Arkib untuk 20 Februari 2009

Sukan Memang Best

Posted in Bebel, Feminin on 20 Februari 2009 by Najwa Aiman

Aku pernah tulis pasal golf dalam blog Khayal yang menghilangkan diri ikut sukati dia tu. Ada orang kata golf ialah Golongan Orang Lemah Fikiran. Member ofis kata golf asalnya untuk orang lelaki saja sebab golf tu bermaksud Gentlemen Only Ladies Forbidden. Eheks… macam-macam le. Tapi sekarang dah ada pertandingan golf untuk wanita bertaraf dunia. Aku tak minat tengok le tapi.

Yang aku minat tengok ialah tenis wanita. Perghh…!!! Eleh… kalau kau orang jantan, kau orang pun mesti suka punya. Pigi dah! Dulu ada bintang tenis macam Anna Kournikova (betul ke ejaan ni?). Perghh…! Pastu ada… alah aku tak ingatlah nama dia orang. Tak penting. Walau siapa pun, bintang-bintang tenis wanita ni semuanya punya bentuk yang… yang… alahai boleh inzal kalau nak describe nih.

Anyways, tadi ada orang suruh aku main golf lagi. Alahai… dah banyak kali dah kena gesaan sebegini. Tengoklah berapa lama lagi aku boleh bertahan. Dalam keadaan ekonomi makin runcing ni, aku lebih prefer beli nasi lemak bungkus untuk bagi Permaisuri dan Putera Puteri aku makan daripada beli bola golf yang harga sebijinya lebih kurang harga sebungkus nasi lemak tau. Tu baru harga bola. Belum harga sebatang kayu golf lagi. Harga membership lagi. Pastu harga nak pijak padang golf tu lagi. Nak pijak padang tu pun kena bayar tau! Weh! Tak payah! Lebih baik je la aku menghadap TV tengok game tenis wanita. Jom! Siapa nak join? Meh datang rumah aku. Bawa perempuan sekali. Alah… perempuan mudah sangat nak dapat sekarang. Cakap je nak buat persetubuhan haram mesti dia orang setuju. Kondom aku provide. Ayaarrrkkk…!

Kekadang Sembelit Tu Bagus

Posted in Bebel on 20 Februari 2009 by Najwa Aiman

Dah berak hari ni? Biasanya kita buat apa sebelum berak? Bergantung kepada betapa emergencynya situasi le kan? Well, aku dapat emel hari ni dengan beberapa gambar yang ngilu siot! Kau orang pun mesti ada terima gak tapi aku nak letak gak dua gambar kat sini for my own future reference. Bayangkan kau orang nak berak tetiba nampak ni kat toilet bowl.

Kemudian, empunya badan bersisik tu menyeringai jek!

Nak buat apa? Berak atas dia atau cabut? Yang jantan kalau kena patuk kat situ… wooo…! Yang perempuan kalau makhluk tu decide nak pindah sarang ke lubang lain yang lebih hangat lengkap ada heater dan langsir pintu? Dan macam mana dia boleh ada kat situ? Datang dari mana? Dari saluran kumbahan? Dari sewerage? Mak aiii…! Kalau le betul… aiyooo…! Jamban-jamban kita semua belum tentu selamat beb! Alahai terencat le nak berak lepas ni… Habis sembelit rakyat Malaysia semua lepas ni… adoi laaa…

Bukit Runtuh Lagi

Posted in Politik, Semasa on 20 Februari 2009 by Najwa Aiman

Negara Malaysia ada banyak bukit – Bukit Gasing, Bukit Cina, Bukit Timah bla bla bla… Dan sekarang ni kawasan bukit ni jadi tumpuan penting. Nope, bukan tumpuan pelancong, tapi tumpuan ahli politik… ekekekeke…

Kita akan ada pilihan raya kecil di tiga bukit tak lama lagi – Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Lanjan. Eloklah pelancong asing ambil perhatian betapa suasana politik kita ni begitu Malaysian sebab bagi setiap bukit tu, Malaysia diwakili oleh tiga etnik terbesar negara – India di Bukit Selambau, Melayu di Bukit Gantang dan Cina di Bukit Lanjan… ekekekekeke…

Banyak betul cerita bukit sejak kebelakangan ni. Ni semua start dengan Bukit Antarabangsa runtuh hari tu. Habis semua bukit lain ahli politiknya runtuh juga. Bukit Mertajam camne?

p/s: Masih lagi belum dapat gambor VIP Bukit Lanjan tu le… Mana nak cari neh?

Sah? Sah!

Posted in Budaya, Famili, Nostalgia on 20 Februari 2009 by Najwa Aiman

“Aku terima nikahnya… dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit hutang.”

Tangan yang berjabat digoncang sekali. Tok kadi pandang kelilinig.

“Maka para saksi?” tanya tok kadi.

“Sah! Sah!” jawab para saksi.

Kau orang dah menikah? Berapa kali kau orang kena akad nikah masa tu? Eheks… Sesetengah tempat tok kadi akan berkhutbah dulu sebelum akad. Macam orang menikah kat gereja pula. Paderi akan baca khutbah berjela-jela sebelum bertanya kat setiap pasangan yang nak berkahwin tu “Will you, Adzam, take Brittany Murphy, to be your lawfully wedded wife, in bla bla bla bla…” “I do!”

Masa aku menikah dulu, sepatutnya tok kadi datang selepas Isya’ pada tanggal 30 November. Tapi sebab tok kadi ada banyak majlis menikah malam tu (menikahkan orang le, bukan dia yang banyak menikah! Dol!), maka dia tiba ke rumah bakal Permaisuri aku tu lewat. Dia tanya aku satu soalan – “Pernah tengok orang menikah?” Aku jawab dengan jujurnya, “Tak pernah.”

Tapi lepas tu dia tanya sekali lagi “Pernah tengok rang menikah?” Aku perhati tok kadi tu atas bawah. Tak le tua sangat untuk dapat sound trouble. Barangkali jawapan aku tadi tu tak clear kot? “Pernah,” aku jawab kali ni, nak test sama ada dia ada sound trouble ke tak.

“Tengok kat mana?” dia tanya. Oh… sound dia okey.

“Dalam cerita P. Ramlee,” aku jawab. Riuh satu rumah tu ketawa berdekah-dekah.

And nope, ni bukan fiksyen. Ni memang kisah benar tentang peristiwa aku menikah dulu. By the time tangan aku digoncang dan para saksi mengesahkan yang aku dah boleh bersetubuh dengan bebasnya, pengapit aku yang merupakan sahabat aku bisik ke telinga aku “12:03,” ujarnya.

Maka instead of (camne nak translate dalam bahasa Melayu konteks ‘instead of’ yang ni?) aku menikah pada tanggal 30 November, maka secara rasminya aku menikah pada tanggal 1 Disember. Bagus juga tok kadi lewat.