Arkib untuk 14 Februari 2009

Siapa Kenal Valentine?

Posted in Bodoh, Budaya on 14 Februari 2009 by Najwa Aiman

Musim party aku dah selesai buat sementara waktu tahun ni! Lega! Lega siot! Adoi laaa… Awal tahun je mesti sakit dengan perayaan. Pertama, bulan Januari saja ada dua birthday dalam keluarga aku ni – aku punya dan Haziq. Adoi! Masuk bulan Februari, ada satu lagi birthday – Permaisuri aku pulok… Weh! Bulan Februari jugalah makhluk-makhluk di luar sana tu nak buat sambutan Hari Valentine. Bulan lain tak boleh ke? Siapalah yang mencipta perayaan Hari Valentine ni ha? Nasib baik dia dah mati. Kalau masih hidup, mesti aku bagi dia mati! Cet! Disebabkan Hari Valentine ni le, bunga ros sekuntum yang harga tiga ringgit boleh jadi sepuluh atau berbelas ringgit! Apalah punya laksam…

Anyways, antara bulan Mac dan April ni sempat lagilah aku nak kumpul duit untuk perayaan birthday bagi bulan Jun, September dan November nanti. Eh… jap… birthday gefren camne ek? Hmmm…
seteiap bulan ada tu! Ayaarrkkk…!

Apa-apa hal pun kepada yang menyambut Hari Valentine, pastikan sebelum ajal bertandang nanti kau orang study habis-habisan tentang siapa dan apa dia Valentine ni. Just in case le kalau tetiba soalan tentang Valentine ni keluar masa di mahkamah sana nanti – “Wahai Si Fulan bin Si Fulanah! Bagaimanakah engkau menghabiskan masa yang Allah SWT anugerahkan kepada kamu pada tanggal 14 Februari 2009 bersamaan 18 Safar 1430 dulu?” Eheks… Aku boleh bagi hint sekadar apa yang aku tahu je la. Valentine yang aku kenal cuma Mr. Manuel Valentine je. Dia tutor untuk subjek Law of Contract masa aku first year dulu. Sebelum tu dia merupakan pengamal undang-undang jenayah kalau tak silap aku. Dah arwah dah pun sekarang ni. Tu je la info yang aku ada tentang Valentine.