Arkib untuk 13 Mac 2009

Tag Daripada AngahLina Jolie

Posted in Tag on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ciszzz…! Aku sudah kena tag sama AngahLina Jolie. Cet! Tapi nasib baik tagnya tak susah sangat. Gini tagnya-

  1. Go to your photos folder in your computer
  2. Go to the 6th folder of photos
  3. Go to the 6th picture in the folder
  4. Put the picture in your blog and and describe it
  5. Invite six friends to join the challenge
Uri Aiman Haziq yang hadir ke dunia pada 18 Januari 2008. Sedang dalam proses menunggu untuk dicuci sebelum ditanam.

Uri Aiman Haziq yang hadir ke dunia pada 18 Januari 2008. Sedang dalam proses menunggu untuk dicuci sebelum ditanam.

Apa-apa hal pun, terima kasihlah sebab arahan tag tu nak sangat folder ke 6 (nama folder: 2008-01-20) dan gambar ke 6 gak (nama fail gambar: haziq~uri03.jpg). Kalau kurang satu folder tadi… ayaaarrkkk…!!! Mahu jadi blog kategori porno Khayal ni tau! Tak pasal-pasal aku pun nanti dipanggil dek polis juga! Adoi laaaa…

So sekarang aku kena cari 6 orang pula ek? Alahai… Tak payah la. Kengkawan yang aku ada in mind nak suruh dia orang buat ni semua jenis berisiko tinggi tau. Kalau dalam folder picture dia orang tu memang ada beratus-ratus subfolders, dan dalam setiapnya beratus-ratus gambar. Semua gambar tu pula jenis spesis dan kategori yang sama. Kebarangkalian gambar jenis telanjang dan persetubuhan secara extreme yang terpilih tu 99% beb! Eeeeeiii… tak berani aku nak suruh dia orang buat!

Walaweh! Sekolah Dah Cuti!

Posted in Puisi, Quips on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Sekolah dah start cuti seminggu
bapak dan mak dah siapkan kain baju
kereta di luar dah sedia menunggu
“Honey, it’s time for our bulan madu!”
Tapi camne?

“Anak-anak yang buas tu semua
kita export dia orang balik ke desa
biar di sana dia orang panjat pokok
biar di sungai dia orang terjun tiruk
biar dia orang kejar lembu dan kambing
biar dia orang main di bendang berguling-guling
biar atok dan tok wan jadi cikgu disiplin

“Kita berdua balik ke Kuala Lumpur
sekarang baru kita boleh nyenyak tidur
dan rumah kita yang macam pasar ikan dulu
sekarang aman damai sejahtera seminggu!”

Horey…! Sekolah dah cuti…!!!
Mak bapak pula yang terover happy…!!!

Bertekak

Posted in Bahasa, Bebel on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Sebut pasal debat ni, teringat lak kat sesi perbahasan zaman baru kenal romen-romen dan ringan-ringan sesama rakan sekelas atau rakan dari kelas orang lain dulu… hehehehe… Bebudak sekolah bila berbahas secara rasmi memang teratur, mengikut prosedur tetapi bersemangat! Perghh…! Tajuk perbahasan pun bukan calang-calang. Isi hujah pula sangat akademik dan kaya dengan maklumat, kan?

Adab debat Islamik antaranya ialah ia mesti dipersembahkan dengan cara yang berhikmah dengan pendekatan yang paling baik, begitulah kami diajar dulu. Camne tu ek? Actualy mana le aku tau! Ekekekeke… Tapi yang aku faham, antaranya ialah, hujah yang diberikan mestilah benar. Bukan hujah reka-reka atau bohong. Bila sampaikan hujah tu, jangan sakitkan hati orang. Kalau boleh disampaikan dengan suasana dan iklim yang amicable dan friendly. Nak sampaikan dalam suasana ceria dan kelakar pun silakan le. Bila membidas hujah orang lain pula, bidas hanya point hujah tu, bukan dok meraban pergi hentam benda lain. Tak payah le hentam personaliti orang yang berhujah, kan? Yang orang nak tau ialah point bidasan kita.

Anyways, apa-apa hal pun, objektif debat ialah nak mencari fakta dan membuat keputusan, tak gitu? Bukan ke? Tak percaya pergi tanya para hakim Yang Arif tu semua. Bila keputusan dibuat, keputusan tu berlandaskan hujah yang kita beri. Kalau keputusan tu berpihak pada hujah kita, beban kita jadi tambah berat sebenarnya. Kalau tak berpihak pada hujah kita, alhamdulillah, kita berdoa supaya keputusan tu ialah keputusan terbaik yang memberi manfaat kepada semua adanya… Wallaahu a’lam…

Bebel, Leter, Cakap

Posted in Bebel, Hiburan on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Tak berapa tonton sangat program talk show di TV. Sekarang talk show apa yang popular ek? Siri Debat ek? Tapi Debat tu bukan talk show, kan? Ya ke? Dulu pernah tersengaja tonton progam kanak-kanak hari Sabtu kat TV3 kalau tak silap. Ada dua pengacara. Sorang lelaki sorang perempuan. Yang lelaki sepanjang masa cakap bahasa Melayu. Yang perempuan sepanjang masa cakap bahasa Inggeris. Bila depa sembang sama sendiri pun sorang cakap Melayu sorang balas dengan Inggeris. Kelakar lak rasanya masa menengok tu.

Anyways, program TV yang aku suka so far ialah Whose Line Is It, Anyway? Kau orang pernah tengok ni kan? First time aku tonton ni kat UK dulu tapi British version la. Walaupun British version, peserta-pesertanya ada juga American. Kat Malaysia, sesekali aku tonton juga tapi yang disiarkan di Astro tu American version ek? Dari segi komedi ni, aku masih tabik pada British. Komedi dan lawak dia orang so far the best. Walaupun gitu, kalau komedi tu dibuat oleh Indian atau Pakistani British, yang tu aku tabik spring! Lawak dia orang ni paling kelas gitu! The bestest beb! Eheks! Tapi aku rasa yang buat aku minat program Whose Line Is It tu sebab faktor creativity di dalamnya. Respek habis pada peserta yang aku anggap sangat kreatif. Respek beb!

“Malam Tadi Dapat?”

Posted in Budaya on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ada sesiapa tengok bulan malam tadi? Malam tadi kiranya malam ke 16 mengikut kalendar lunar Hijrah, kan? Jadi masih boleh dianggap purnama penuh le tu. Kengkawan Jawa aku kata kalau bulan purnama penuh pada malam Jumaat, maka malam tu disebut malam Jumat kliwon. Dia orang kata malam Jumaat kliwon ni pemula bagi minggu atau bulan tu. Dan malam tu makhluk-makhluk spesis alam ghaib keluar. Tak tau le keluar dari mana dan nak ke mana. Tapi kengkawan aku tu kata tak digalakkan keluar rumah pada malam Jumaat kliwon ni sebab kat luar tu penuh sesak dengan makhluk-makhluk ghaib tu. Takut nanti tersampuk daaa…

Anyways, tak tau le sama ada mitos ke atau apa ke kepercayaan tu semua, yang aku tau malam tadi dari kawasan rumah aku bulan purnama nampak jelas sangat sebab langit tak berawan. Terang giler! Justeru permukaan bulan pun nampak jelas. Cantik banget! Demikianlah juga rupa bulan agaknya pada hari ke lima kelahiran Rasulullah SAW dulu. Semua orang nampak bulan cantik sangat malam tu.

Tapi sebenarnya aku masih lagi mencari-cari nas yang menyebut bahawa pada malam Jumaat banyak fadilatnya kalau bersetubuh. Sampai sekarang aku masih tak jumpa. Apa, sebenarnya itu pun mitos gak ke? Cerita rekaan? Atau memang betul ada haditsnya? Mana aku nak cari? Apa-apa hal pun, kepada yang dah ada pasangan bersetubuh yang sah, tak payah le tunggu malam Jumaat kalau nak bersetubuh tu. In fact, tak payah nak tunggu malam pun tak apa. Belasah ajalah… apa raaa…!

Nak Buat Apa Belajar?

Posted in Bebel, Budak, Pendidikan, Semasa on 13 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ikut laporan media, kejayaan SPM meningkat tahun ni ek? Ada yang dah dapat 20A. Tahniah kepada mereka semua yang telah lulus SPM tahun ni, terutamanya mereka yang lulus dengan cemerlang. Percayalah, mak dan ayah kalian rasa teramat bangga dengan kalian. Mungkin tak ditunjukkan di hadapan kalian, tapi dalam senyap-senyap ada air mata yang menitis meluahkan rasa hati yang sendat dengan gembira. Betapa emosi mak dan ayah sebenarnya sebu dengan rasa bangga kepada anaknya.

Anyways, aku cuba tak nak cerita panjang, tapi cuma nak kongsi info dan pendapat. Selepas SPM ni apa pula ya? Di mana kita ada SPM, di Singapura ada GCE O-Level. SPM disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. GCE O-Level Singapura disediakan oleh Singapore Examination and Assessment Board (SEAB), TETAPI tak seperti SPM, kertas soalan GCE O-Level disediakan dan disemak oleh University of Cambridge Local Examination Syndicate di UK nun. Kenapa ek? Pendidik di Singapura tak cukup layak untuk buat dan semak soalan peperiksaan ke? Atau Singapura, walaupun dah merdeka, masih lagi mengikat diri dengan sistem pendidikan dan penilaian dari luar dan bekas penjajahnya?

Well… mesti ada orang kita yang fikir dan berhujah gitu punya… biasalah… orang kita… ekekekeke… ayaarrkk…! Anyways, aku tak tahu sebab sebenar kenapa Singapura buat camtu, tapi aku boleh agak – untuk kebaikan anak-anak jati Singapura demi tanah air dia orang. You see, peperiksaan spesis GCE ni ialah kelayakan yang diiktiraf oleh hampir semua negara Komanwel dan beberapa negara lain di dunia, lebih-lebih lagi negara UK sendiri le kan? Kan? Jadi bebudak lepasan GCE O-Level kalau dapat capai kelayakan sewajarnya boleh lanjutkan pengajian di peringkat GCE A-Level yang akan membolehkan dia orang terus ke universiti-universiti yang mengiktiraf GCE A-Level di serata dunia.

So far, yang aku tau le, SPM hanya diiktiraf universiti tempatan. Pelajar yang dah lulus SPM dengan cemerlang, kalau nak sambung belajar ke universiti luar negara – misalnya UK – maka dia mesti duduk untuk peperiksaan GCE A-Level sebab universiti di UK tak iktiraf SPM. Maknanya pelajar kita yang nak ke universiti di UK akan ketinggalan dua tahun berbanding pelajar Singapura.

But then again, kenapa nak hantar anak-anak kita belajar kat UK atau kat luar negara? “Apa, universiti kat Malaysia tak cukup bagus ke? Hah? Apa universiti kat Malaysia ni koman sangat ke? Ijazah dari universiti di Malaysia ni tak laku ke? Berapa ramai jurutera O&G kita bekerja dengan syarikat O&G antarabangsa? Bekerja kat Dubailah, kat Arab Saudilah, kat Qatarlah! Hang cuba kira tengok kalau hang larat nak kira!”

Ya tak ya juga kan? Tapi dia orang tu, yang sebahagiannya lulusan universiti tempatan, dapat kerja di syarikat O&G antara bangsa atas dasar pengalaman kerja sebenarnya, bukan kelulusan akademik. Lagipun, bila depa kerja kat Dubai, kat Qatar tu semua, skill and knowledge dia orang tu termasuk hasil cukai pendapatan dia orang disumbangkan kepada syarikat sana tu, di negara sana tu. Tapi tak apalah sebab that is good for them. Bebaru ni ada statistik menunjukkan taraf IPTA dan IPTS Malaysia di peringkat dunia. Malaysia duduk di tangga… hmmm… aku pun tak ingat. Maklumlah otak aku ni bukan genius. Kalau angka tu lebih daripada dua digit otak aku dah susah nak ingat dah… eheks…

Jadi macam mana kita nak tolong anak-anak kita supaya lebih cerah peluang dia orang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dengan mendapatkan kelayakan yang diiktiraf merata dunia? Tak sure sama ada kau rang tau ke tak, bahawa beberapa sekolah Cina di Malaysia mempunyai program yang membolehkan pelajar-pelajar dari kelas cemerlang ambil SPM DAN JUGA GCE O-Level Singapura (tapi peperiksaan tu dibuat di Malaysia la). Semuanya diuruskan oleh pihak sekolah. Bebudak tu cuma perlu ambil exam aja. Memanglah bebudak tu kena kerja dan belajar double daripada pelajar-pelajar lain. Sekolah Cina pun memang selama ni pelajar-pelajarnya belajar dan buat kerja at least dua kali ganda daripada sekolah lain. Kesian bebudak tu tak dapat join kengkawan dia orang bermain kan? Kesian juga kat kengkawan dia orang tu yang entah tengah dok main apa le sekarang. Main seks ke? Main dadah? Main rempit? Masuk persatuan samseng? Takkan kot…? Kan? Orang Melayu takkan nak buat benda-benda gitu. Orang Melayu kan ke bangsa terhormat, berbudi pekerti lagi bertamadun, apatah lagi orang Melayu adalah pendokong Islam nombor satu dunia? Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Alahai… panjang juga tulisan aku kali ni nampaknya. Lantak kau orang le nak baca ke tidak… Anak-anak yang dah berjaya cemerlang tu make sure terus cemerlang supaya dapat kerja yang bergaji lumayan. Duit lebih tu boleh buat beli novel-novel Najwa Aiman untuk diri sendiri atau anak-anak kalian nanti. Mak bapak yang anak-anaknya dah berjaya dalam SPM tu hadiahkan le novel-novel Najwa Aiman dalam tiga ke empat belas naskhah setiap judul. Beli je. Tak baca pun tak apa janji beli… Novel-novel Najwa Aiman mana ada unsur-unsur pengajaran dan langsung tak Islamik pun, kan? Ekekekekekekeke… ayaaarrkkk…!