Arkib untuk 1 Februari 2009

Ibu Mertuaku Ahmad Albab

Posted in Budaya, Filem, Novel, Semasa on 1 Februari 2009 by Najwa Aiman

Mengenang filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Ibu Mertuaku, orang akan terfikir tentang perbezaan darjat antara orang kaya dan miskin. “Siapa itu Kassim Selamat? Doktor? Loyar? Majistret?” tanya Nyonya Mansoor yang famous tu. Bila dia dapat tau bahasanya Kassim Selamat tu seorang ahli muzik, seorang artis, langsung dia tak setuju. Tak ada kelas, gitu. Tu zaman 1960an tu.

Sekarang ni ramai pula orang nak jadi artis sebab katanya boleh jadi kaya. Tetapi… legasi Nyonya Mansoor masih ada juga tau. Kisah perkahwinan wanita idaman yang menepati cita rasa aku – Rita Rudaini – dengan Aidil misalnya. Ni persengketaan antara menantu dan mertua juga. Sama macam filem Ibu Mertuaku tu le kan? Aku ikuti sebenarnya kisah Rita Rudaini ni sebab Rita sememangnya wanita yang menepati cita rasa akulah… ekekekeke… Apa? Kau orang tak percaya ek? Berambut lurus separas bahu, berbulu roma halus di lengan, berkulit sawo matang, hidung terletak, tak Pan-Asian atau mixed… haaa… Amacam? Kau orang baca semua novel-novel aku tu, mesti ada deskripsi perempuan macam tu dalam setiap novel aku, kan? Kan? Hah! Dah tu! Cet!

Apa aku nak cerita tadi ek? Oya! Cuma kisah Rita ni aku masih tak tau sampai sekarang apa sebab sebenar mentua dia tak suka kat dia. Kalau dalam filem P. Ramlee tu disebabkan darjat dan kekayaan. Dalam kisah Rita ni tak clear le pulok. Keluarga Si Aidil tu jenis darjat tinggi dan orang kaya ke? “Siapa dia ini Rita Rudaini? Gynaecologist? CEO Sime Darby? Pengerusi Eksekutif CIMB? Anak Perdana Menteri? Siapa?”

Keluarga Rita tu pula jenis orang miskin ke? Rita tu sendiri takkan miskin kot? Rita tu artis tau. Artis kebanyakannya berduit sekarang ni. Lebih banyak duit berbanding Pengurus Kanan syarikat korporat pun. Mungkin sebab Rita ni janda?

Atau mungkin atas dasar agama? Really? Berapa intim keluarga Aidil tu kenal Rita sampai boleh menghukum Rita atas dasar agama ek? Hmmm… Jadi sebenarnya kenapa keluarga Aidil tu tak mau terima Rita? Kenapa keluarga Aidil tak mau terima apa yang Aidil sendiri terima? Kenapa Rita tak mau aku? Ayaarrkk…!

Anyways, latest kisah Rita aku baca di Harian Metro tadi. Rita pun dah tiga bulan mengandung sekarang ni. Gamaknya akan berubah ke perangai Nyonya Mansoor mentua Rita tu selepas dapat cucu nanti? Dia orang dah ada cucu ke sebelum ni? Kalau dah ada kemungkinan nak berubah tu kurang sikitlah kot? Kan? Kalau belum ada barangkali karektor Mas’ud Al-Buaya dalam filem Ahmad Albab akan hidup semula di alam nyata, kan? Kan?

Banyak filem P. Ramlee dulu berdasarkan realiti. Dipersembahkan sehampir mungkin kepada realiti. Dialognya realiti. Emosinya realiti. Justeru wataknya realiti. Implikasinya saja tak realiti. Dah memang trend perfileman (dan penulisan juga agaknya) pada zaman tu bahawa di akhir cerita, yang baik mesti dapat kebaikan dan yang jahat mesti dapat pembalasan. Yang tu bukan realiti. Tak semestinya.

Ada orang dalam kisah Rita Rudaini yang tak tonton filem P. Ramlee walaupun sezaman dengan usianya. Kalau pun tonton, tak belajar apa-apa pun daripadanya walaupun filem-filem tu sendat dengan pengajaran dan mesej. Adoi laa… benarlah bahawa pengajaran ialah apa yang dipelajari, bukan apa yang cuba diajar… Damn… I hate it when I’m right! Huh? Ekekekekekekekeke… ayaaarrkkk…!

Genetik Kaldai

Posted in Bodoh, Budaya on 1 Februari 2009 by Najwa Aiman

Sebenarnya kan, apa yang ada dalam kepala otak orang-orang yang suka berebut naik LRT dan bas serta yang merosakkan telefon awam ni ek? Apa sebenarnya yang dia orang fikir masa tu? Tak berfikir kot sebab otak tak berfungsi? Ada genetik kaldai agaknya orang tu yang datang daripada bapak atau maknya. Adoi laaa… Aku fikir masyarakat kita dah semakin bijaksana bila ramai yang dah mula beratur tanpa disuruh bila nak naik LRT dan bas. Rupa-rupanya masih ada juga keturunan kaldai yang ikut sama naik LRT dan bas. Patutlah kadang-kadang bau kandang je LRT tu. Dan bila dah tak ramai orang gunakan telefon awam sebab masing-masing dah ada henpon, aku fikir keadaan telefon awam semuanya mesti tip-top. Bukan ek?

Yang jenis conteng dinding dan tembok tu kira okey gak kan? Kalau jenis yang cantik le hasil contengannya. Aku suka yang tu! Colourful dan menarik! Yang jenis graffiti dalam jamban awam pula? Ekekeke… honestly, memang le perbuatan tu tak elok, tapi sebagai pengguna tandas awam… ehem… aku lebih enjoy tandas awam yang ada graffiti… ekekekekekeke… Sungguh! Terlupa sekejap main business dok mencangkung beberapa minit kat dalam bilik sempit yang aromanya pekat berbaur antara bau bahan kumuh dan bau penyembur udara automatik tu… eheks! Kalau tak ada graffiti tu boring je rasanya layan bau tahi.

Biasanya graffiti dalam tandas lelaki ni mesti ada nombor telefon awek yang dianggap sama ada bohsia, GRO, pelacur atau entah awek mana-mana yang ketagih seks. Adoi laaa… Dalam tandas awam perempuan ada apa ek? Ceritalah sikit kat aku… hehehe…

Sekarang ni lebih advance. Nombor telefon jantan yang bagi servis kat jantan pun ada. Nombor telefon mak nyah pun ada. Kau orang pernah try ke dail nombor-nombor tu? Kekadang tu tergerak juga di hati nak cuba telefon. Mujur lagi tak buat sebab biasanya by the time aku selesai berurusan kat dalam bilik sempit tu aku lupa dah habis semuanya. Next time aku mesti gunakan henpon aku yang ada kamera ni untuk ambil gambar graffiti tu semua semasa aku berak… hmmm…