Arkib untuk 31 Disember 2008

Iklan: Chedet Berpindah

Posted in Iklan, Semasa on 31 Disember 2008 by Najwa Aiman

Blog Dr. Mahathir nak berpindah. Sebab-sebabnya tak tahu tapi yang penting buah fikiran Tun Dr. Mahathir masih boleh sampai ke minda mereka yang ingin mengetahuinya.

Pemberitahuan ini adalah untuk mereka yang masih menghargai pendapat. Petikan entri terakhir di blog Tun Dr. Mahathir yang sekarang-

From midnight tonight, chedet.com will cease to operate from this address and will be accessible through http://www.chedet.cc.

There will be almost zero disruption as all those who have registered as users/commenters need not re-register and can still submit feedbacks as usual. It is available for view now but will not be moderated until after midnight.

http://www.chedet.com will still be accessible. However, it will no longer be updated and moderated and will be kept in its present state as archival material for a period of time.

Look out for chedet’s next posting at http://www.chedet.cc.

HAPPY NEW YEAR 2009!

Cari Buah Lain

Posted in Ekonomi, Politik on 31 Disember 2008 by Najwa Aiman

Kau orang kena baca entri Tun Dr. Mahathir tentang Israel. Isi sebenar entri tu kau orang baca sendirilah ek. Yang aku nak bebel ni ialah tentang buah pisang kaki. Baru aku tahu rupa-rupanya buah pisang kaki yang dijual kat Malaysia ni ialah produk negara Israel. Dimport ke Malaysia melalui Singapura ek? Betul ke fahaman aku membaca entri TDM ni? Dan sebenarnya aku pun baru tahu bahawa buah pisang kaki tu dalam bahasa Inggerisnya ialah persimmons… ekekeke… Ye lorrr… zaman aku baru belajar mengurat dan romen dulu hanya subjek bahasa Inggeris je yang diajar dalam bahasa Inggeris, dan tak ada le pula topik tentang buah pisang kaki dalam subjek bahasa Inggeris tu… eheks!

Alahai… sebenarnya aku memang sangat minat sangat buah pisang kaki ni. Harganya mahal, jadi aku biasanya dapat makan buah pisang kaki ni dalam dua atau tiga tahun sekali je. Sungguh ni! Aku tak bohong. Pernah ke aku bohong kau orang sebelum ni? Ekekekeke… Weh! Dah! Tak payah susah-susah nak jawab soalan tu!

Sekiranya benar semua buah pisang kaki di Malaysia ni datangnya dari Israel, maka penyokong pemulauan barangan Israel dan Amerika mesti boikot beli buah persimmons ni. Boikot belilah. Makan tak apa. Kalau orang bagi free tak apa… ekekekeke… Aku rasa benarlah tu, sebab yang berkata buah ni diimport dari Israel ialah bekas Perdana Menteri Malaysia. Takkan PM tak tahu dari mana datangnya barangan yang ada kat pasaran terang Malaysia ni. Barangan pasaran gelap tu lain ceritalah.

Tak bolehlah makan buah pisang kaki atau persimmons lagi lepas ni. Alahai… lazat buah tu tau. Lebih lazat daripada buah dada. tumbuh secara semula jadi. Tak apalah… nasib baik masih ada buah dada… Kena pandai cari yang semula jadi punya…

Tahun Baru Dataran Merdeka 1990

Posted in Budaya, Nostalgia on 31 Disember 2008 by Najwa Aiman

Cuti akhir tahun ni, walaupun panjang, biasanya KL tak lengang kan? Ye ke? In fact, aku rasa-rasalah, KL akan jadi sesak sikit daripada biasa kot. Orang tak balik ke kampung. Sebaliknya orang kampung berkerumun datang ke KL untuk berpesta. Oh ya… ke Johor pun mungkin ramai gak kot untuk New Year’s Eve Mega Sex Party tu kan? Hehehehehe…

Kali pertama aku join the living crowd untuk sambut tahun baru Masehi was way back in 1989. Masa tu nak sambut Tahun Baru 1990 merangkap pertama kali Tahun Melawat Malaysia. Aku ke Dataran Merdeka malam tu dengan Ms Biawak. Sesak gila Dataran Merdeka masa tu. Pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang pertama akan dibuat oleh PM Datuk Seri Dr. Mahathir. Aku genggam erat tangan Ms Biawak dengan rasa stim dan tarik dia menyelinap di celah-celah orang ramai yang berhimpit dan bergesel-geselan dengan balak dan awek memasing tu. Dia orang pun tengah stim dan ghairah agaknya. Kami berjaya sampai ke barisan depan sekali, kat tali yang direntang sebagai penghadang laluan VVIP dan VIP dan JIP dan TIP serta TITS yang akan berjalan dari pinggir Dataran Merdeka untuk ke pentas utama.

Memula suasana belum terang-benderang sangat walaupun lampu-lampu dah dipasang. Semua menteri kabinet yang tiba lalu sorang demi sorang kat laluan tu. Ms Biawak dengan aku dapat tengok dia orang dengan jelas walaupun lampu tak terang sangat. Aku tak kenal semua menteri, tapi yang aku dapat tengok Anwar Ibrahim, Sabarudin Chik, Rafidah Aziz dan beberapa lagi muka menteri-mentri yang nama dia orang aku tak tau… eheks! Tak senonoh betul aku ni kan sebab tak kenal menteri sendiri. Presiden Amerika tu aku kenal pulak walaupun dia tak kenal aku… cet!

Tetiba suasana terang-benderang! Lampu-lampu makin banyak dipasang. Dari jauh antara celah-celah tubuh badan pengunjung yang suasananya diselimuti bau peluh, bau hancing, bau rokok dan bau ganja tu, aku nampak lampu kereta ronda polis berkelip-kelip dari jauh. Tak lama lepas tu… jeng jeng jeng! Tu dia! Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir lalu depan kita orang! Ms Biawak teruja sangat. Sambil melambai-lambai dan terlompat-lompat dia jerit “Datuk! Datuk!” Seronok aku tengok dia masa tu. Tapi aku lebih seronok sebab dapat tengok Dr. Mahathir dari dekat. Dia tersenyum macam selalu sambil melambai-lambai balik kat kita orang semua. Untung aku dapat berdiri kat barisan paling depan.

That was the first and the last time aku secara fizikal join the crowd sambut tahun baru. Selepas tu aku realize bahawasanya lebih lazat dan nikmat berada di hotel pada malam tahun baru daripada berada di Dataran Merdeka… hehehehehehehehe…