Arkib untuk 25 Februari 2009

Skodeng

Posted in Matang, Quips on 25 Februari 2009 by Najwa Aiman

Akhbar kata ada pula malaun yang superimpose dan memphotoshop gambar-gambar Eli Wong atas gambar bogel orang lain ek? Alahai… Kenapa ek? Dia orang jual ke gambar-gambar tu? Mesti sebab dia orang yang buat tu tak ada kerja atau dah tak bekerja… eheks! Antara yang kena retrench le tu kot sempena kegawatan ekonomi sekarang ni. Tak pun dia orang buat tu sempena hari rehat tiga hari seminggu sebab ofis dia orang sekarang beroperasi empat hari seminggu je ek? Ekekekekeke…

Rata-rata orang kita melayar internet di ofis, guna PC pejabat, kan? Kan? Eleh… tak ngaku konon… piiiraahhh… eheks! Jadi bila dah ramai tak pergi ofis, kurang le sikit orang berinternet. Couple-couple halal dan haram pun ada lebih banyak masa beromen. Alah setakat beromen tak perlu duit sangat. Dulu nak beromen petang Jumaat, malam Sabtu, hari Sabtu membawa sampai ke Ahad. Sekarang dah boleh start aktiviti syahwat dari petang Khamis dan malam Jumaat membawa sampai ke Ahad.

Malaysia semakin meriah seks sekarang ni kan? Kesian kat orang-orang tua. Member ofis aku kata ahli-ahli kumpulan PORTUGAL dah semakin aktif sekarang ni. Kumpulan PORTUGAL? Persatuan ORang TUa GatAL… ekekekeke… Hobi skodeng pun bertambah le sekarang ni ek? Jaga-jaga weh kau orang yang nak beromen di tempat awam tu. Yang tak beromen pun jaga-jaga gak takut-takut esok lusa gambar kau orang berbogel atas badan orang lain yang telanjang… ekekeekke… adoi laaa… Malaysia… Malaysia…

Boleh Karaoke Selalu!

Posted in Feminin, Semasa on 25 Februari 2009 by Najwa Aiman

Ni aku baca kat Harian Metro semalam.

Isteri naik hantu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Helmy Abd Rahman

KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah…

Takde hal kalau along datang minta hutang kalau macam tu. Mana-mana along yang nak datang minta hutang kat Si Isteri tu kena pastikan ada bela jin yang boleh dibawa bersama masa nak kutip hutang nanti. Otherwise, pegi beli sports attire American football untuk pergi kutip hutang dengan dia wooo…!

Apa-apa hal pun, Allah sentiasa dengan orang-orang yang sabar. Aku ikhlas hormat pada John. Apa pasal nama dia John ek?