Tahun Baru Dataran Merdeka 1990

Cuti akhir tahun ni, walaupun panjang, biasanya KL tak lengang kan? Ye ke? In fact, aku rasa-rasalah, KL akan jadi sesak sikit daripada biasa kot. Orang tak balik ke kampung. Sebaliknya orang kampung berkerumun datang ke KL untuk berpesta. Oh ya… ke Johor pun mungkin ramai gak kot untuk New Year’s Eve Mega Sex Party tu kan? Hehehehehe…

Kali pertama aku join the living crowd untuk sambut tahun baru Masehi was way back in 1989. Masa tu nak sambut Tahun Baru 1990 merangkap pertama kali Tahun Melawat Malaysia. Aku ke Dataran Merdeka malam tu dengan Ms Biawak. Sesak gila Dataran Merdeka masa tu. Pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang pertama akan dibuat oleh PM Datuk Seri Dr. Mahathir. Aku genggam erat tangan Ms Biawak dengan rasa stim dan tarik dia menyelinap di celah-celah orang ramai yang berhimpit dan bergesel-geselan dengan balak dan awek memasing tu. Dia orang pun tengah stim dan ghairah agaknya. Kami berjaya sampai ke barisan depan sekali, kat tali yang direntang sebagai penghadang laluan VVIP dan VIP dan JIP dan TIP serta TITS yang akan berjalan dari pinggir Dataran Merdeka untuk ke pentas utama.

Memula suasana belum terang-benderang sangat walaupun lampu-lampu dah dipasang. Semua menteri kabinet yang tiba lalu sorang demi sorang kat laluan tu. Ms Biawak dengan aku dapat tengok dia orang dengan jelas walaupun lampu tak terang sangat. Aku tak kenal semua menteri, tapi yang aku dapat tengok Anwar Ibrahim, Sabarudin Chik, Rafidah Aziz dan beberapa lagi muka menteri-mentri yang nama dia orang aku tak tau… eheks! Tak senonoh betul aku ni kan sebab tak kenal menteri sendiri. Presiden Amerika tu aku kenal pulak walaupun dia tak kenal aku… cet!

Tetiba suasana terang-benderang! Lampu-lampu makin banyak dipasang. Dari jauh antara celah-celah tubuh badan pengunjung yang suasananya diselimuti bau peluh, bau hancing, bau rokok dan bau ganja tu, aku nampak lampu kereta ronda polis berkelip-kelip dari jauh. Tak lama lepas tu… jeng jeng jeng! Tu dia! Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir lalu depan kita orang! Ms Biawak teruja sangat. Sambil melambai-lambai dan terlompat-lompat dia jerit “Datuk! Datuk!” Seronok aku tengok dia masa tu. Tapi aku lebih seronok sebab dapat tengok Dr. Mahathir dari dekat. Dia tersenyum macam selalu sambil melambai-lambai balik kat kita orang semua. Untung aku dapat berdiri kat barisan paling depan.

That was the first and the last time aku secara fizikal join the crowd sambut tahun baru. Selepas tu aku realize bahawasanya lebih lazat dan nikmat berada di hotel pada malam tahun baru daripada berada di Dataran Merdeka… hehehehehehehehe…

2 Respons to “Tahun Baru Dataran Merdeka 1990”

  1. dulu gua hampir dapat salam dengan che det,tak silap lepas dia letak jawatan….HAMPIR SANGAT nak dapat salam…apakandaya bonzer dia yang salam dengan gua

    taik betul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: