Arkib untuk 30 Disember 2008

Masih Menentang Penjajah

Posted in Bahasa, Budaya on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Secara rasminya Inggeris memerintah Tanah Melayu lebih kurang seratus tiga puluh tahun kan? Sejak Perjanjian Belanda 1824, sehinggalah merdeka 1957, tolak lebih kurang tiga tahun pendudukan Jepun. Seabad lebih lamanya Tanah Melayu dan orang Melayu diperintah Inggeris. Perghh…! Bermula lebih kurang tahun 1875, Inggeris dengan rancaknya bawa masuk, antaranya, orang Cina dan India. Maknanya, ambil kira di Tanah Melayu saja, orang bukan Melayu diletak di bawah pemerintahan Inggeris selama lapan puluh dua tahun. Kurang hampir setengah abad daripada orang Melayu.

Antara Melayu, Cina dan India, orang Melayu dikatakan (oleh orang Melayu sendiri… hehehehe…) sebagai kaum yang paling tak campin berbahasa Inggeris. Hmmm… Atas sebab tu, maka sistem pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris jadi satu bencana kepada orang Melayu, kata orang Melayu le… Kenapa ek?

Agaknya sebab orang Melayu ni semua adalah pejuang kemerdekaan kot? Berjuang menentang sebarang bentuk penjajahan oleh Inggeris. Menentang Inggeris dengan apa jua cara termasuklah dengan menafikan bahasa mereka. Menolak dari belajar bahasa golongan penjajah bangsat tu semua. Menolak segala-galanya daripada Inggeris. Sebab tu walaupun orang Melayu adalah yang paling lama duduk di bawah pemerintahan Inggeris berbanding bangsa lain di Tanah Melayu ni, orang Melayu masih lagi tak secampin kaum lain dalam berbahasa Inggeris. Begitulah kentalnya semangat juang Melayu! Yah! Barangkalilah. Ni teori aku aja tau… Fuuuh…! Rasa macam berpidato le pulok… tapi tak pakai lidah, pakai jari jek… Eh? Kau orang jangan fikir nak melencong-lencong ek! Siot!

Jadi adakah tu bermakna antara kaum-kaum besar di Tanah Melayu masa tu, orang Melayu yang paling kuat penentangannya terhadap penjajahan Inggeris berbanding kaum-kaum lain? Barangkali jugalah agaknya ek? Ya ke? Betullah agaknya teori aku tu. Kalau tak kenapa orang masih kata orang Melayu yang paling lemah dalam bahasa Inggeris berbanding kaum lain tu semua? Ada sebab-sebab lain lagi ke? Ada ke? Ada? Ada? Apa?

Anyways, semangat orang Melayu memang kental le tu. Semangat sebuah bangsa pejuang… cewah! Waima Inggeris sudah balik ke negara mereka dan memerdekakan Tanah Melayu ni setengah abad yang lalu pun, orang Melayu masih terus menentang penjajahan mereka. Sampai hari ni Melayu menafikan diri daripada sebarang bentuk penjajahan Inggeris, termasuklah bahasa Inggeris… Persetan dengan penjajah tu semua! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Waduh… Macam nak pergi perang lak aku ni… eheks! (Ke aku saja cari nahas suruh Melayu perang dan parang aku? Adoi laaa…)

Aku nak minta diri dulu ek. Aku nak tanggalkan kot dan neck tie ni. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat dunia wajib diteruskan. Mana mungkin cukup sekadar satu perkataan Melayu “amok” saja yang dikenali seluruh dunia di dalam kamus Oxford terbitan negara United Kingdom tu. Mana mungkin!!! Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Gangbang

Posted in Bebel, Matang, Semasa on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Kau orang dapat tak invitation New Year’s Eve Mega Sex Party kat Johor tu? Kena bayar RM250 je beb! Orang perempuan yang nak pergi wajib pakai G-string dan mesti sanggup tanggalkannya selepas tengah malam. Orang lelaki yang nak pergi kena bawa kondom sendiri sebab organizer tak offer “an AIDS-free guarantee package”. YB Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina pun dah komen tentang hal ni. Ketua CID Johor SAC II Amer Awal pun dah komen juga. Jurucakap Jabatan Agama pun dah komen. Datuk Seri Azalina kata parti sedemikian akan mencemarkan imej negara. Jurucakap Jabatan Agama kata… hmmm… sama gak… parti sedemikian akan mencemarkan imej negara juga… hmmm… SAC II Amer kata RM250 tu tak logik sebab murah sangat… Huh???

Berita ni dalam AFP pun ada gak tau! Ekekekeke… pergh….! Apa pasal aku belum dapat invitation ni ha? Invitation ni ada had umur atau status perkahwinan ke? Takkan kot? Nak kutip RM250 sorang takkan nak letak had-had dan syarat-syarat pulok! Siapa sanggup dan mampu bayar terima ajalah! Isy isy isy… Kalau kat hotel tu RM250 baru dapat sorang untuk satu malam je kot? Ni dengan RM250 boleh dapat berapa ramai yang berjaya dipancing woooo..! Best! Best!

Eh…? Tapi kan…? Kalau orang perempuan yang attend party tu pun tak ada had umur camne ek? Alahai… ayaarrkk..!!! Weh! Kalau kau orang dapat, forward le kat aku invitation tu tau! Aku bawa kondom lebih! Lima belas tahun dulu punya balance yang belum pakai masih ada. Yang dah pakai pun ada. Masih simpan buat kenang-kenangan. Boleh recycle. Dah cuci bersih dah. Cuma tak frame je… eheks!

Tanah! Tanah! Tanah!

Posted in Fiqh, Islam on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Kalau kereta kita langgar babi, kereta tu kena samak tak? Kalau kita terpijak taik anjing masa nak masuk kereta, karpet kereta dan kasut tu kena samak tak? Macam mana?

Well, kalau kereta tu nak bersolat, maka kena samaklah. Kalau karpet kereta tu nak dibuat sejadah, pun kena samak juga. Kalau kasut tu nak dipakai masa solat, pun kena samak gak. Otherwise, cuci dengan air je. Kalau rajin, campurlah sabun sikit. Kalau dah rajin macam tu, campurkan je la tanah. Pastu bilas enam kali.

Anyways, aku bukan ustaz tau! Jangan dok ikut fatwa aku yang mengarut ni. Ni fatwa untuk kegunaan aku sendiri je tau. Aku layman aje. Bagi aku samak ialah untuk menyucikan najis mughollazah. In the first place, kenapa kita mesti suci daripada najis mughollozah? Pendapat aku yang tak pandai mengurat ni ialah, sebabnya, kita perlu bersolat dan buat ibadat lain yang mewajibkan kita suci dari najis, termasuk najis mughollazah. Jadi kalau kereta terlanggar babi, maka, pada pandangan aku yang myopia ni, cuci ajalah dengan air untuk buang kesan-kesan darah atau daging yang tersangkut kat bumper atau tayar tu. Kalau kasut terpijak tahi anjing, dan tahi anjing tu melekat kat karpet kereta pula, maka cuci ajalah dengan air juga sampai hilang tiga sifat tu. Kereta tu tak perlu suci. Kasut pun aku tak bawa bersolat. Dan karpet kereta tu aku tak akan digunakan sebagai sejadah. Kan? Bukan ke? Ke? Hmmm…

Kalau pegang badak air yang berendam dalam kolam yang sama dengan babi-babi dalam kandang berendam, kena samak tak? Ayaaarrkk…!

Salah Tempat Parkir

Posted in Bebel, Bodoh on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Bila kali terakhir kau orang pergi hospital kat KL ni ek? Sejak Permaisuri aku ada kenderaan sendiri, aku tak pergi ke hospital hari-hari le. Tapi something in common about hampir semua hospital kat KL ni ialah tempat parkirnya sentiasa penuh. By the way, siapa cipta perkataan parkir ni ek? Satu ciptaan yang amat bagus! Malangnya, DBP kata perkataan parkir ni hanya boleh digunakan sebagai kata nama. Tak boleh digunakan sebagai kata kerja. Misalnya perkataan diparkir dianggap menyalahi nahu Bahasa Malaysia. Well… as usual… DBP le katakaaaaannn… adoi laaa…

Anyways, perasan tak tempat parkir kat hospital di KL ni sentiasa penuh? SJMC ke, Pantai Medical ke, Assunta ke, Pusrawi ke, Tawakal ke bla bla bla… Ramai betul sedara-mara orang-orang sakit kat situ. Yang buat ramai ialah pesakit luar le kan?

Tapi sebenarnya parking memang salah satu masalah kronik kat Lembah Klang ni kan? Kawasan Taipan USJ 10 tu antara neraka parking le tu. Leboh Ampang, PJ State, PBD bla bla bla… Tak cukup dengan tu, tambah pula dengan drebar dari planet Gundu yang parking tak betul. Tak cukup dengan tu, ada pula motosikal yang parking dalam petak parkir kereta. Sebuah aja pula tu. Rasa macam nak humban ke Sungai Klang je motosikal berserta penunggangnya yang cacat otak tu. Nasib baik kos nak mengangkut dua sampah tu membuatkan niat tu tak menjadi… alahai…

Lewat petang pula, restoran dan kedai makan pula buat hal. Belum sempat orang habis berurusan, meja dan kerusi dia orang dah parking kat atas jalan – dalam petak-petak parking. Weh! Pegawai penguatkuasa belum habis kerja lagi tau time tu! Dia orang masih menyaman kereta-kereta yang tak parking dalam petak tau! Tak tau le pulok sama ada dia orang akan saman meja dan kerusi yang parking dalam petak parking juga… ada ke?

Dan pasar malam pula? Aiyooo…! Sakit darah tinggi dibuatnya. Yang menentukan tapak pasar malam ialah PBT. Yang menyaman kereta yang tak parking dalam petak parkir, pun PBT. Habis tu kenapa yang kau orang pergi letak tapak pasar malam tu kat kawasan parkir? Kalau dah kawasan parkir digunakan untuk buka pasar malam, kereta-kereta semua nak parkir kat mana? Hangpa ingat pengunjung pasar malam tu semua pergi naik basikal, naik motor atau jalan kaki ke? May be naik helikopter? Cacat sungguhlah dia orang ni semua… adoi laaa… Otak Kurang Upaya… alahai…

The next time nak parking, kena remind diri sendiri – bahawa sesungguhnya anu tu kalau salah parking pun seksa gak tau! Inikan pula kenderaan. Cet!

Standard Anaconda Tu!

Posted in Bebel, Budaya on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

“Bos kau cuti berapa lama?”

“Sampai balik dari Mekah le. Kenapa?”

“Bestlah kau boleh ngular! Merokok kat tangga ni sepuluh kali sehari pun tak apa. Sekali merokok sejam pun okey!”

Alahai… kalau setakat merokok kat tangga tu bukan ngular le bang! Mari sini aku bagi tau apa sebenarnya erti ngular.

Sahabat aku yang pernah kerja di sebuah institusi di KL dulu mesti gelak terbahak-bahak sampai mati kalau dengar ngular ke tangga untuk merokok. Bagi dia tu bukan ngular. Tu baru standard ulat gonggok je tau. Ngular yang sebenar ialah yang macam sahabat aku tu buat. Masuk kerja dalam pukul 9:00 AM (masa kerja rasmi dia bermula 8:00 AM… hampeh!). Pukul 11:00 AM nanti keluar sama ada ke Plaza Low Yatt cari barangan komputer untuk kegunaan peribadi, atau ke Jalan Pasar cari barang-barang atau ikan baru untuk akuarium rumah dia, atau ke Kepong main bowling. Kembali ke ofis dalam jam 4:00 PM nanti. Lepas tu dalam jam 5:00 PM naik ke tingkat lima main ping pong atau ke gelanggang di bawah main volleyball. Jam 7:00 PM punch out untuk balik rumah.

Tu baru betul ngular beb! Bukan setakat ular sawa tu! Anaconda beb!

Mana Mau Lari?

Posted in Sumber on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Saintis kata bumi ni dah berusia berbilion tahun. Manusia pula mula-mula wujud atas muka bumi ni (menurut kata saintis) sejak 10,000 SM. Bermakna lebih 12,000 tahun dulu. Baru lagi rupa-rupanya kewujudan manusia ni berbanding kewujudan bumi tu sendiri. Kenapa? Sebab setelah proses berbilion tahun tu baru le alam sekitar di bumi boleh didiami hidupan seperti manusia. Bahkan dinasour pun dipupuskan 65 juta tahun sebelum wujudnya manusia.

Hakikatnya, bumi, seperti juga semua kejadian lain, hanyalah makhluk. Maknanya bumi tak kekal. Akan mati juga suatu hari nanti. Aku tonton kat National Geographic hari tu, medan magnet bumi akan berubah lagi buat kali yang entah ke berapa ratus. Buat kali yang 176 kot kalau tak silap aku. Yang membuatkan bumi ada medan magnet ialah teras bumi cecair yang sentiasa bergerak. Tapi saintis dapati teras cecair ni semakin susut kandungannya sejak jutaan tahun dulu. Suatu hari nanti teras bumi cecair ni akan susut seluruhnya dan ia berubah menjadi teras bumi pepejal. Pada ketika tu bumi akan hilang medan magnetnya.

Tanpa medan magnet, atmosfera bumi akan hilang sebab tak ada tarikan magnet yang boleh menahan semua udara dan gas dalam atmosfera dari terlepas ke angkasa. Tanpa atmosfera, radiasi dari matahari dan angkasa boleh tembus terus ke permukaan bumi sebagaimana bilion tahun dulu. Semua makhluk di atas permukaan dan dalam bumi akan mati. Setiap cecair di muka bumi akan lenyap kontang. Bumi akan menimpa nasib yang sama seperti Marikh. Gersang. Tandus.

Dan kita, kalau pun masih hidup lagi pada ketika tu, mahu lari ke mana ek?