Arkib untuk Mac, 2009

Ni Bila Punya Harga?

Posted in Bencana, Ekonomi on 31 Mac 2009 by Najwa Aiman

Permaisuri aku tanya tentang teppanyaki, lalu aku ceritakan padanya tentang teppanyaki yang aku pernah makan masa kerja di Cheras lima tahun lalu. Harganya masa tu lebih kurang RM5/= satu plate.

Sahabat lama ceritakan tentang pengalamannya ke Genting dua tahun lepas. Dia cuma belanjakan lebih kurang RM120/= aje semalam di hotel, dan tak lebih RM100/= untuk naik kebanyakan rides yang ada.

Rakan pejabat lama bercerita tentang pejabat barunya yang terletak sebelah Restoran Pelita tapi dia belum pernah lagi makan kat situ. Kali terakhir dia makan nasi kandar Restoran Pelita lebih kurang tiga tahun lepas dengan harga RM7/= termasuk air buah segelas.

Ketiga-tiga pencerita di atas mengakhiri cerita masing-masing dengan frasa yang lebih kurang berbunyi “Dululah! Sekarang tak tahulah berapa harganya.”.

Zaman aku belum baligh dulu, semasa aku ni dianggap semua orang sebagai comel dan didukung diriba dikendong sepanjang masa, aku biasa dengar dia orang tu bersembang sesama sendiri. Bila sebut pasal harga, perbandingannya dibuat ke zaman atok dan nenek dia orang dulu.

Sekarang, perbandingan harga dibuat dalam tempoh sesingkat tiga tahun pun ada ek? Sungguh menakutkan zaman kita ni kan? Harga barangan boleh naik dalam tempoh kita tak sempat nak dapat cucu pun… adoi laaa…

Kelajuan Landing Kepala Lutut

Posted in Islam, Nostalgia on 31 Mac 2009 by Najwa Aiman

Masa baru baligh dulu, aku pernah ikut arwah Tok pergi solat Jumaat kat madrasah di Taiping. Madrasah tu diperbuat daripada kayu dan dua tingkat. Ramai jemaah bersolat Jumaat kat situ. Aku dengan arwah Tok solat kat tingkat bawah sebab arwah Tok memang ada spot favourite dia dalam madrasah tu. Dia selalu mesti nak pergi awal sebab dia tak mahu orang lain ambil spot favourite dia tu. Lagipun mimbar dan imam di tingkat bawah.

Part yang paling menggerunkan aku masa tu ialah bila solat jemaah dah mula. Bila tiba time sujud tu, tetiba terdengar bunyi “Gedum! Gedum! Gedum! Gedum! Gedum! Gedebuak! Gedebuek! Gedegang!” datang dari tingkat atas. Terperanjat cek tau! Madrasah nak runtuh ke haper?

Well… ekcelinya tu semua bunyi kepala-kepala lutut ahli jemaah kat tingkat atas landing ke lantai papan madrasah tu masa sujud. Bersebati dengan bunyi landing kepala-kepala lutut ahli jemaah yang landing di lantai tingkat bawah juga. Astaga wa esta bagadud… Begitu rupanya keadaan orang landing untuk sujud ek? Termasuklah kepala lutut aku le tu ek?

Dua rakaat solat Jumaat, dua kali aku dengar bunyi lantai nak runtuh. Sebenarnya ada had laju tertentu ke yang diajarkan Rasulullah SAW dulu semasa kita landing nak sujud? Takkan macam style orang wrestling tu kan? Lompat dengan kedua-dua kaki tak jejak lantai lepas tu landing kepala lutut dulu… ekekekekekeke… Tapi bunyi lantai nak runtuh tu seolah-olah gitu le style depa kat tingkat atas tu sujud! Mak aiii…!

Anyways, madrasah tu dah tak digunakan lagi masa aku survey kampung arwah Tok dan Opah di Taiping last year. Dah ada madrasah baru tak jauh dari situ gak, dan aku tengok madrasahnya lebih kecil daripada madrasah yang asal walaupun madrasah baru ni diperbuat daripada batu. Setingkat saja. Lebih sesuai dipanggil surau daripada madrasah. Kenapa makin kecil pula ek? Barangkali bilangan jemaah yang berkunjung makin kurang? Atau mungkin dah ada masjid yang dibina dalam kariah tu jadi semua orang lebih bertumpu ke masjid tu? Dulu-dulu setiap malam arwah Tok dan Opah akan pergi madrasah sebab ada kuliyah agama kat situ. Sekarang ni tak tahulah pula kalau-kalau surau tu pun continue tradisi tu. Mungkin masih ada kut, tapi bilangan jemaah kurang sebab ahli jemaah yang kerap bertandang dulu sekarang semuanya dah bahagia di alam barzakh. Yang tinggal zuriat mereka semua yang dah bukan lagi ahli kariah situ sebab semuanya berhijrah ke KL. Kuala Lumpur laaa… bukan Kuala Lipis atau Kuala Langat… Barangkalilah…

Petua Tu Fatwa Siapa?

Posted in Budaya on 31 Mac 2009 by Najwa Aiman

Tadi makan nasi ayam. Entah kenapa hari ni aku makan besar pula. Dah le mengantuk sekarang ni. Kalau nak hilangkan mengantuk, Mamer kata gunakan minyak cap kapak. Buat macam Eye-Mo. Tu petua dia dapat dari planet Zargkron agaknya ek? Cet! Petua lain yang aku pernah dengar berkaitan migraine. Cubit kening kuat-kuat beberapa kali. Migraine tu akan reda dan lama-lama hilang. Kau orang pernah try?

Dalam majalah, terutamanya majalah bahasa Melayu yang berkaitan dengan wanita dan keluarga mesti berlambak-lambak petua ni kan? Nak bagi rambut hitam berkilat, nak hilangkan jerawat, nak hilangkan jeragat, nak hilangkan bau ketiak, nak bagi kencing dan berak lawas, nak bagi kulit muka nampak bersih dan putih, nak hilangkan tahi lalat, bla bla bla… Kebanyakannya berkaitan kecantikan dan kesakitan kan? Petua orang Melayu pula majoriti mesti ada limau nipis dan daun betik. Mungkin khasiat limau nipis dan daun betik ni benar sebab kebanyakan petua gunakan dua bahan ni. Barangkalilah…

Sebenarnya dari mana datangnya petua ni ek? Macam mana boleh wujud? Applicability petua-petua tu semua bergantung pada genetik dan spesis ke tak? Ramai gak kengkawan dulu bercerita yang kebanyakan petua yang dia orang amalkan tak menjadi. Sebenarnya silap amalan, silap ramuan atau memang petua tu semua silap ek? Entah le…

“Syurga Bukan Untuk Kau Orang”

Posted in Bodoh, Islam on 30 Mac 2009 by Najwa Aiman

Bila aku sebut kata-kata yang menghiris, dia balas dengan kata-kata yang buat aku segan. Sedikit pun dia tak ungkit kata-kata aku tadi.

Bila aku tumbuk mukanya dengan tanganku, dia urut-urut tanganku demi menghilangkan sakit. Mukanya sendiri lebam sedikit pun tak diusapnya.

Bila aku larikan diri semasa dia tiba nak ajak ke masjid, dia bawa berita dari masjid setelah dia kembali. Sikit pun dia tak tanya ke mana aku bawa diri tadi.

Bila aku kritik amalan dan gaya hidupnya, dia tanya aku di mana yang harus dia ubah. Sikit pun dia tak sentuh amalan dan gaya hidup aku.

Dan dia sering berkata, “Allah SWT cipta syurga untuk kita semua.”

Dia sudah tiada di sisi aku lagi. Aku sangka ada orang laini yang sepertinya. Bila aku hampiri mereka dengan fahaman aku yang salah, mereka akan kata fahamanku salah tanpa memberitahu apa yang betul. Yang mereka beritahu ialah tentang fahaman mereka.

Bila aku sebut sesuatu yang menghiris perasaan mereka, mereka akan menyebut sesuatu yang menghancur-luluhkan perasaan aku dan perasaan orang lain yang tak ada kena mengena dengan hal itu.

Bila aku berkelakuan yang salah, mereka pakat-pakat menjauhkan diri sebegitu jauh hingga hilang dari pandangan.

Mungkin dari jauh sayup-sayup mereka berkata, “Kau tak layak untuk syurga yang Allah SWT ciptakan.” Dan inilah muslimin dan muslimat yang berangan-angan. “Jangan campur dan bergaul dengan golongan yang sesat,” kata mereka. “Nanti kita juga akan turut sesat.” Maka itulah pegangannya – Biar yang sesat itu terus sesat… kerana syurga hanya untuk orang-orang seperti kita….

Tahniah wahai hati-hati yang meyakini dirimu ahli-ahli syurga. Tahniah atas kemenangan makhluk yang handal dan cekap dengan tipu daya.

“Happy Birthday to You…”

Posted in Bebel, Muzik on 30 Mac 2009 by Najwa Aiman

Berapa banyak B♭ ada dalam lagu Happy Birthday? Jeng jeng jeng… Apa mengarut ni? Apa-apa je le. Actuallynya tadi aku cuba nak ingat balik yang suatu masa dulu aku pernah terbaca tentang pencipta asal lagu Happy Birthday ni. Aku lupalah namanya, tapi yang aku ingat orangnya lelaki, dan… ofkoz… mat saleh.

Jadi aku Wiki lagu Happy Birthday ni. Tekezut gak aku bila Wikipedia sebut yang melodi asal lagu ni dicedok dari lagu Good Morning to All ciptaan Patty Hill dan Mildred J. Hill. Pulakkk…!

Cara Kita Layan Muslim

Posted in Bencana, Islam, Sosial on 30 Mac 2009 by Najwa Aiman

Untuk ke sekian kalinya… Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu…

Takut Darah Ek?

Posted in Bencana, Semasa on 30 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ni dari Harian Metro 24 Mac 2009-.

2 Perogol ‘Hilang Selera’

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi terselamat daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai apabila dua suspek yang cuba menyentuhnya tiba-tiba ‘hilang selera’ selepas mendapati gadis terbabit sedang haid…

Memang lelaki semula jadi geli-geleman pada darah haid ke atau sebenarnya lelaki Muslim saja yang ada sentimen gini disebabkan didikan yang diajar sejak sekolah tentang haram bersetubuh dengan wanita yang datang bulan? Betul ke? Kalau sememangnya sifat semula jadi semua lelaki tak kira agama geli-geleman pada darah haid, ni boleh dijadikan taktik baru untuk wanita pertahankan diri daripada perkosaan… kan? Kan?

Tapi aku rasa ni bukan disebabkan sifat semula jadi lelaki le. Aku rasa ni mesti para perogol tu jenis tak tahan tengok darah ni… nampak darah je pitam… eheks. Tak mungkin dia orang tak jadi rogol wanita yang datang haid sebab takut berdosa kot? Ye ke?