Arkib untuk 18 Februari 2009

Purnama Baru Dua Kali

Posted in Ekonomi, Hiburan, Politik, Puisi on 18 Februari 2009 by Najwa Aiman

Tahun ni
baru dua kali bulan purnama
tapi purnama sudah gerhana
macam poket aku juga

Negeri Perak bertukar MB
artis lelaki bertukar bini
artis perempuan kahwin lari
artis janda masih mencari

ADUN Selangor heboh telanjang
Dewan Rakyat yang lintang-pukang
rakyat Selangor tercengang-cengang
SYABAS juga yang terus kenyang

Harga petrol dok naik turun
harga barang tak turun-turun
harga perempuan dok makin turun
anu jantan dah tak boleh turun

IJN nak kena beli
airport nak tambah lagi
bisnes minyak dok asyik rugi
sakit jantung orang kat Sime Darby

Tahun ni
baru dua kali bulan purnama
nanti purnama kali ke tiga
Malaysia tukar ketua negara

Teka Filem Mana

Posted in Filem, Hiburan, Quips on 18 Februari 2009 by Najwa Aiman

Bila kena ngam dengan sahabat sekepala blues macam Pootz, kita orang kekadang akan main game filem P. Ramlee. Gamenya mudah je – nyanyikan serangkap dua lagu dari mana-mana filem P. Ramlee atau sebut sebaris dua dialog-dialog famous dari mana-mana filem P. Ramlee, dan orang yang mendengar mesti teka judul filem tu. It was fun! Siapa teka dulu dan jawapannya betul akan dapat hadiah yang takkan diberikan pun… eheks!

Tapi kita orang belum pernah main teka-teki pantun dari filem. Sekarang ni mood sewel aku rasa macam nak petik tiga pantun dari filem-filem Melayu – tak semestinya filem P. Ramlee – lepas tu kalau kau orang memang tak ada kerja sangat, kau orang teka judul filem bagi setiap pantun tu… ekekekekeke… Sukati kau orang le nak jawab ke tak ek…

PANTUN PERTAMA

(Aku tahu kau orang semua tahu pantun ni. Tapi kau orang tau tak judul filemnya? Haaaa…!)

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

 

PANTUN KEDUA

(Perlu clue ke? Biar betul? Kau orang mesti rasa macam familiar je pantun ni kan? Rasa terbayang-bayang je rupa aktor yang tersengih-sengih masa mengungkapkan pantun ni… jeng jeng jeng…! Eheks…)

Misai kontot tidak bercahaya
Ibarat kuda hampir mati
Kalau adinda tidak percaya
Operatelah dada x-raylah hati

 

PANTUN KETIGA

(Oleh kerana ni soalan pantun yang penghabisan untuk entri merapu ni, maka kita try yang mencabar sikit! Ahah! Amacam? Ada berani? Filem apa ni? Filem apa? Come on! You can do it! You can do it!)

Papan keranda hujungnya merah
Bakar mercun di tengah hari
Pada kekanda kalau kumarah
Bererti meracun diri sendiri