Arkib untuk 3 Februari 2009

Natalie Portman Bernasib Baik

Posted in Politik, Sejarah, Sumber on 3 Februari 2009 by Najwa Aiman

I could have annihilated all the Jews in the world, but I left some of them, so you will know why I was killing them.” ~ Adolf Hitler

Aku tak pernah tau pun kata-kata ni… hehehehe… Puak Yahudi yang kontrol media dan internet takkan nak expose quotation ni kan? That is the becoz… eheks! Kali pertama aku jumpa kata-kata ni (tapi dalam versi yang agak berbeza kata-katanya walaupun maksud konteksnya sama) ialah di blog Gerektua yang dipanggil Aduyai di bawah entri Hitler Sudah Tau

Tapi masalahnya ialah versi. Versi. Kata-kata lain daripada Hitler yang membawa maksud yang maksud konteksnya sama yang aku jumpa ialah-

  • “I killed half of the jews and left the other half so that you will know why I was killing them.”
  • I killed half of the Jews and left the other half to discover why I killed the first.”
  • I killed half of the Jews, and left the other half so the rest of the world may understand why I killed the first half.”
  • I Killed half of the jews and left you the other half in order to know why i killed the first half.”

Merata-rata boleh jumpa quotation macam ni sekarang kat merata-rata website, kan? Tapi versi yang pelbagai ni agak memberi waswas pada aku tentang kesahihannya. Teori aku ialah kepelbagaian versi ni disebabkan translasi dari bahasa asalnya – bahasa Jerman. Aku kena cari semula member lama aku yang fasih cakap Jerman tu. Bukan! Bukan P. Ramlee masa dia maki hamun Mariani dalam filem Masam-Masam Manis tu! Bukanlah! P. Ramlee tak pernah kenal aku pun tau! Cet!

Berapa tepat Hitler pernah ungkap (atau dari satu sumber menyebut tulis di dalam diarinya) kata-kata tu? Ada sesiapa boleh beri sumber yang sahih? Tolong please. Please tolong. Aku agak sibuk sikitlah sekarang ni nak research.

Kalau segan nak komen kat sini boleh emel ke najwa.aiman@gmail.com. Aku serius ni tau. Betullah!

Thank you I luv u too jua… hehehehe…

Dan Natalie Portman, Tom Hanks, Harrison Ford, Dustin Hoffman, Courtney Cox, David Schwimmer, Kenny G bla bla bla… tu semua bernasib baik dia orang tak lahir di Jerman dalam zaman Hitler dulu…

Mana Mau Lari?

Posted in Bebel on 3 Februari 2009 by Najwa Aiman

Lebat giler hujan kat luar tu sekarang. Langit pun gelap-gelemat. Mesti ada jalan yang banjir tu nanti. Akibatnya mesti traffic jam… alahai… Hopefully aku boleh kontrol mulut daripada mencarut karang… adoi laaa… Dari tingkap ofis aku ni aku dah nampak dah jalan depan tu dah start nak banjir. Time gini kalau ada 4WD pun tak guna gak kalau traffic jam kan?

Zaman aku pergi balik kerja naik LRT dulu, hujan-hujan gini dapat gak lepak kat restoran mamak pekena teh tarik dengan geng. Ramai awek lepak sama tau time tu. Best! Siap berkenalan lagi… wow! Tapi sejak pergi balik kerja berkereta macam dah malas je nak lepak dulu sebelum balik rumah. Ada bagus juga naik kereta ni ek?

Tapi dah begitulah keadaannya gaya hidup di KL ni kan? Aku yang membesar kat sini pun dah naik tensen dengan suasana hidup macam ni. Orang yang berhijrah dari kampung dan bermastautin kat KL ni pula macam mana ek emosi kau orang? Honestly aku tak tau sebab aku memang orang sini (bukan berlagak tau… fact… eheks). Tapi sekarang majoriti warga KL adalah anak jati KL sebab mak bapa dia orang dulu yang berhijrah dan bermastautin ke mari. Spesis macam kita orang ni kalau kecewa di KL, dah tak tahu dah ke mana lagi nak bawa diri… aduhai…

Nikmat Selain Bersetubuh

Posted in Gomen on 3 Februari 2009 by Najwa Aiman

Hujung minggu ni ada lagi cuti tiga hari ek? Yeszaaa…!!! Aku suke! Aku suke! Bercuti, selain bersetubuh, adalah antara yang sungguh nikmat… ohhh… nikmatnya… Anyways, terima kasih le kepada Kerajaan Malaysia sebab bermula tahun lepas akhirnya mengiktiraf Thaipusam sebagai hari cuti umum Kuala Lumpur juga. Kalau tak, memang terseksa jiwa dan raga warga kerja Kuala Lumpur pada hari tu. Aku pernah lalui pengalaman naik Komuter nak pergi kerja pada hari Thaipusam. Tiga Komuter lepas tak dapat naik siot! Komuter yang keempat tiba, aku redah jek. Lantaklah! Masa tu dah mula le sifat mementingkan diri sendiri tu… adoi laaa…

Lepas tu nak balik dari ofis pun seksa juga hari tu. Alamak aiii… Masa tu memang mencarut-carut kepada Kerajaan Malaysia. Apa le punya bengap tak declare cuti untuk KL pada hari Thaipusam. Dia orang tu bengong sangat ke tak pernah tau bahawa pada hari cuti Thaipusam, orang yang nak ke Batu Caves mesti redah KL? Biul sungguh. Tapi kan, dia orang tu semua pergi ke mana-mana pun naik kereta duduk di belakang. Mana le depa nak tau tentang sengsara rakyat marhain macam aku ni kan? Kan? Alhamdulillah sekarang ada yang prihatin. I love Pak Lah!

Jawi

Posted in Bahasa, Budaya on 3 Februari 2009 by Najwa Aiman

Perkara biasa ke bila kita rasa kelakar dengar orang berbicara bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris? Ekekekekeke… aku mengakulah yang aku jahat. Kekadang bila dengar orang berbicara bahasa Tamil, ada sebutan dan intonasi tertentu yang buat aku nak tergelak sedangkan aku tak tau maksudnya pun. Adoi laaa…

Tapi macam mana pula bila orang lain yang tak tahu bahasa Melayu dengar kita berbicara bahasa Melayu? Mesti ada juga sebutan dan intonasi yang kelakar bagi dia orang, kan? Bukan ke? Apa perasaan orang luar bila dengar kita sebut perkataan yang bagi kita tak ada apa-apa misalnya tengok atau cakap ek?

Semasa mengajar Putera dan Puteri aku tulisan jawi semalam, aku tersedar yang jawi ada 36 abjad, 10 abjad lebih banyak daripada rumi. Teringat satu perdebatan dengan sorang sahabat aku lama dulu tentang jawi ni. Resolusi perdebatan tu ialah jawi, sebagaimana rumi, ialah peralatan menulis dan membaca. Isunya ialah kenapa jawi tak boleh dijadikan sebagai alat shorthand? Kenapa tidak ek? Untuk ambil nota, sesiapa yang tak tau shorthand tapi tau jawi, bolehlah gunakan jawi sebagai alat shorthand. Misalnya perkataan bersetubuh yang dieja dengan 10 abjad dalam rumi tapi hanya 8 abjad dalam jawi. Selain daripada tu, tulisan sambung jawi lebih lancar dan cepat ditulis berbanding rumi, tak gitu? Bukan ke? bentuk tulisan jawi pun dah memang lebih kurang shorthand kan? Hehehehe…

Anyways, macam mana nak eja perkataan terowong dalam jawi ek? Sama ke macam eja perkataan terung?