Berita sayu dari Harian Metro semalam-
JITRA: “Anak-anak saya menggigil menahan kelaparan kerana tidak makan beberapa hari. Saya hanya mampu memberikan mereka minum air masak saja,” kata Azmi Abdullah, 51, menceritakan kesempitan hidupnya sekeluarga.
Difahamkan kehidupan keluarga yang tinggal di Kampung Kuala Kerpan, dekat sini, hanya bergantung kepada ihsan penduduk kampung yang prihatin selain mengambil upah membantu jiran.
Azmi berkata, sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya lima tahun lalu dia tidak mampu melakukan kerja berat…
Situasi ni masih wujud, kan? Akan terus wujud rasa-rasanya. Dalam keadaan ekonomi yang makin gawat dan runcing sekarang, lebih ramai orang hilang kerja tanpa perlu terlibat dalam kemalangan pun.
Macam mana dengan orang-orang kaya yang harga jam tangannya sepuluh kali ganda daripada gaji seorang buruh binaan tu ek? Wanita kelas atasan yang bikin rambut dan kuku seminggu sekali dengan harga dua kali ganda daripada nilai makan sekeluarga seorang pemandu teksi sehari? Harga sekole kopi di Starbucks yang diminum oleh seorang penuntut kolej swasta yang boleh membeli sepuluh naskhah buku latihan untuk anak seorang petani?
Aku sangkakan kita sudah ada Pusat Pungutan Zakat di seluruh negeri. Ke mana perginya duit zakat yang aku bayar selama ni ek?