Budaya Hantu

Zaman aku belum baligh dulu pernah kecoh tentang hantu kum-kum. Kemudian hantu kepala anjing. Kedua-dua jenis spesis hantu ni kononnya datang ke rumah pada siang hari. Ingat ke hantu kum-kum dan hantu kepala anjing ni akan masuk ke dalam perbendaharaan spesis hantu Malaysia bersama-sama dengan pontianak, langsuir dan pocong. Tapi tak masuk ek?

Bebudak zaman siber sekarang ni percaya pada hantu lagi ke? Kalau sebut pontianak atau langsuir atau hantu galah atau hantu raya tu dia orang tahu ke tak menatang mende semua tu? Entahlah ek… Kat bandar-bandar sekarang ni kat mana le hantu-hantu tu semua nak bermastautin kan? Siang ke malam ke sama je terang-benderangnya. Lepas tu terpaksa bersaing dengan hantu-hantu spesis manusia juga. Sengit sungguh persaingan sekarang ni sampai hantu pun susah nak cari makan.

Macam mana le boleh wujud cerita-cerita hantu ni semua ek? Pandai pula tu hantu-hantu ni ikut bangsa memasing. Kisah-kisah hantu ni bukan dianggap sebahagian budaya Melayu ke? Hantu kopek, hantu galah, hantu raya, langsuir, pontianak, pocong bla bla bla… Bukan ek? Dah makin pupus dah depa semua tu kan? Takkan hantu-hantu ni mati sekali lagi kot? Mati sekali je. Pejuang-pejuang budaya tak mahu perjuangkan pengekalan spesis-spesis hantu-hantu Melayu ni ke? Hehehehehehe… Hihihihihihihihihi… Hahahahahahahahaha…!!!

14 Respons kepada “Budaya Hantu”

  1. skarang nih, hantu tengok manusia pun lari…

  2. bebudak skrg lg best boleh tgk mcm2 hantu dlm movie. mcm2 bangsa, siam, western, korea… dulu2 mana ada.

    aku ada sorang kwn yg mengaku dia hantu. bila org tanya kau tak takut kena kacau ngan hantu ke? dia selamba jwb, takut per, dah aku pun hantu! dia keja di lumut!

    • Hmmm… agak-agaknya aku kenal ke Si Hantu tu ek? Ekekekekeke… Kita pun ada geng hantu gak dulu tapi dia tak mengaku dia hantu… ekekekekekekekekekeke… uhuk!

  3. hantu ye……….
    naik hantu banyak la aku tengok….

  4. hantu kum-kum tu suka tumpang mamat motor sebab ceritanyer dia ni hantu dari satu minah kilang yang mati masa nak gugurkan baby hasil kegiatan haraam (tapi syiokk) dengan sekor mamat motor…. dia akan bagi salam tapi bukan assalamualaikum cuma dengar “kum” jer.. Lagi satu hantu stokin….. asal ceritanyer dia ni pompan pakai purdah and pakai stokin pastu kene rogol… sampai mati…….
    Pastu ada hantu takde kepala (bukan spesies penanggal) yang asalnyer ialah bodies yang kepala nyer di ambil oleh keling sabit kepala untuk tanam kat tapak nak buat jambatan pulau pinang tu…. sebab setan2 kat situ minta korban… ramai buruh yang mati and kemuncaknyer ialah bila satu engineer korea mati….. errr… yang ni memang betul la beb… memang diorang bagi satu korban…….. wallahualam bissawaab…..

    • Haaa betul! Betul! Hantu setokin, hantu tak ada kepala sebab bina jambatan… Time pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu pun tetiba rancak je keluar citer hantu. Asal bina jambatan je mesti ada citer hantu. Bina KLCC tu pun ada gak citer hantu tapi tak sehebat citer bina jambatan. Agaknya tu pasal Pak Lah tak bagi teruskan project crooked bridge Johor tu. Takut timbul hantu lagi… Dah le hantu ni tak bayar cukai… rugi gomen… eheks!

  5. pergghhhh.. masa zaman hantu kum2 tu.. tak brani wa nak bukak pintu memlm.. org bagi salam siap ketuk2 pintu bagai nak reban pun, wa tetap tak bukak.. tp kalu dah dgr sora org yg ketuk tu n ckp dia sapa.. br lah wa bukak..hahahaha..
    gila siot! kalu bukak2 pintu jer, terjenguk pompuan@hantu yg berjubah putih n bawak bayi.. eeeeeeeeee, ngeri..
    tp sejak mak takde, wa tak takut sgt dah hantu2 ni coz wa rasa mak wa akan protect wa kalu hantu kaco :D.. Wa lg takut kalu hantu kapla itam yg kaco..baca lah surah halau hantu sekali pun, tak akan diorg lari..hehehe

  6. phat-lee Says:

    zaman aku, hantu purdah tu feymes la…tapi x tahan bila kata hantu purdah drive kancil. ampes…xpasal2 pompuan yang pakai purdah n kebetulan drive kancil,di label jadi hantu…tapi masa tu terasa gak la seram. sampai suratkhabar pun kecoh..nak balik time maghrib pun pk byk kali..hehehe…

    tp hantu ni biasa laa…kat opis ni ada gak hantu…ye tak Mr. Najwa Aiman? hehehe…tu yang bebudak college nurse bawah ni asik balik awal..

  7. Cik Najwa,

    boleh copy gambar hantu pontianak? sedang buat article pasai pontianak kat website saya. Pls. email me if okay…

    gempamelayu@gmail.com

    peacebuy

    GEMPAMELAYU.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: