Arkib untuk Februari, 2009

Melayu Suka Berjuang

Posted in Bahasa, Bodoh, Etnik, Pendidikan, Politik, Semasa on 28 Februari 2009 by Najwa Aiman

Cikgu Melayu dengan mak bapak Melayu akan buat demonstrasi jalanan. Aku baca ni kat Malaysiakini. Hehehehe…

PIBG seluruh negara bantah PPSMI
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac…

Dan orang Melayu memang pejuang, kan? Kan? Pejuang kepentingan. Kepentingan dia orang dan anak-anak dia orang le. Takkan pejuang kepentingan anak-anak aku pula, kan? Alahai… Anak-anak dia orang yang enam tahun lalu masuk darjah satu sekarang dah tingkatan satu. Selama enam tahun yang lepas belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tak pernah jumpa istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Kepala dah tune dan fasih dengan semua istilah serta lenggok bahasa dalam subjek-subjek tu.

Kalau kerajaan setuju ubah semula maknanya anak-anak dia orang tu tetiba masuk tingkatan satu kena re-orientasi semula bahasa dan istilah serta kaedah membaca dan menjawab soalan dalam bahasa Melayu. Bijak… bijak… Tapi ye le kan… bukan ke bahasa Melayu tu perkara maha penting daripada segala-galanya dalam dunia ni? Kau orang tak percaya ek? Kalau tak percaya pergi le tanya orang Melayu… ekekekkekekeke… Bukan susah sangat nak cari dia orang. Ingat dia orang tu duduk dalam hutan ke? Kalau masih rasa susah juga nak cari pergi le ke tepi-tepi jalan kat Istana Negara 7 Mac ni nanti. Yang tengah dok… errr… tengah dok buat apa ek dia orang masa tu? Alah… walau tengah buat apa pun dia orang semua mesti sedang sibuk memajukan anak-anak bangsa dan negara le tu… Kalau tak dapat jumpa dia orang yang tengah sibuk masa tu, boleh tinggalkan pesan kat anak-anak. Cari le kat tepi-tepi jalan tu, kat celah-celah semak, atau kat bangku-bangku Lake Garden, bilik-bilik hotel murah, sarang rempit, Serenti atau rumah mayat hospital.

Cita Rasa Seks Makin Teruk

Posted in Bencana, Bodoh, Budak, Semasa, Undang-undang on 28 Februari 2009 by Najwa Aiman

Ada berani hantar anak perempuan (bahkan anak lelaki juga) ke pengasuh sekarang? Ada pula kes anak-anak teruna Si Pengasuh tak tahan stim. Kepala hotak tak boleh pakai. Tapi memang biasanya macam tu le perangai kaum majoriti dalam negara ni, kan? Kan? Apasal? Tak puas hati? Nak saman? Aku baca kat Harian Metro tentang anak-anak teruna pengasuh tu cabul budak perempuan umur setahun. Pedophile bangsat tu hodoh sangat gamaknya sampai tak terdaya nak dapatkan perempuan dewasa? Nak juga pergi tutuh budak umur setahun yang tak berdaya dan tak berdosa tu? Bangsat! Bukannya susah sangat nak dapatkan perempuan sekarang. Top up kredit henpon lima ringgit je dah boleh dapat persetubuhan haram a.k.a berzina beb. Pergi tanya Gafaro kat mana boleh dapat servis murah tu… eheks…

Pengasuh, dua anak ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan berusia setahun di Pangsapuri Melur, Sentul Timur, pada 18 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mereka yang ditahan ialah pengasuh kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun serta dua anak lelakinya, masing-masing berumur 25 dan 21 tahun…

Bongok! Excuse my carut please, thank you. Kalau berkenan kat ‘budak’ umur 15 tahun tu aku rasa masih boleh difahami le. Kalau perempuan umur 15 tahun bagi aku tak boleh dianggap budak lagi dah. Atas bawah dah serabai. Kalau disuntikkan sperma memang dah boleh mengandung. Cuma ikut undang-undang manusia je tak boleh. Tapi ni budak umur setahun??? Bongok! Bangang! Bahalul! Al-lahabau badiwol borobodos! Ehem… please, again, excuse my carut. Can’t help it. Aku tau seseorang tu belum dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah tapi dalam hal yang berkaitan dengan penganiayaan seks bebudak yang masih kecil sangat lagi tak tahu apa-apa gini aku tak boleh tahan le beb. Sowi ek…

Seks Atas dan Belakang

Posted in Bencana, Bodoh, Etnik, Islam, Sejarah, Semasa, Sosial on 28 Februari 2009 by Najwa Aiman

Kenapa cari pondan? Sebab pondan lebih best melayan daripada perempuan tau. Aku baca ni kat mana lagi kalau bukan di Harian Metro.

Penangan pondan

Oleh Amir Abd Hamid dan Syarifah Dayana Syed Bakri

KUALA LUMPUR: Akibat gemar menjalin percintaan songsang, segelintir lelaki tempatan bukan saja mudah cair dengan pujukan pondan, malah sanggup lari meninggalkan isteri dan anak untuk bersama ‘kekasih’ sejenis itu.

Wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai gejala tidak bermoral itu dapat mengesan beberapa kes dengan bantuan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek…

Pondan dengan bapuk dan maknyah ni spesis yang sama ke bukan ek? Sama je la kan? Kat asrama sekolah mesti ada spesis ni. Sepanjang jadi student dulu aku duduk di tiga asrama berbeza. Dua yang pertama tu memang ada pondan. Tapi asrama aku yang ketiga masa A-Level dulu rasa-rasanya macam tak ada. Ada ke? Entah le aku tak berapa ingat sangat.

Kat asrama pertama dulu dalam tingkatan tiga dia sebilik dengan aku siot! Takuuuuttt…! Tapi nasib baik le bilik tu penghuninya tujuh orang dan roommate aku yang spesis tu dah ada boyfriend dari tingkatan lima. Senior. So dia sibuk melayan boyfriend dia aje le setiap malam. In a way, walaupun rasa tak selesa sebab telinga masih boleh dengar aktiviti syahwat minor dia orang tu, tapi perasaan rasa tenteram juga le sebab tahu dia takkan kacau aku. Maklumlah, aku ni kan ke jambu… ekekekekekekekeke… uhuk! Ayaaarrrkkk…!

Agaknya pasal tu le perempuan makin murah sekarang ni. Persaingan dah makin sengit! Siapa kata harga diri perempuan lebih tinggi daripada lelaki? Huh? Anyways, Allah SWT dah hancurkan kaum Nabi Luth AS suatu ketika dulu. Atas sebab yang sama Allah SWT akan hancurkan kita juga. Rupa-rupanya Laksamana Hang Tuah silap dulu. Melayu memang akan hilang dari dunia. Tunggu masa je.

Simpan Di Payu Dara

Posted in Feminin, Fesyen, Matang on 27 Februari 2009 by Najwa Aiman

“Abang Sudin! Dua plosen!” kata Ayu sambil mengisyaratkan dua puluh sen dengan jarinya kepada Sudin.

Sudin menggaru-garu kepala keresahan. Kemudian kedua-dua tangannya pantas meraba-raba setiap kocek seluar dan baju yang ada di pakaiannya ketika itu mencari-cari syiling.

Melihatkan keadaan Sudin, Zaiton (perghh…! Cun siot dia ni! Stim siot every time tengok dia… Masa zaman tu le…) segera menyeluk jari-jemari halusnya ke dalam anak bajunya. Senget-senget mulutnya sambil jari-jemarinya terus meneroka celah-celah kawasan yang tersorok di sebalik bukaan dada kebayanya. Kemudian, umpama magis, dia mengeluarkan dari dalam anak bajunya sekeping syiling dua puluh sen lalu diserahkan kepada Sudin yang kemudian menyerahkannya pula kepada Ayu.

Tu salah satu adegan dalam filem Bujang Lapok kan? In fact, dalam kebanyakan filem Melayu lama ada juga sesekali adegan orang perempuan seluk bra dan bawa keluar duit ek? Sejak aku lahir sampai sekarang, aku tak pernah lagi tengok orang perempuan seluk bra dan keluarkan duit secara live walaupun zaman sekarang ni fesyen pakaian wanita menjadikan aktiviti menyeluk bahagian payu dara tu jauh lebih mudah. Barangkali sebab sekarang tak ramai yang masih pakai bra ke?

Tapi kenapa orang dulu-dulu simpan duit dalam bra ek? Member ofis aku kata bra zaman dulu-duu tu ada poket yang berzip guna untuk simpan duit. Zaman sekarang ni tak ada ek? Selama ni bra-bra yang aku pernah tengok, pegang, buka, cium, lontar, pusing, putar, ikat bla bla bla tak ada le pulok yang aku jumpa ada zip macam tu. Kenapa dia orang sekarang tak mahu simpan duit dalam bra lagi ek? Tak best ke?

Agaknya pasal tu ke fesyen baju orang dulu-dulu bahagian hujung puting payu dara tu kekadang tajam semacam? Tu bunjut poket tempat simpan duit tu kot? Kalau penuh syiling dalam tu… mak aiii… keras tu! Tak berat ke weh?

Skodeng

Posted in Matang, Quips on 25 Februari 2009 by Najwa Aiman

Akhbar kata ada pula malaun yang superimpose dan memphotoshop gambar-gambar Eli Wong atas gambar bogel orang lain ek? Alahai… Kenapa ek? Dia orang jual ke gambar-gambar tu? Mesti sebab dia orang yang buat tu tak ada kerja atau dah tak bekerja… eheks! Antara yang kena retrench le tu kot sempena kegawatan ekonomi sekarang ni. Tak pun dia orang buat tu sempena hari rehat tiga hari seminggu sebab ofis dia orang sekarang beroperasi empat hari seminggu je ek? Ekekekekeke…

Rata-rata orang kita melayar internet di ofis, guna PC pejabat, kan? Kan? Eleh… tak ngaku konon… piiiraahhh… eheks! Jadi bila dah ramai tak pergi ofis, kurang le sikit orang berinternet. Couple-couple halal dan haram pun ada lebih banyak masa beromen. Alah setakat beromen tak perlu duit sangat. Dulu nak beromen petang Jumaat, malam Sabtu, hari Sabtu membawa sampai ke Ahad. Sekarang dah boleh start aktiviti syahwat dari petang Khamis dan malam Jumaat membawa sampai ke Ahad.

Malaysia semakin meriah seks sekarang ni kan? Kesian kat orang-orang tua. Member ofis aku kata ahli-ahli kumpulan PORTUGAL dah semakin aktif sekarang ni. Kumpulan PORTUGAL? Persatuan ORang TUa GatAL… ekekekeke… Hobi skodeng pun bertambah le sekarang ni ek? Jaga-jaga weh kau orang yang nak beromen di tempat awam tu. Yang tak beromen pun jaga-jaga gak takut-takut esok lusa gambar kau orang berbogel atas badan orang lain yang telanjang… ekekeekke… adoi laaa… Malaysia… Malaysia…

Boleh Karaoke Selalu!

Posted in Feminin, Semasa on 25 Februari 2009 by Najwa Aiman

Ni aku baca kat Harian Metro semalam.

Isteri naik hantu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Helmy Abd Rahman

KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah…

Takde hal kalau along datang minta hutang kalau macam tu. Mana-mana along yang nak datang minta hutang kat Si Isteri tu kena pastikan ada bela jin yang boleh dibawa bersama masa nak kutip hutang nanti. Otherwise, pegi beli sports attire American football untuk pergi kutip hutang dengan dia wooo…!

Apa-apa hal pun, Allah sentiasa dengan orang-orang yang sabar. Aku ikhlas hormat pada John. Apa pasal nama dia John ek?

Polis Mesti Power

Posted in Gomen, Semasa, Sosial on 23 Februari 2009 by Najwa Aiman

Dalam blog Khayal lama dulu aku ada cerita tentang dua orang polis kejar peragut depan rumah aku pada suatu malam. Memula nampak sorang lelaki pakai baju biasa berlari depan rumah aku. Ingatkan dia berjoging. Lepas tu nampak sorang polis yang agak muda berlari kat belakang dia sambil menjerit-jerit “Berhenti! Nanti aku tembak! Berhenti!” Masa tu baru aku sedar rupa-rupanya yang berlari memula tadi tu penjenayah.

Kemudian sorang lagi polis melintas. Dia tak berlari, tapi berjalan laju-laju dalam keadaan termengah-mengah semput. Badan dia gemuk. Dah tak larat nak berlari lagi le tu.

Tadi member ofis cerita tentang kejadian dua tiga hari lepas kat Selangor Club. Semasa sepasukan pemain ragbi sedang main ragbi di padang Selangor Club tu, tetiba terdengar bunyi kenderaan eksiden. Masing-masing pergi ke tepi padang nak tengok apa berlaku. Nampak sebuah motosikal dah tergolek dan sorang lelaki sedang berlari dari arah motosikal tergolek tu. Di belakangnya sebuah kereta ronda polis. Lelaki tu berlari ke sebuah jalan raya sempit mendaki bukit one way street. Seorang anggota polis yang agak gemuk keluar dari kereta ronda tu dan mula mengejar lelaki tadi sementara seorang lagi anggota memandu kereta tu untuk menunggu di hujung jalan sana. Kebetulan ada seorang Pak Bai menunggang motosikal menuruni jalan raya tu, jadi anggota polis yang mengejar tu minta tumpang motor Pak Bai tadi untuk kejar peragut yang semakin laju berlari naik bukit. Dua-dua orang atas motor tu gemuk mengakibatkan lelaki yang berlari tadi bergerak lebih laju daripada motosikal tu.

Peragut tu walau bagaimanapun membuat satu kesilapan besar bila dia memutuskan untuk melencong masuk ke dalam padang ragbi di mana terdapat tiga puluh orang pemain ragbi sedang menyaksikan kejadian tadi. Melihatkan peragut tu berlari masuk padang, para pemain ragbi tu menjerit dan mengherdik peragut tu menyuruhnya berhenti.

Bijak juga peragut tu. Bila terpandangkan saiz tubuh badan pemain ragbi yang menjerit-jerit kepadanya tadi, peragut tu lalu buat keputusan untuk menyerah diri je kepada polis yang mengejar dia tadi. Lebih baik kena tangkap polis daripada kena tackle dengan tiga puluh orang expert ragbi. Nak mampus? Jadi peragut tu jatuhkan badan dia di padang dan meniarap sambil menunggu polis yang mengejar tu tiba. Bila polis yang mengejar tu tiba, dalam keadaan termengah-mengah, polis tu pun jatuh gak kat padang tu. Si peragut tu meniarap semput, anggota polis tu terlentang semput. Dua-dua semput.

Moralnya? Sama le macam aku tulis dalam blog Khayal lama dulu – anggota polis kita kena perbanyakkan latihan fizikal. Dan satu lagi moral – peragut yang tak ikut prosedur ragut memang bongok. Setahu aku kerja meragut ni mesti dua orang kan? Kan? Bukan ke? Ke? Eheks… Terima kasih kepada pasukan ragbi yang mengakibatkan peragut tu menyerah diri. Peragut tu lebih takut kepada pemain ragbi daripada polis ke? Anggota polis kena pastikan badan dia orang pun sasa macam pemain ragbi gak.