Arkib untuk Disember, 2008

Standard Anaconda Tu!

Posted in Bebel, Budaya on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

“Bos kau cuti berapa lama?”

“Sampai balik dari Mekah le. Kenapa?”

“Bestlah kau boleh ngular! Merokok kat tangga ni sepuluh kali sehari pun tak apa. Sekali merokok sejam pun okey!”

Alahai… kalau setakat merokok kat tangga tu bukan ngular le bang! Mari sini aku bagi tau apa sebenarnya erti ngular.

Sahabat aku yang pernah kerja di sebuah institusi di KL dulu mesti gelak terbahak-bahak sampai mati kalau dengar ngular ke tangga untuk merokok. Bagi dia tu bukan ngular. Tu baru standard ulat gonggok je tau. Ngular yang sebenar ialah yang macam sahabat aku tu buat. Masuk kerja dalam pukul 9:00 AM (masa kerja rasmi dia bermula 8:00 AM… hampeh!). Pukul 11:00 AM nanti keluar sama ada ke Plaza Low Yatt cari barangan komputer untuk kegunaan peribadi, atau ke Jalan Pasar cari barang-barang atau ikan baru untuk akuarium rumah dia, atau ke Kepong main bowling. Kembali ke ofis dalam jam 4:00 PM nanti. Lepas tu dalam jam 5:00 PM naik ke tingkat lima main ping pong atau ke gelanggang di bawah main volleyball. Jam 7:00 PM punch out untuk balik rumah.

Tu baru betul ngular beb! Bukan setakat ular sawa tu! Anaconda beb!

Mana Mau Lari?

Posted in Sumber on 30 Disember 2008 by Najwa Aiman

Saintis kata bumi ni dah berusia berbilion tahun. Manusia pula mula-mula wujud atas muka bumi ni (menurut kata saintis) sejak 10,000 SM. Bermakna lebih 12,000 tahun dulu. Baru lagi rupa-rupanya kewujudan manusia ni berbanding kewujudan bumi tu sendiri. Kenapa? Sebab setelah proses berbilion tahun tu baru le alam sekitar di bumi boleh didiami hidupan seperti manusia. Bahkan dinasour pun dipupuskan 65 juta tahun sebelum wujudnya manusia.

Hakikatnya, bumi, seperti juga semua kejadian lain, hanyalah makhluk. Maknanya bumi tak kekal. Akan mati juga suatu hari nanti. Aku tonton kat National Geographic hari tu, medan magnet bumi akan berubah lagi buat kali yang entah ke berapa ratus. Buat kali yang 176 kot kalau tak silap aku. Yang membuatkan bumi ada medan magnet ialah teras bumi cecair yang sentiasa bergerak. Tapi saintis dapati teras cecair ni semakin susut kandungannya sejak jutaan tahun dulu. Suatu hari nanti teras bumi cecair ni akan susut seluruhnya dan ia berubah menjadi teras bumi pepejal. Pada ketika tu bumi akan hilang medan magnetnya.

Tanpa medan magnet, atmosfera bumi akan hilang sebab tak ada tarikan magnet yang boleh menahan semua udara dan gas dalam atmosfera dari terlepas ke angkasa. Tanpa atmosfera, radiasi dari matahari dan angkasa boleh tembus terus ke permukaan bumi sebagaimana bilion tahun dulu. Semua makhluk di atas permukaan dan dalam bumi akan mati. Setiap cecair di muka bumi akan lenyap kontang. Bumi akan menimpa nasib yang sama seperti Marikh. Gersang. Tandus.

Dan kita, kalau pun masih hidup lagi pada ketika tu, mahu lari ke mana ek?

Iklan: Rahang Maut

Posted in Iklan, Novel on 29 Disember 2008 by Najwa Aiman

Hari tu aku uar-uarkan tentang kepulangan ayahanda novelis Mohamad Kholid Hamzah ke rahmatullah. Kali ni aku nak uar-uarkan novel terbaru karya Mohamad Kholid Hamzah. Judulnya buat aku teringan tentang filem-filem Melayu zaman aku belum baligh dululah… ekekeke… Penangan terbaru Kholid! Tahniah bro!

Untuk Kamu

Posted in Famili, Puisi on 28 Disember 2008 by Najwa Aiman

Sofa nenek di ruang tamu
seakan kain buruk dapur ummimu
dan permaidani Persia nenek di bilik
seakan sejadah yang dibentang terbalik

TV besar yang atuk suka
kini sudah bertukar warna
dan dinding rumah yang selari
kini umpama lukisan Salvador Dali

Harta abah semakin tenggelam
membayar apa jua yang jahanam
mungkin suatu hari boleh muflis
dan abah terpaksa pula mengemis

Namun demi kamu semua
abah akan bayar walau dengan nyawa
hanya satu yang ummi dan abah pinta
kepada Tuhan, jangan derhaka

~Najwa Aiman~

Penglipur 12 Ogos 2006

“Mabrur” Ialah Selepasnya…

Posted in Islam on 26 Disember 2008 by Najwa Aiman

Haji dan Hajjah semua dah pulang ke belum? Masih ada lagi yang belum, kan? Selamat kembali kepda mereka semua. Lepas ni bersembang akan jadi kompius sikitlah.

“Haji, apa khabar?”

“Alhamdulillah, Haji. Haji pula apa khabar?”

“Saya baik-baik aja, Haji.”

Habis satu meja tu semua Haji. Mana tak kompius? Ekekekekeke…

Anyways, sudah dapat haji mabrur? Bos aku dulu pernah cakap “Yang menentukan haji mabrur bukan semasa buat haji, tetapi selepas pulang dari haji.”

Betul juga kan? Tingkah laku dan amalan yang dijaga dan dipelihara selepas pulang dari haji tu yang sebenarnya mencerminkan mabrur atau tak haji yang dibuat. Logik juga… Maka kepada yang belum tunai haji macam aku ni, ni le dia peluang yang Allah SWT kurniakan untuk melatih diri supaya dapat menunaikan haji yang mabrur kelak. Insya-Allaah…

Bilalah agaknya nak sampai kemampuan haji ni… aduyai…

Masjid User Friendly

Posted in Bebel, Islam on 26 Disember 2008 by Najwa Aiman

Dulu-dulu kat masjid jarang nampak orang bersolat sambil duduk. Sama ada duduk iftirasy, duduk tawaruk, duduk bersila mahupun duduk atas kerusi. Tapi sekarang, almost setiap masjid mesti ada orang bersolat atas kerusi. Sesetengah masjid tu dah siap tersedia kerusi-kerusi lipat kat tepi tiang-tiang masjid khas untuk orang-orang yang tak berdaya solat berdiri. Kenapa dulu tak ramai, sekarang ramai ek?

Anyways, yang aku masih belum nampak di masjid ialah orang bersolat atas wheelchair. Maknanya orang-orang yang tak boleh berjalan langsung, apatah lagi berdiri. Kenapa ek? Barangkali memang ada, tapi aku tak nampak sebab dia orang tak masuk dalam dewan sembahyang tu kot? Dia orang solat kat luar saja kot? Ye ke? Kenapa ek? Mungkin sebab design masjid-masjid kat Malaysia ni kot? Bukan ke sepatutnya masjid tu jadi model bangunan terbaik untuk semua? Ekekekekeke… Maknanya, masjid sepatutnya jadi perintis bangunan yang wheelchair friendly, kan? Bukan ke? Ke? Habis tu macam mana muslim yang terpaksa duduk atas wheelchair nak bersolat Jumaat?

Kebanyakan masjid yang aku pernah singgah so far tak nampak lagi laluan untuk wheelchair. Dewan sembahyang kat masjid-masjid alaf baru ni semuanya elevated, kan? Untuk ke dewan sembahyang, kena daki tangga. Tak nampak pula laluan untuk wheelchair. Barangkali ada masjid yang memang ada laluan ni tapi aku tak pernah masuk masjid macam tu kot?

Masjid kat kawasan rumah aku tu baru je siap. Dah besar dah sekarang! Siap aircond lagi tau! Dan sebagaimana design masjid-masjid alaf baru yang lain, dewan sembahyangnya elevated – di tingkat atas sebab tingkat bawah ada bilik-bilik mesyuarat, bilik darjah, dewan makan, dewan syarahan, panggung wayang bla bla bla… Tapi… tak ada ramp. Tak ada laluan untuk wheelchair. Hmmm… semua arkitek masjid tak ada yang terdiri daripada OKU agaknya ek?

Perempuan Melayu Terakhir

Posted in Bebel on 26 Disember 2008 by Najwa Aiman

Aku diberitahu bahawa dulu-dulu sehelai kain putih wajib diletak kat atas katil pengantin pada malam pertama. Tujuannya? Nak pastikan bahawa perempuan yang dinikahi tu masih dara. Oooo… Tapi tak pula diberitahu kat aku apa implikasinya kalau selepas bersetubuh tu tak ada setitik pun darah kat atas kain putih tu. Yang banyak agaknya air mazi dengan air mani le kot? Ekekekeke…

But seriously, kalau tak ada setitis pun darah atas kain putih tu camne ek? Apa natijahnya? Perceraian ke? Dan kalau yang jadi penyebab tak ada setitis darah tu memang pengantin lelaki tu sendiri atas perlakuannya dengan pengantin perempuan sebelum dia orang menika tu pula macam mana? Dan siapa yang periksa kain tu? tak malu ke? Isy isy isy… Dan pengantin tu pula… alahai… macam mana le dia orang dulu bersetubuh sampai kain putih nan sehelai tu masih tetap di kedudukan asalnya. Dia orang tu tak reti nak enjoy persetubuhan ke gamaknya? Eceh! Ekekekeke…

Dan kalau perempuan tu jenis yang selaput dara atau hymen jenis liat camne? Bersetubuh lima round pun dan inzal sepuluh kali hymen masih tak koyak juga camne? Tak percaya? Kau orang tak habis sekolah ke? Fenomena ni bukan perkara ganjil lagi tau!

Anyways, zaman sekarang ni orang dah tak letak kain putih kat situ, kan? Siapa yang masih ambil kisah sama ada perempuan yang dinikahinya tu dara atau tak zaman sekarang? Dulu-dulu lainlah. Tu pasal dulu-dulu agaknya perempuan Melayu sangat menjaga kehormatan. Sekarang ni orang perempuan pun dah tau yang kalau dia dah ditebuk tupai atau monyet atau orang atau babi sekalipun, hubby tak kisah dah. Silap-silap memang hubby dia tu sendiri yang jadi tukang tebuknya sebelum menikah dulu.

Sempena nak tahun baru ni, perempuan Melayu terakhir yang belum ditebuk dek orang atau tupai atau monyet malah vibrator atau jari sendiri, buatlah resolusi untuk jaga hymen supaya ditebuk oleh suami yang sah saja. Para lelaki Melayu terakhir pula, jadikanlah resolusi agar jangan tebuk hymen selain daripada bini sendiri punya. Kalau perempuan tu dah memang tak ada hymen tapi dia bukan bini sendiri, tu lain ceritalah kan? Kan? Macam bagus je aku ni kan nak nasihat orang, kan? Kan? Ekekeke…

Dan nasihat aku yang tak seberapa ni ditujukan kepada lelaki dan perempuan Melayu saja. Untuk lelaki dan perempuan Muslim, nasihat ni tak perlu sebenarnya. Kan? Kan? Kan?

Selamat Tahun Baru Hijrah.