Tetek Di Mana?

Sorang sahabat beta bertanya “Apa lagi yang Malaysia boleh buat untuk improve social life?” Hmmm… apa ek? Kalau nak kena fikir lambat le aku jawab. Tapi sebab masa dia bertanya tu aku tengah dalam mood hoorey-hoorey yang diadun dengan sedikit sewel melepaskan tensen, maka aku jawab “Sediakan lebih banyak public breastfeeding room.” Bangkai sungguh jawapan aku tu kan?

But was it? Tak betul ke jawapan aku tu? Sebenarnya seumur hidup, dah berapa kali kau orang terrrrrnampak atau terrrrsengaja nampak wanita susukan (tetekkan lebih tepat kot?) bayi di tempat yang boleh dianggap terbuka di mata awam? Kerap sangat tu tidaklah, tapi aku rasa seumur hidup aku, beberapa kali gak. Aiyooo…! Dan yang menetekkan bayi tu antaranya wanita bertudung gitu. Aiyooo…!

Salah dia orang ke tetekkan bayi kat tempat terbuka gitu? Mungkin gak kot pada pendapat sesetengah orang, tapi kalau tak ditetekkan kat situ, ke mana hala le depa nak cari tempat sesuai nak tetekkan bayi dia orang yang masa tu tengah dok meraung-raung lapar susu? Dalam tandas awam? Bior bebenor yop! Kau orang ada tekak ke nak minum air atau makan dalam tandas awam walaupun dalam tandas awam Suria KLCC tingkat atas yang sekali masuk dua hengget tu? Dah tu? Nak suruh baby kita makan minum dalam tandas awam?

Surau? Maybe… tapi kalau yang perlu ditetekkan tu bayi bukan Muslim, kau orang izinkan ke tak? Kalau kau orang izinkan, no problem. Tapi realitinya? Eleh orang Melayu memang pantang benda-benda cenggini… entah le… Adoi laaa…

Bersempena kempen susu ibu sekarang ni, eloklah kita improve social life dengan memperuntukkan lebih banyak bilik susuan bayi di tempat awam, kan? Kan? Tak setuju ke?

18 Respons to “Tetek Di Mana?”

  1. tapi kebanyakan kompleks skarang pun dah ada feeding area rasanya. cuma kena tambah lagi kat tempat awam seperti taman tasik, stesen lrt dsb.

  2. gambar atas tuh sewel. gambar bawah tuh normal.

  3. karang bilik tetekan awam tu penuh dgn bohsia bohjan dok menetek

  4. mamat dan minah berkenaan tu bukan kira layak ke tak. bila tiap kali ibu muda dan bayi dia masuk, dah ada sepasang remaja dok menetek, mau ke ibumuda dan bayi tu lepak situ lg dah?

  5. Adi Putra Says:

    Mengikut pada keadaan, kalau dah darurat kat mana2pun boleh di tetekkan. Tetapi kalau keadaannya.. masih ada tempat yang sesuai..eloklah ditetekkan anak tu di tempat yang tersebut.

  6. aku seorang perempuan. dinegara luar diorang tak kisah nak menetek kat mana pun boleh.negara malaysia banyak orang sangap tengok orang menetek kan anak .bila menetek kau tempat awam banyak yang menyibuk datang .dalam tempat meyusu kan bayi jadi tempat tidur pulak ade jugak orang letak CCTV kat dalam bilik menyusu kan bayi atau ade orang intai-intai tengok!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: