Arkib untuk 15 Mac 2009

Kalau Tak Tonton TV

Posted in Bebel, Famili on 15 Mac 2009 by Najwa Aiman

Kau orang ada kenal sesiapa yang pernah kena hempap TV? Ha’ah… TV. So far aku pernah dengar dua kejadian. Anak rakan-rakan ofis. Sorang tu kena masuk ICU sebab TV menghempap kepala… Ya Tuhan… Sorang lagi tu aku tak ingat tapi cedera juga. Dan bebudak yang kena hempap tu semua? Lingkungan umur empat ke enam tahun. Dan jenis TV yang jatuh tu? Jenis flatscreen ada, TV jenis lama yang gemuk gedempol tu pun ada. Beratnya TV tu kalau aku angkat sorang paling jauh pun setengah meter je kot aku mampu pikul. Agaknyalah…

Apa pandangan H&S expert ek? Health & Safety le. Design atau lokasi letaknya TV tu selamat ke untuk bebudak? Siapa sangka TV bagak berat macam tu mampu dijatuhkan oleh bebudak umur empat ke enam tahun? Tapi memang berlaku le beb. Ni kisah benar tau. Jumaat hari tu bila aku turun aja dari kereta, Azizy yang sekarang empat tahun dah datang sambut aku. Bahagian kening kanannya aku tengok bengkak dan lebam sikit. Belum sempat tanya, dia bagi tau aku TV dah ‘wocak’.

“TV rosak? Kenapa?”

“Jiji bagi jatuh!” jawabnya.

Cepat-cepat aku periksa dia. Selain daripada bengkak dan lebam kat kening tu, nampaknya macam tak ada apa lagi. Aku tanya dia ada sakit atau cedera kat mana-mana. Alhamdulillah tak ada. Al-kisahnya dia bergayut kat puncak TV lalu TV tu tergolek jatuh ke lantai. Tak ada apa yang pecah tapi dah tak boleh switch on. TV tu pula jenis TV lama yang gemuk gedempol tu. 31 inci. Berat tu bang!

Tu le pasal agaknya pada hari minggu macam ni pun, aku masih hantar entri ke Khayal ni ha… ekekekekeke…

Tiada Yang Baru Tanpa Yang Lama

Posted in Hiburan, Muzik, Nostalgia on 15 Mac 2009 by Najwa Aiman

CD dalam kereta aku semua koleksi lagu-lagu yang aku sukalah, ofkoz. Ada Rafeah Buang, ada Sharifah Aini, Julie Remie, Junainah M. Amin, Sanisah Huri, Dahlan Zainuddin, Broery, Hail Amir, Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Emilia Contessa, Rahimah Rahim, Yunizar Husein, Herman Tino, Zaleha Hamid… Eh… ramailah! Kalau kumpulan pula ada Carefree, Alleycats, Kembara, Sweet Charity, Sweet September, Quinary M, Bubbles, Roy & Fran, Alley Noor & Mastura, Blues Gang, Black Dog Bone, D’Lloyds… bla bla bla…

Yep! Sejak aku mula reti guna CD memang koleksi lagu-lagu dalam kereta aku semua zaman tu… ekekekeke… Kengkawan yang kengkononnya dari generasi baru ni pakat-pakat gelak kat aku bila pasang CD dalam kereta aku tu. Gampang sungguh dia orang tu kan? Cet! Tapi sejak setahun dua ni kengkawan yang sama dah mula ada lagu-lagu macam tu dalam CD dan thumbdrive kereta dia orang pula. Ulang tanpa jemu. Ada yang mati-mati dok sangka yang depa dengar tu lagu baru sebab yang menyanyinya artis dan kumpulan baru.

Sekarang ni aku sambil-sambil dengar lagu Biarku Menjadi Lilin oleh kumpulan Pelangi. Ni memang antara lagu favourite aku sampai sekarang. Semalam member generasi baru aku bawa aku pergi minum dalam kereta dia sambil pasang lagu ni original version melalui thumbdrive dia.

“Siapa nyanyi lagu ni ek?” dia tanya aku.

“Kat cover CD tak ada tulis ke?”

“Ni cetak rompaklah. Aku minta daripada member ofis. Dia pasang kat PC dia. Best siot lagu ni. Ni kumpulan Indon kot?”

Yang best semuanya mesti datang dari sanalah ek?