bersunat ke belum ni? Isy…!

Antara hero favourite aku dulu ialah Six Million Dollar Man. Aku suka hero dia Colonel Steve Austin (Lee Majors, suami kepada Farrah Fawcett dalam Charlie’s Angels tu) sebab dia boleh angkat kening sebelah… ekekekekeke… Senget-senget muka aku dulu nak cuba tiru gaya angkat kening sebelah tu. Tapi sekarang ni Ziana Zain punya angkat kening lagi power siot! Dua-dua belah dia boleh angkat pada masa yang berbeza! Fuiyoooh!

Incredible Hulk pun best! Dulu-dulu tak main la CGI ni semua. Apa kelas pakai komputer. Kalau pakai CGI memanglah boleh angkat steamroll sebelah jari je. Dulu-dulu hero Incredible Hulk ada dua orang – Bill Bixby berlakon sebagai Dr. Bruce Banner, dan Lou Ferrigno sebagai Hulk. Satu badan warna hijau. Tapi sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa bila Dr. Banner jadi Hulk, semua bahagian badan dia membesar kecuali pinggang dan celah kangkang… hmm… kenapa ek? Especially part anu tu.. alahai… tak proportionate saiz tumbesarannya dengan anatomi badan lain… aduyai…! Eheks!

Satu lagi siri yang aku tersangat minat ialah Lost in Space. Dan yup… ni pun asalnya siri TV la. Perghh…! Kisah sekeluarga naik piring terbang (dah lama rasa-rasanya tak dengar orang sebut istilah ni kan? Ekekekeke…) lepas tu tersesat kat angkasa lepas sebab sistem navigation rosak. Rosaknya sistem tu sebab disabotaj oleh Dr. Smith yang rupa-rupanya terperangkap sama dalam piring terbang tu. Padan muka dia! Dia suka sebut “Never fear, Smith is here!” tapi sebenarnya penakut nak mampus! Wow! Dalam siri ni juga ada robot yang datang satu pakej dengan piring terbang tu. Robot ni ada kebolehan mengesan bahaya. Kalau ada bahaya berdekatan, dia akan julurkan tangan dia tu, pusing-pusing badan dia sambil kata “Warning! Warning! Warning!” Selain daripada tu aku tak tahu apa kegunaan robot tu.

Eh… banyak lagilah siri-siri TV hebat zaman tu. Aku wish sesangat dapat tonton semula siri-siri tu, especially Lost in Space dengan Man From Atlantis. Lagu tema siri Man From Atlantis tu paling best bagi aku. Very soothing dan cooling gitu. Ada antara kau orang yang ada lagu tu? Forward la kat aku ek… please…………. Tengkiyu I luv u too!

Tukar Kerja

Posted in Ekonomi, Politik on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Dewan Rakyat diberitahu pada 17 Disember 2008-

SRI PERDANA

Item: Kediaman Perdana Menteri Malaysia
Rental: RM345, 833.33 sebulan.
Maintenance: RM158,051.40 sebulan.

SRI SATRIA

Item: Kediaman Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Rental: RM228,333.33 sebulan
Maintenance: RM94,156 sebulan

Maklumat berkaitan di SiasahDaily.

Tiada Kompromi

Posted in Islam, Puisi on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Satu tetap satu
tak mungkin ia tiga
fardu tetap fardu
tak berkurang dari lima

Laut tidak tawar
kerana sungai yang mengalir
fardu tidak luntur
kerana dunia yang memanggil

Masihkah Ada Ujub?

Posted in Puisi on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Mungkinkah ikhlas yang melucup
menyuburkan benih ujub
hingga gunung yang diam
disalak siang dan malam

Masihkah belum sedar
pada yang tersangkut di gelegar
pada apa yang sementara
sudah dianggap ganjaran syurga

Masihkah ada ujub
yang tumbuh kian merecup
sungguh kerananya aku bimbang
menjunam jatuh di dasar jurang

Ya Allah Ya Rahman
atas apa yang Kau kurniakan
limpahkanlah kepadaku kesabaran
pimpinlah aku pada selurus-lurus jalan
perjelaskan padaku tipu daya syaitan
agar dapat aku hindarkan
racun ujub yang membinasakan
yang datang dengan kemunafikan

Watak Siapa?

Posted in Novel on 19 Disember 2008 by Najwa Aiman

Ada orang tanya baru-baru ni, watak siapa sebenarnya Azura, Shima, Faziha dan Miza dalam novel Untuk Kau Dan Aku tu? Ooo… kau baru baca ek novel tu? Tu novel tahun 2004 daaa… Tapi tak apa… soalan tu pun memang ramai orang pernah tanya dulu. Oleh kerana dulu aku jawab dalam blog Khayal lama yang dah hilang, maka aku jawab sini je la. Tapi aku tak jamin le yang jawapan aku ni sama dengan jawapan aku dalam Khayal dulu… ekekekekekekekeke… uhuk… uhuk…

Azura

Penampilan diri diambil daripada seseorang yang dulu-dulu aku gelar dia sebagai A&W. Penampilannya sajalah tapi. Tapi penampilan tu berdasarkan apa yang aku nampak pada dia lebih dua puluh taun dulu. Yup! Masa aku sekolah dulu. Ekekeke… Penampilan saja. Perangai dan sifat tak samalah dengan Azura dalam novel sebab aku tak tau pun macam mana perangai dan sifat sebenar A&W tu. Aku tak kenal dia sangat. Dia pula tak kenal aku langsung! Eheks!

Shima

Penampilan dari seorang gadis yang jaga pondok MPPJ jual kupon parking dalam tahun 1997. Masa tu aku kerja kat situ. Memula setiap minggu beli kupon parking daripada dia. Tapi sebab dia cute, ayu, comel, manja lagi sudi berkawan dan melayan aku termasuklah menerima jemputan aku untuk minum petang dan juga minum-minum malam, maka tukar rutin lalu beli kupon parking hari-hari daripada dia. Nama dia R***** N******. Ekekekeke…

Faziha

Penampilannya aku ceduk daripada seorang siswi kolej separa swasta di KL dalam tahun 2003. Hampir hari-hari aku nampak dia. Muka dia comel dan sesuai dengan perangai watak Faziha yang aku imaginasikan. Jadi aku ambil penampilan diri dia. Sifat sebenar dia memang aku tak taulah. Aku cuma padankan watak yang aku imaginasikan dengan rupa paras dan penampilan dia aja. Lalu aku namakan watak aku tu bersempena nama dia… eheks!

Miza

Suatu hari nanti, kalau dia rajin, dia akan tulis entri dalam KháyáL ni. Tapi aku rasa macam dia dah semakin jadi pemalas dah sekarang ni… ekekekekeke…