Arkib untuk 10 Februari 2009

Ni Bukan Rempit

Posted in Bebel, Bodoh, Quips on 10 Februari 2009 by Najwa Aiman

Zaman purbawara time aku tunggang motor ke hulu ke hilir dulu belum ada istilah rempit rasa-rasanya walaupun aksi-aksi rempit tu dah lama wujud dan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan jalan-jalan tanah merah. Time tu motor aku kapcai je, tapi dah ada le spesis-spesis super kapcai dan kapcai sport ni. Namun begitu, super bike dan spesis-spesis ala-ala Harley tetap antara jenis-jenis motor impian.

Tadi member hantar emel kat aku dengan gambar ni. Tu dia!!! Kalau le motor ni wujud kat Malaysia dan ada pula makhluk yang guna motor ni buat balik ke Kedah dari JB, berapa kali dia kena berhenti kat R & R? Kalau dia tak berhenti dan jalan terus menerus macam mana le agaknya cara dan gaya dia berjalan lepas tu ek? Adoi laaa…

Telur Penyu Haram Atau Halal?

Posted in Fiqh, Islam on 10 Februari 2009 by Najwa Aiman

Persoalan yang dah lama merunsingkan benak aku ni sebenarnya. Aku jumpa lagi maklumat tentang hal ni kat blog Salman Maskuri. Jadi sebenarnya telur penyu haram dimakan atau halal dimakan? Nasib baik aku jenis yang tak berapa gemar makan telur penyu…Tapi telur ayam tiga suku masak aku suka! But then again bila baca entri tu, aku jadi waswas pula dengan boleh atau tidaknya makan telur ayam juga! Aiyooo…!

Sebaik-baiknya bagi kaum prempuan, makan telur lain je laaa… Normally telur masin le. Bagi orang lelaki pula, nak mampus ke haper kalau kau orang pun nak makan telur lain yang masin tu???