Arkib untuk 11 Mac 2009

Terkelepai 3″

Posted in Teknologi on 11 Mac 2009 by Najwa Aiman

Zaman aku baru nak belajar kelazatan bersetubuh dulu, komputer baru nak bertunas di Malaysia. Zaman tu storage medium yang utama ialah 5″ floppy disk tu, kan? Dalam bahasa Melayu apa istilahnya? Yang aku tahu floppy ialah terkelepai. So? Cakera terkelepai?

Anyways, beberapa tahun lepas tu wujud pula 3″ floppy disk. Masa tu golongan yang masih 5″ pakat-pakat kena gelak dengan golongan 3″, walaupun dalam dunia kemaluan jantan yang sebaliknya pula akan berlaku… ekekekekek… ayaaarrkk…!

Anyways, bila teknologi makin maju, dah ada CDR pula. 3″ floppy masih bertahan. Kemudian CDRW pula muncul. Masa tu dah ada networkng, server, internet, GUI bla bla bla… Sekarang ni yang ofkoz semua orang dah guna pendrive atau thumbdrive. Dengar ceritanya pencipta thumbdrive ni ialah anak Malaysia. Betul ke?

Sejak ada thumbdrive ni, 3″ floppy dah jadi bahan gelak, kan? Masih ada lagi ke orang yang pakai 3″ ni? Aku membebel pasal IT ni sebab tadi sorang member lama telefon aku minta softcopy template. Aku nak emel, dia tak ada emel akaun. Aku suruh dia datang ofis aku bawa thumbdrive le.

Tamdraif? Makhluk apa tu?” dia tanya.

“Pendrive tau?” aku tanya balik.

“Tak adalah benda tu. Aku bawa disket la.”

Akhirnya tak jadi jumpa dia sebab aku kata PC aku mahupun laptop aku tak ada disket driver. Aku tak pakai disket dah. Jadi aku fax kat dia template yang dia nak. Pandai-pandai dialah taip semula… adoi laaa…

Sedih Kena Sembelih

Posted in Budaya, Fiqh on 11 Mac 2009 by Najwa Aiman

Zaman aku baru baligh tapi belum pernah bersetubuh dulu, aku kerap juga balik ke kampung Bonda aku. Sekali tu aku balik ke kampung sebab arwah Nenda buat kenduri. Memang resam di kampung tu masak lauk kenduri gotong-royong. Baru terbuka luas peluang nak beramah-mesra sambil gesel-gesel dengan awek-awek kampung tu… eheks…

Masa tu upacara sembelih beberapa ekor ayam. Aku yang jakun bandar ni pergi le menyelit nak menengok orang sembelih ayam bersama beberapa puak-puak sebaya dengan aku. Salah sorang tua tukang sembelih ayam tu sambil tersenyum
pandang kat aku lalu bertanya, “Sedih tak tengok ayam kena sembelih? Kesian tak kat ayam-ayam tu?”

Belum sempat aku jawab, orang tua tu sambung, “Kalau kesian pada ayam yang kena sembelih tu maka haram bagi kamu makan ayam tu nanti.”

Nasib baik masa tu aku tak mengunyah apa-apa. Kalau tak mesti benda yang aku kunyah tu tersangkut kat rengkung aku menyebabkan aku tercekik lantas sesak nafas lalu mati. Innalillaah… Tapi sebab aku tak mati, maka kepala aku pula yang sengal-sengal pening. Haram? Betul ke?

Bu then again, memang tu antara ciri-ciri manusia. Suka tokok tambah. Worse, dia percaya apa yang dia tokok tambah tu benar walaupun dia sendiri tahu maklumat tu dia baru aja reka. Ciri-ciri ni masih belum hilang kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Darat, Laut, Udara… Rel!

Posted in Bebel on 11 Mac 2009 by Najwa Aiman

Antara darat laut dan udara, cara pengangkutan yang mana satu yang paling best ek? Subjektif le kot, kan? Bergantung pada banyak faktor, dan bergantung pada definisi individual tentang erti best tu.

Agaknya aku ni thalassophobic, aku tak suka naik kapal laut. Kalau setakat naik feri Pulau Pinang atau Pulau Pangkor tu tak apa lagi sebab selagi aku boleh nampak daratan, aku okey kot. Kalau tengah samudera… ayaaarrrkkk…! Walawehhh…! Aku bukan tau binatang spesis apa yang menunggu kat dalam laut tu weh! We fear the things we don’t know… eheks!

Udara, kalau perlu sesangat baru aku gunakan kot sebab leceh dan boring. Dari time nak keluar dari rumah, check-in, naik pesawat sehinggalah sampai ke destinasi, lepas tu check-out lagi… alahai… leceh… leceh… Jumlah masa perjalanan dari KL ke Pulau Pinang secara memandu sendiri berbanding dengan nak pesawat lebih kurang je kalau diambil kira masa dari meninggalkan rumah hinggalah sampai ke final destination tu. Leceh… leceh… Boring sebab dok asyik pandang awan dengan langit je. Tu pun kalau dapat duduk tepi tingkap.

Darat okey, tapi bukan jalan raya. Rel kereta api… eheks! Kat Malaysia ni naik kereta api jauh lebih lambat daripada pengangkutan jalan raya, tapi sebab aku ni mabuk perjalanan, aku pilih kereta api. Naik kereta api aku tak perlu memandu… ekekekekeke… Bila boring, boleh berjalan-jalan dari gerabak ke gerabak mengurat awex atau lepak kat buffet coach mengurat staf buffet… hehehehe…

Tetek Di Mana?

Posted in Sosial on 11 Mac 2009 by Najwa Aiman

Sorang sahabat beta bertanya “Apa lagi yang Malaysia boleh buat untuk improve social life?” Hmmm… apa ek? Kalau nak kena fikir lambat le aku jawab. Tapi sebab masa dia bertanya tu aku tengah dalam mood hoorey-hoorey yang diadun dengan sedikit sewel melepaskan tensen, maka aku jawab “Sediakan lebih banyak public breastfeeding room.” Bangkai sungguh jawapan aku tu kan?

But was it? Tak betul ke jawapan aku tu? Sebenarnya seumur hidup, dah berapa kali kau orang terrrrrnampak atau terrrrsengaja nampak wanita susukan (tetekkan lebih tepat kot?) bayi di tempat yang boleh dianggap terbuka di mata awam? Kerap sangat tu tidaklah, tapi aku rasa seumur hidup aku, beberapa kali gak. Aiyooo…! Dan yang menetekkan bayi tu antaranya wanita bertudung gitu. Aiyooo…!

Salah dia orang ke tetekkan bayi kat tempat terbuka gitu? Mungkin gak kot pada pendapat sesetengah orang, tapi kalau tak ditetekkan kat situ, ke mana hala le depa nak cari tempat sesuai nak tetekkan bayi dia orang yang masa tu tengah dok meraung-raung lapar susu? Dalam tandas awam? Bior bebenor yop! Kau orang ada tekak ke nak minum air atau makan dalam tandas awam walaupun dalam tandas awam Suria KLCC tingkat atas yang sekali masuk dua hengget tu? Dah tu? Nak suruh baby kita makan minum dalam tandas awam?

Surau? Maybe… tapi kalau yang perlu ditetekkan tu bayi bukan Muslim, kau orang izinkan ke tak? Kalau kau orang izinkan, no problem. Tapi realitinya? Eleh orang Melayu memang pantang benda-benda cenggini… entah le… Adoi laaa…

Bersempena kempen susu ibu sekarang ni, eloklah kita improve social life dengan memperuntukkan lebih banyak bilik susuan bayi di tempat awam, kan? Kan? Tak setuju ke?