Arkib untuk 16 Februari 2009

Bogel Ternama

Posted in Politik, Semasa on 16 Februari 2009 by Najwa Aiman

Huh? Pulokkkk… Malaysiakini laporkan tentang salah sorang ADUN Selangor dari PKR buat report polis malam tadi tentang gambar bogelnya disebarkan. Sudah…! Ni dah macam skandal kerajaan British tahun 1950’an dulu yang berkaitan sorang perempuan kabaret apanamaentah Keller. Christine Keller ke ek? Aku dah lupa laaa…

Kes Selangor ni lain sikit. Ada orang sebarkan foto bogel ADUN pulok dah. Elizabeth Wong Keat Ping ni ADUN Bukit Lanjan, kan? Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor.

Apa-apa hal pun biarlah polis buat siasatan dulu wei! Toksah le dok sebarkan gambar ADUN bogel. Kalau ya pun tunggulah sampai dia dah tak jadi VIP. Sungguh kurang sopan mengaibkan orang gitu tau. Ketua Pembangkang Selangor Datuk Dr. Khir Toyo dah mula suruh Elizabeth Wong letak jawatan berkiaskan kes Datuk Chua Soi Lek dulu. Relakslah dulu. Tunggulah polis buat siasatan dulu.

Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel
Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 3.20pm Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam…

Anyways… foto bogel tu zaman bila punye? Mengikut imaginasi aku kalau gambar beliau yang tersebar tu dalam lingkungan melebihi sepuluh tahun lalu… okey la… Nothing to be ashamed of. Should be proud sebab ikut cita rasa aku kira menarik, anggun dan boleh jadi rebutan wooo… Kalau sepuluh tahun lalu la… Ayaaarrrkkk…!

Errr… kat mana nak cari gambor-gambor dan video dia ni?

Tuhan Tidak Mungkir Janji

Posted in Puisi on 16 Februari 2009 by Najwa Aiman

Setiap jalan ini
walau ke mana beloknya
walau di mana simpangnya
pasti menemui mati

Bukankah yang terbaik itu
adalah yang paling pasti?
Lalu yang sebaik-baik insan
adalah yang bersedia untuk mati

Lantas insan yang bahagia teruja
tidak sabar hendak bertemu Tuhannya
janganlah dihalang dia pergi
kerana di sanalah kebahagiaan abadi

Atas nama Tuhan
yang kepadaNya kita kembali
jika demikian telah disuratkan
sungguh Tuhan tidak memungkiri janji

Buaya!

Posted in Semasa on 16 Februari 2009 by Najwa Aiman

Sedang aku belek-belek internet mencari-cari berita, tetiba aku terserempak dengan berita di Harian Metro ni-

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,” kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

Ada gambar sekali. Buaya baik punya terapung kat dalam air laut tepi pantai tu. Weh! Buaya makan orang tak? Aiyooo… Rasa-rasanya kalau tak diganggu dia takkan menyerang kot? Kan? Kepada yang macho dan adventurous tu kau orang dipersilakan le kalau nak sama-sama berendam dengan buaya tu kat situ. Saja-saja le kalau kau orang nak test power atau nak test buaya tu menyrang ke tak. Aku prefer jadi penonton je la… pakai teleskop… dari tingkap hotel… tingkat sepuluh. Aku boleh tolong telefon ambulan kalau perlu… atau kereta mayat ke…

“Saya Tak Mahu Berhenti”

Posted in Ekonomi, Undang-undang on 16 Februari 2009 by Najwa Aiman

Apa dah jadi dengan antara ratusan kata-kata hikmat dan keramat Melayu “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” tu? Apa dah jadi dengan kedaulatan Sultan-Sultan Melayu? Apa dah jadi dengan hormat anak Melayu kepada Sultannya?

Bukan… aku bukan nak tulis tentang Ir. Nizar mantan MB Perak dan Exconya yang tak mahu letak jawatan setelah dititahkan demikian oleh Baginda Sultan Perak. Tu undang-undang perlembagaan negeri le kan? Kan? Betullah tu gamaknya. Aku tak tahu le sebab aku belum ada kesempatan nak study undang-undang berkaitan perlembagaan negeri ni. Tapi kalau mengikut undang-undang keadaannya gini – ibarat pekerja syarikat swasta yang disuruh berhenti kerja oleh bosnya, maka dia membalas dengan berkata “Bos nak suruh saya berhenti, silalah berikan saya surat penamatan perkhidmatan sebab saya tak mahu serahkan surat perletakan jawatan.”

Pekerja swasta yang dalam keadaan ekonomi tunggang terbalik sekarang ni kalau disuruh dek majikan agar tender resignation letter, pada ketika tu kau orang ada dua hak – hak untuk tender resignation letter (sebagaimana yang majikan suruh) atau hak untuk terus bekerja. Kalau majikan nak tamatkan juga perkhidmatan kau orang, majikan kena keluarkan hitam putih untuk tujuan tu. Lisan tak boleh pakai. Mesti hitam putih. Colour lain pun tak boleh pakai kecuali colour logo syarikat atas letterhead je… eheks… Dengan hitam putih tu barulah kau orang boleh ke pejabat Perhubungan Perusahaan berdekatan untuk membuka fail di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan kerana diberhentikan kerja.

Alahai… memang aku merapu rupa-rupanya ni ek? Ekekekekekeke…

Ini Hatiku

Posted in Feminin, Nostalgia, Puisi on 16 Februari 2009 by Najwa Aiman

Mengenang kembali betapa semakin merudumnya tahap kualiti yang diamalkan oleh orang perempuan sekarang untuk memilih lelaki yang akan dikongsi hidupnya sampai mampus, aku terkenang zaman-zaman aku baru baligh dulu. Sebagai seorang lelaki, nak pilih perempuan bukannya senang. Nak mengurat lagi susah. Perempuan yang datang serah jiwa dan raga pun kita kena tapis dan filter dengan berbagai proses. Tu belum kira orang perempuan yang nak pilih lelaki. Zaman berubah terlalu cepat ke atau aku memang dilahirkan di penghujung zaman yang semakin hampir?

zwani.com myspace graphic comments

INI HATIKU

Ini hatiku
ambillah dan simpan
semadikan ia di atas kayangan

Ini hatiku
tak ternilai harganya
jangan kau sepahkan merata-rata

Ini hatiku
hanya satu yang aku ada
jangan hancurkan hingga tak bersisa

Ini hatiku
padamu kuserahkan
balutlah ia dengan keikhlasan

(Puisi ada kalanya bukan sekadar kata-kata… tak gitu?)