Ibu Mertuaku Ahmad Albab

Mengenang filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Ibu Mertuaku, orang akan terfikir tentang perbezaan darjat antara orang kaya dan miskin. “Siapa itu Kassim Selamat? Doktor? Loyar? Majistret?” tanya Nyonya Mansoor yang famous tu. Bila dia dapat tau bahasanya Kassim Selamat tu seorang ahli muzik, seorang artis, langsung dia tak setuju. Tak ada kelas, gitu. Tu zaman 1960an tu.

Sekarang ni ramai pula orang nak jadi artis sebab katanya boleh jadi kaya. Tetapi… legasi Nyonya Mansoor masih ada juga tau. Kisah perkahwinan wanita idaman yang menepati cita rasa aku – Rita Rudaini – dengan Aidil misalnya. Ni persengketaan antara menantu dan mertua juga. Sama macam filem Ibu Mertuaku tu le kan? Aku ikuti sebenarnya kisah Rita Rudaini ni sebab Rita sememangnya wanita yang menepati cita rasa akulah… ekekekeke… Apa? Kau orang tak percaya ek? Berambut lurus separas bahu, berbulu roma halus di lengan, berkulit sawo matang, hidung terletak, tak Pan-Asian atau mixed… haaa… Amacam? Kau orang baca semua novel-novel aku tu, mesti ada deskripsi perempuan macam tu dalam setiap novel aku, kan? Kan? Hah! Dah tu! Cet!

Apa aku nak cerita tadi ek? Oya! Cuma kisah Rita ni aku masih tak tau sampai sekarang apa sebab sebenar mentua dia tak suka kat dia. Kalau dalam filem P. Ramlee tu disebabkan darjat dan kekayaan. Dalam kisah Rita ni tak clear le pulok. Keluarga Si Aidil tu jenis darjat tinggi dan orang kaya ke? “Siapa dia ini Rita Rudaini? Gynaecologist? CEO Sime Darby? Pengerusi Eksekutif CIMB? Anak Perdana Menteri? Siapa?”

Keluarga Rita tu pula jenis orang miskin ke? Rita tu sendiri takkan miskin kot? Rita tu artis tau. Artis kebanyakannya berduit sekarang ni. Lebih banyak duit berbanding Pengurus Kanan syarikat korporat pun. Mungkin sebab Rita ni janda?

Atau mungkin atas dasar agama? Really? Berapa intim keluarga Aidil tu kenal Rita sampai boleh menghukum Rita atas dasar agama ek? Hmmm… Jadi sebenarnya kenapa keluarga Aidil tu tak mau terima Rita? Kenapa keluarga Aidil tak mau terima apa yang Aidil sendiri terima? Kenapa Rita tak mau aku? Ayaarrkk…!

Anyways, latest kisah Rita aku baca di Harian Metro tadi. Rita pun dah tiga bulan mengandung sekarang ni. Gamaknya akan berubah ke perangai Nyonya Mansoor mentua Rita tu selepas dapat cucu nanti? Dia orang dah ada cucu ke sebelum ni? Kalau dah ada kemungkinan nak berubah tu kurang sikitlah kot? Kan? Kalau belum ada barangkali karektor Mas’ud Al-Buaya dalam filem Ahmad Albab akan hidup semula di alam nyata, kan? Kan?

Banyak filem P. Ramlee dulu berdasarkan realiti. Dipersembahkan sehampir mungkin kepada realiti. Dialognya realiti. Emosinya realiti. Justeru wataknya realiti. Implikasinya saja tak realiti. Dah memang trend perfileman (dan penulisan juga agaknya) pada zaman tu bahawa di akhir cerita, yang baik mesti dapat kebaikan dan yang jahat mesti dapat pembalasan. Yang tu bukan realiti. Tak semestinya.

Ada orang dalam kisah Rita Rudaini yang tak tonton filem P. Ramlee walaupun sezaman dengan usianya. Kalau pun tonton, tak belajar apa-apa pun daripadanya walaupun filem-filem tu sendat dengan pengajaran dan mesej. Adoi laa… benarlah bahawa pengajaran ialah apa yang dipelajari, bukan apa yang cuba diajar… Damn… I hate it when I’m right! Huh? Ekekekekekekekeke… ayaaarrkkk…!

14 Respons to “Ibu Mertuaku Ahmad Albab”

  1. ke bapak aidil zakuan jeles anak dia dapat rita rudaini?
    manatau pastu ditubanye bini dia jangan bagi muka kat rita

  2. naj… naper kalau kawen musti nak dpt ijin mak ngan abah? naper2….

    kalau tak kawen, org dok kata2 lak, kalau kawen larik, pun org dah kata2 gak, abis tu, nak kawen ker tak….

    rasa nak larik, tapi tak cukup tanah laaa naj…..

    • Ita: Kalau perempuan yang belum kahwin, memang le kena dapat izin walinya, dan kalau bapa masih ada, maka bapa tu le walinya. Perkahwinan ni bukan antara lelaki dan perempuan je la dik. Perkahwinan ialah antara keluarga dan keluarga. Percayalah dik, kahwin yang tak direstui keluarga ni akan menyusahkan zuriat.

  3. u ada tak kengkawan yg ala2 fahrin tu nak, kenaikan ngan ita eh….. 🙂

    • Ita: Beta le ala-ala Fahrin gitu… ekekekekekekeke… uhuk! Well, ekcelinya memang ada. Keje bank. Siap masuk gambar dalam majalah lagi sebab iras-iras Fahrin. Tapi muka je la. Body tak sama langsung.

      Errr… Ita berkawan dengan Lisa Surihani tak? Atau ada kengkawan yang iras-iras Lisa Surihani, Rita Rudaini atau Cheryl Samad gitu? Hehehehehe… bagi dia orang emel beta tau… eheks!

  4. naj… nak mcm fahrin, sbb nak mintak dokong selalu arrr…. ekekekek

  5. Kes rita tu.. mentua tak terima coz aidil tu aaa.. nape tak mintak restu keluarga n g ikut Rita lari lak.. Bygkan anak yg kita jaga dr kecik sampai bsr n dah huluq kat mak ayah brg seribu dua.. tetiba kawin, mak ayah tak tau.. so, betapa hancur hati ibu yg ngandung n ayah yg membuat.. tu pasal diorg takleh nak terima rita lg.. tp kalu dah ade cucu, mungkin berubah lah tu…:D

    • Angah: Lorrr… gitu ceritanya… Tapi ngapa kahwin lari in the first place ek? Walau camne pun, aku still fikir ibu bapa Aidil tak patut buat gitu. Jodoh dia orang tu dah ditakdirkan. Redho… redho… dan sabar… dan sabar… dan redho…

  6. Ita: kawan Naj yang rupa mcm Fahrin tu kawan I jugak…. heheheh… badan okay lah gak… la ni pergi gym……

  7. SY AMAT SY NK JADI KAK ANGKAT SY NK NOMBOR TELEFON

Tinggalkan komen