Arkib untuk 6 Mac 2009

“Sorbus No Parking”

Posted in Pendidikan, Semasa, Sumber on 6 Mac 2009 by Najwa Aiman

Oooo… sains botanikal berbeza daripada sains astronomi ek? Dalam astronomi bila jumpa subjek atau objek baru maka objek tu akan dinamakan bersempena nama orang yang jumpa ek? Dalam sains botani spesis baru akan dinamakan bersempena lokasi dijumpai? Tak semestinya kan? Bukan ke? Pokok bunga Rafflesia tu bukan ke dinamakan sempena nama Sir Stamford Raffles? Bukan ek? Di bawah ni artikel tentang penjumpaan spesis pokok baru yang ada tanda NO ENTRY dipakukan ke batangnya. Maka diberilah nama pokok tu pokok sorbus no entry… eheks…

New tree species named ‘No Parking’
WalesOnline.co.uk Mar 6 2009 by Robin Turner, Western Mail

A TREE discovered in a search for new species has been named after a no parking sign…

…As many trees and plants are named by the place or circumstances in which they were found, the species won its unusual moniker because the individual tree under study had a no parking sign nailed to it for many years.

The tree (full name Sorbus no parking) is in a glade in Watersmeet, a hamlet between the villages of Lynton and Lynmouth in Devon. And it has the official Latin botanic name of Admonitor, which means to admonish or tell off…

Boleh baca artikel penuhnya yang agak panjang kat sini kalau berminat. Kalau diterjemahkan istilah saintifik spesis tu ke dalam bahasa Malaysia jadi apa ek? Sorbus dilarang parkir?

Bahasa Jiwa Bangsa

Posted in Bahasa, Sosial on 6 Mac 2009 by Najwa Aiman

1
Hujah pejuang bahasa Melayu bahawa bahasa anak jati Malaysia ni perlu dimartabatkan adalah sahih. Memang tak disangkal lagi. Kita kena mulakan dengan guru-guru.

2
Dan sebenarnya kita dah ada jawapan (atau ‘jawaban’???) kenapa lagu dan filem Indonesia lebih popular di sini… ekekekekeke… Dan seriously, kita juga dah tahu sekarang kenapa institusi keluarga dan masyarakat kita runtuh… sedihnya…

Fesyen Mesti Sentuh Emosi

Posted in Budaya, Fesyen on 6 Mac 2009 by Najwa Aiman

Di Malaysia, kebanyakan orang perempuan pakai baju kurung bila hari Jumaat kan? Tak kiralah bangsa apa pun sekarang ni. Asal Jumaat je, baju kurung kan? Kenapa ek? Menghormati hari Jumaat Penghulu Segala Hari ke?

Baju kurung ni sejarahnya apa ek? Baju orang kebanyakan rakyat marhain kan? Potongannya mudah, simple. Oleh kerana potongannya sedemikian, maka baju kurung ni tak le menampakkan sangat bentuk tubuh badan pemakai, kan? Tapi kenapa namanya baju kurung ek? Mungkin sebab baju tu mengurung benda-benda dan bahagian-bahagian anatomi perempuan yang memang sepatutnya dikurung dari penglihatan ek?

Jadi kalau bukan baju kurung, rakyat marhain wanita Melayu zaman dulu pakai apa ek? Kemban je? Mungkin le kot? Kemban pun sekarang ni dah jadi sebahagian fesyen elit, especially untuk evening dress dan majlis-majlis makan malam di lokasi elit. Alahai… pakaian wanita Melayu marhain zaman dulu yang digayakan di dalam rumah, dalam bilik mandi dan jamban sekarang dah naik taraf jadi pakaian elit dan eksklusif.

Mudah juga rupa-rupanya konsep fesyen wanita ni. Lebih banyak lurah, gunung, bukit (dan juga sekadar cangkat je) sama ada utara atau selatan yang boleh diselongkar mata tanpa perlu daya imaginasi, maka naiklah taraf fesyen tu menjadi fesyen eksklusif dan trend terkini ek? Tak percaya? Tengok sejarah spentot le. G-string dengan spender biasa yang mana dianggap lebih trendy? Dan yang mana lebih mahal? Ekekekekekee…

Fesyen tu kan ke art? Art kalau tak sentuh emosi dan perasaan bukan art le kan? Kan?

Dunia Dalam Kereta Api

Posted in Nostalgia on 6 Mac 2009 by Najwa Aiman

Masa aku kerja jadi waiter atas kereta api dulu, aku biasa buat apa yang kita orang sebut CTC (coach-to-coach – bawak bakul penuh isi makanan dan minuman dari satu gerabak ke satu gerabak sambil “Nasi lmak! Nasi goreng! Mihun! Canned drinks! Mineral water!”). Memang aku paling suka kerja CTC daripada kerja kat buffet coach. Kat buffet coach kerjanya cuma melayan pelanggan yang datang situ untuk makan je sambil lap meja, angkut makanan bla bla bla… Tapi CTC, wow! Ada peluang beramah mesra dengan penumpang, espcially yang awex-awex tu beb! Eheks!

Anyways, selama kerja kat situ kehidupan aku cuma dalam kereta api aje la setiap hari. Secara puratanya aku habiskan 12 jam sehari dalam kereta api. Boring? Well… kekadang je la. Tapi yang berharga ialah pengalaman. Banyak pengalaman yang best dan tak best. Antara yang aku tak tahu nak kategorikan sebagai pengalaman lawak atau bodoh atau seram ialah semasa kita orang dalam Ekspres Rakyat ke selatan. Macam biasa aku buat CTC dengan sorang lagi crew. Sebelum kereta api sampai ke stesen Gemas, dalam salah satu gerabak second class, sorang penumpang yang duduk di kerusi tepi tingkap tahan aku. Penumpang lelaki muda berbangsa Melayu. Kat sebelahnya sorang penumpang lelaki Cina yang dah tua, pakai spek, dan nampak macam tengah tidur sambil duduk. Kepalanya tertunduk dengan dagu bertemu dada. Kedua-dua tangan dia kat atas meja (meja kecil yang boleh lipat masuk dalam armrest kerusi tu).

“Nak beli apa, bang?” aku tanya sambil letak bakul berat nak mampus tu ke lantai gerabak. “Kami ada nasi lemak ayam, nasi go…”

“Dik, abang rasa passenger sebelah ni dah matilah dik.”

Masa tu aku rasa macam kerongkong aku tersentap masuk terus ke perut. Dia kata nak beli apa tadi?

“Mati?” crew partner aku, Sofian – bukan nama sebenar, tapi kalau nama sebenar pun kau orang bukannya tau – tanya penumpang tu balik.

Penumpang tu mengangguk. “Tengok ni,” katanya sambil dia angkat sikit jari kelingking apek yang kat atas meja tu, kemudian dilepaskannya. Dah tentu le jari kelingking tu jatuh semula dan menjentik meja. Dua tiga kali penumpang tu buat macam tu. Apa hal dia ni?

“Ya ke ni, bang?” aku tanya. Cuak juga.

Penumpang tu cuit sikit bahu apek tu. Kemudian ditepuk-tepuknya. Tak bergerak. Kemudian diletakkan jari telunjuknya di bawah lubang hidung apek tu.

“Tak ada nafas pun,” ujarnya.

“Nanti kami cari TC,” aku balas. TC tu ialah ticket conductor.

Dipendekkan cerita, sampai di stesen Gemas, stretcher sudah menanti. Apek tua tu diusung turun di stesen Gemas. Teori penumpang tadi tu betul rupa-rupanya – apek tu memang dah mati. Tak tahu le masa bila matinya tapi dalam perjalanan sebelum sampai ke stesen Gemas le. Aku okey je. Tapi sampai sekarang aku kekadang masih terfikir-fikir juga apa le perasaan brader penumpang sebelah apek tu. Harap-harapnya dia tak trauma.

Kerja Kurang

Posted in Bencana, Ekonomi, Gomen, Kapitalis, Nostalgia, Semasa on 6 Mac 2009 by Najwa Aiman

Woolworths. Salah sebuah tempat shopping bebudak Malaysia yang popular dan disukai ramai kat UK. Kat Leeds memang ada satu kat dalam kompleks Morrisons dulu. Bukan! Bukan Jennifer Morrison dalam siri TV House tu. Ni Morrisons supermarket, seberang jalan je dari universiti. Selalu juga singgah dulu nak beli donut berbagai perisa tu, cendawan, telur ayam (yang masa tu tak prihatin), ikan mackerel dan – best of all – sebotol fresh orange juice. Eheks!

Woolworths ni kompeni besar. Rangkaian pasar raya seluruh UK, Australia, New Zealand dan entah kat mana-mana lagi entah. Woolworths ialah antara gergasi komersial besar di UK. Tapi sejak Disember 2008 rangkaian Woolworths di UK dah mula tutup dan bungkus satu per satu. Kat bawah ni gambar keadaan dalam pasar raya Woolworth di Leicestershire pada Disember 2008. 27,000 pekerja Woolworths seluruh UK hilang pekerjaan. Natijah krisis kewangan dan ekonomi dunia. Di UK saja 2 juta manusia dah hilang pekerjaan. Kalau 50% daripada 2 juta tu kepala keluarga, dan satu keluarga ada 2 anak, dah berapa juta insan dalam kesusahan dah tu?

Krisis ekonomi ni benar. Besar. Bergegar. Setiap kali meneguk kopi di Starbucks, bayangkan wajah anak-anak kelaparan pekerja bawahan yang ayahnya atau ibunya dah hilang pekerjaan. Sekolah-sekolah masih sibuk minta mak bapak beli buku tu, buku ni, sampai buku laporan pun kena beli. Persekolahan percuma konon. Pak-pak menteri yang gajinya dibayar dek cukai rakyat bolehlah bilang itu macam. Pihak swasta dah mula kurangkan pekerja. Kabinet Malaysia tak bercadang ke nak kurangkan menteri? Hehehehehe…