Arkib untuk 2 Februari 2009

Selamat Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Posted in Budaya, Nostalgia, Sejarah on 2 Februari 2009 by Najwa Aiman

Maka hari ni Kuala Lumpur dah jadi Wilayah Persekutuan selama 35 tahun ek? Masih muda tu mengikut skala umur sebuah bandaraya, tak gitu? Patutlah gopoh… eheks! Masa kat UK dulu ada sorang rakan sekuliah berbangsa Pakistan bernama Aftab tanya aku, apa yang uniknya KL. Alamak! Apa ek? Masa tu belum ada KLCC atau Menara KL. Kalau dah ada pun, sumpah aku takkan cakap tentang KLCC atau Menara KL sebagai keunikan KL. Ingat dia orang kat UK tu jakun sangat ke dengan bangunan tinggi? Pigi dah! Habis tu aku nak cakap apa?

“Nothing. It’s just a big city in Malaysia being the capital of the country,” lebih kurang begitulah jawapan aku. Setelah lebih dua puluh tahun aku beri jawapan tu kepada seorang British, aku masih rasa yang jawapan aku tu betul… eheks!

Jadi apa yang menariknya KL sebenarnya ek? Selain daripada KL ni ialah kampung kelahiran aku (ehem… excuse me…), tak ada apanya yang menarik pun. Majoriti orang KL masa tu ialah anak dagang yang lahir kat tempat lain dari negeri-negeri lain. Selepas tu majoriti orang KL dah jadi anak dagang yang datang dari negara-negara lain pula. Improvement tu!

Nak cerita tentang apa ek? Bangunannya yang mencakar langit? Pergi Singapore tengok. Tamannya yang bersih? Pergi Singapore juga tengok. Udaranya yang nyaman? Yang ni kau orang kena pergi hospital mental. Jerebu tu nyaman apa ke jadahnya? Sistem pengangkutannya yang cekap? Bila kali terakhir kau orang naik LRT atau Komuter mahupun bas dan teksi ni?

Jadi kalau orang luar macam warga British tu tanya tentang KL, dan demi untuk promote supaya dia orang belanjakan ppund sterling dia orang tu di KL ni, apa yang aku nak cerita? Hmmm… perempuan senang dapat. Yang murah ada, yang mahal ada, yang free pun ada! Macam-macam spesis pula tu – Cina, Melayu, India, Russia, Indo, Myanmar, Pan-Asian bla bla bla… Ada pertunjukkan rempit percuma kalau berani dan adventurous. Kalau nasib baik, dapat tengok adegan kejar mengejar rempit dengan kereta polis. Tak pun dapat tengok ambulan berkejar nak bawa Mat Rempit pergi hospital sebelum despatch ke rumah mayat.

Bagi Muslim luar negeri yang nak melancong ke Kuala Lumpur, pastikan kalau nak ke masjid tu jangan melebihi jam 10:00 malam sebab selepas tu masjid semua tutup berkunci. Siapa masuk masjid tengah malam dengan niat nak bertahajud akan dianggap nak mencuri tau. Jadi lebih baik pergi disko. At least buka sampai dua pagi.

Peredaran

Suatu ketika dulu
Yap Ah Loy mendarat di sini
tatkala Melayu meneroka hutan belantara
Yap Ah Loy menerjah lumpur di muara

Terbina atas kasiterit mineral
dan kebanjiran peneroka harta
Kuala Lumpur yang berselut lumpur
berkembang menjadi lubuk harta
satu per satu jiwa dirantai
satu per satu gadis digapai
satu per satu teruna lalai
satu per satu iman terlerai

Di sini bermastautinnya
katak, cacing, siput dan kerang
dan procambarus clarkii
yang paling lasak antara cengkerang
berkongsi hidup dengan insan
berkongsi hidup dengan bangsawan
berkongsi hidup dengan hartawan
sama-sama didakap syaitan

Kalau di Haiti menjamah lumpur
Kuala Lumpur menyalut lumpur
makan hati sampai ke kubur
dalam kubur masih menggelupur
dalam tidur bising berdengkur
dalam longkang jiwa ditabur
dalam hotel kehormatan dilabur

Betapa sukarnya
di Kuala Lumpur
menyemai iman yang subur

~ 21 April 2008 ~