Malam tadi masa persidangan Parlimen Kafé, salah sorang Ahli Parlimen Kafé dok bercerita tentang Norman Hakim, Abby dan Memey. Katanya memey tu memang lebih cantik le kalau nak dibandingkan dengan Abby, tapi kuranglah cantiknya kalau dibandingkan dengan Lisa Surihani… cet! Plastik ni pun dok minat Lisa juga ke? Cet! Jadi point dia ialah kenapa Si Norman tak mengurat Lisa je? Apa pasal pergi mengurat Memey? Berbaloi ke rumah tangga runtuh untuk dapatkan Memey berbanding untuk dapatkan Lisa?
Astaga wa esta bagadud… ke situ mengembaranya dia? Hmm… but then again… hmmm… Macam berasas sikit-sikit pun ada gak alasan tu kan? Kan? Ekekekek… ayaarrkk..!!!
Cantik? Well… Orang kampung Kate Winslet kata “love for lust doesn’t last.” Orang kampung Rowan Atkinson kata “beauty lies in the eyes of the beholder.” Jadi bila sorang perempuan dimahkotakan sebagai Ratu Cantik, maknanya dia cantik di mata siapa dan untuk tempoh berapa lama selepas dimahkotakan? Setahun? Dua tahun? Lima puluh tahun?
Pergh…! Ratu Cantik Brazil yang juga finalis Ratu Dunia, Mariana Bridi tu terkena jangkitan bakteria pseudomonas aeruginosa yang kebal antibiotik tu. Doktor terpaksa potong kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki Ratu Cantik tu sebagai langkah desperate nak selamatkan nyawanya. Gagal usaha tu. Mariana Bridi meninggal dunia pada 24 Januari lalu pada usia dua puluh tahun.
Jadi aku tanya Ahli Parlimen Kafé tu macam mana kalau Memey atau Lisa atau sesiapa saja terima nasib yang sama macam Mariana Bridi, tapi tak mati?