Loceng

Hampir semua agama di dunia ni mesti ada loceng, kan? Kuil Hindu ada loceng. Sami Budha ada loceng. Gereja ada loceng. Santa Claus punya sleigh pun ada loceng. Islam takpakai loceng. Kita guna azan, kan? Kan? Diriwayatkan zaman khalifah mana ek… alahai aku lupalah… sowi… Tapi memang ada riwayat yang menyebut sehingga ke zaman khalifah yang aku lupa mana satu tu, azan kedua untuk fardu Jumaat belum wujud lagi. Sebelum tu azan kedua hanya menggunakan beduk. Tapi masa tu khalifah tengok beduk ni menyerupai agama lain seperti kuil Yahudi yang menyeru penganutnya ke kuil menggunakan beduk. Jadi khalifah memerintahkan agar beduk digantikan dengan seruan azan.

Dalam blog lama Khayal aku ada cerita tentang Santa Claus. Siapa dia Santa Claus tu. Eh… malaslah nak cerita dua kali. Aku tulis ni sebab saja je nak buang masa membebel tentang lagu Jingle Bell tu. Tu kira lagu rasmi untuk raya Krismas la kan? Eheks… Ekceli lagu tu cerita tentang apa ek? Lirik lagu tu ada sebut Oh what fun it is to ride on white horse open sleigh kan? Apa cerita di sebalik tu ek? Definitely bukan cerita tentang Santa Claus le sebab sleigh Santa Claus tak guna kuda putih tapi guna rusa.

Menceceh le pulok aku ni. Anyways… perayaan Krismas ialah perayaan apa ek? Rata-rata orang kata perayaan kelahiran Nabi Isa AS walaupun tak ada siapa pun so far yang boleh beri tarikh tepat kelahiran baginda yang sebenar. Jadi adakah tu bermakna Muslim juga boleh meraikan Krismas? Kenapa? Sebaik-baiknya tak payah le ek. Sebabnya Muslim semua tahu yang ajaran Nabi Isa AS telah banyak sangat dipesongkan. Krismas yang sebenar ialah perayaan meraikan Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Takkan Muslim nak raikan ni? Astaga wa esta bagadud… kan? Kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: