Cokia Sungguh Sontotmu Yang Poyo

Harga kamus sekarang mahal, kan? Kali terakhir aku beli Kamus Dewan dulu dalam lima enam tahun dulu kut? Dekat RM50.00 jugalah harganya. Makin tebal Kamus Dewan ni. Zaman aku baru kenal romen dulu pun lebih kurang sama tebal tapi tulisannya besar-besar. Maknanya dah banyak perkataan ditambah dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Aku suka! Siapa sebenarnya yang menyumbangkan isitlah-istilah baru ni ek?

Tak lama dulu entah siapalah yang tetiba gunakan perkataan cun untuk memaksudkan cantik, anggun, jelita bla bla bla… Lalu perkataan cun dapat makna baru selain daripada sekadar sukatan panjang satu persepuluh kaki… eheks… Kamus Dewan edisi 3 dah iktiraf istilah cun cantik ni, kalau tak silap aku le. Dinamiknya bahasa, kan? Rasa-rasanya bebudak muda dan remaja yang paling banyak reka-reka istilah ni. Kreatif sunguh dia orang ni.

Tapi kenapa Dewan Bahasa tak masukkan juga istilah-istilah rekaan baru yang lain ek? Dulu kita orang selalu kata cokia pada benda-benda, especially alat elektronik, yang tak ada kualiti atau jenis klon. Bebudak sekarang pula dah cipta istilah poyo. Masa duduk asrama serba jantan dulu, istilah sontot tu generally perkataan yang menakutkan, tapi bagi segelintir minoriti jantan sotong, istilah tu membahagiakan pula. Bangkai sungguh… cet! Sekitar akhir 90’an pula aku dengar istilah lados. “Jom kita melados” tu maknanya “Jom kita pergi merokok.” Melados tu jauh lebih baik daripada skodeng tau. Tau skodeng tak? Penyumbaleweng le. Pervert bak kata bangsa yang makan belacan macam aku… eheks!

Sungguh Kamus Dewan makin tebal dan makin mahal. Penuh dengan perkataan-perkataan baru yang… yang… hmmm… aku dah tak ada perbendaharaan kata nak describe le pulok! Adoi laaa… Sekarang ni Kamus Dewan edisi 4 ada perkataan kot yang membawa maksud mahkamah pengadilan. Errr… you know… court of law. Dapat tak poin aku ni? Do you get my point? Oya… jangan salah faham ek. Perkataan you dan I sekarang adalah perkataan bahasa Melayu tau. Tak percaya? Pergi cek Kamus Dewan Edisi 3. Ya le pulok… perkataan cek tu ialah check le. Sama le macam kot tadi. Sungguh rok. Tau rok tak? Alahai… Amy Search, Awie Wings, Scorpion tu semua tu rok le. Tak reti-reti! Nak kena sontot ek? Cokia sungguh… cet!

Kita cuma perlu beli Kamus Oxford berbahasa Inggeris je untuk cari perkataan bahasa Melayu… ekekekekekeke… Lepas tu kita buat sikit diskusi supaya modifikasi dapat dibuat untuk menyempurnakan proses transformasi maksud perkataan tadi ke dalam bahasa Melayu… eheks!

Kemas kini: Bebaru ni sorang Pengurus Kanan sebuah organisasi besar sebut perkataan yang aku baru dengar buat pertama kalinya – kelongsot untuk merujuk kepada maksud haprak le gitu. So far perkataan tu tak ada dalam Kamus Dewan edisi 4 tapi kenalan aku tu kata perkataan tu orang kampung dia di Melaka biasa gunakan. Aku suka siot perkataan tu! Ekekekekekekekeke… bunyinya best sangat masa dia sebut! Kelongsot… bila dia sebut bunyi tu lazat jek kat telinga…! Ekekekekekekeke… Perkataan macam ni aku memang setuju sesangat banget kalau Dean Bahasa masukkan sebagai perbendaharaan kata. Barulah Melayu! Kan? Kan?

8 Respons kepada “Cokia Sungguh Sontotmu Yang Poyo”

  1. modernisasi yang menuntut liberalisasi dalam bahasa Melayu hari ini amat aku benci.
    betul ke konteks ayat ni?

    • Baca sekali, ada konfusi. Baca lagi, perlu diskusi. Baca sekali lagi, terduduk di kerusi.

      KIV dulu (‘KIV’ kalau dalam bahasa Melayu apa ek?). Jom lados! Eh… jap… lu sekarang dalam proses nak stop lados ek? Hehehehehe…

  2. kena merujuk pada sang dewa2 nih… aku heran, apa kata dewa2 nun di sebelah atas sana pasal PPSMI..

    • Dewa yang mana ni? Kalau dewa-dewa yang aku selalu puja dan sembah tu memang depa sokong pemansuhan PPSMI.

      Pagi tadi aku terbaca dalam akhbar Kosmo tentang sorang wanita meninggal dunia semasa buat liposuction. Tapi dalam akhbar tu dia orang gunakan istilah proses sedut lemak. Aku tetiba jadi sedih. Perkataan liposuction tu yang aku tahu belum lagi jadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Mungkin suatu hari nanti akan masuk tapi so far belum lagi rasa-rasanya walaupun perkataan tu wujud. Sebabnya liposuction tu istilah khas dalam dunia… dunia apa ek? Perubatan? Kecantikan?

      Anyways, kalau dah istilah khas, kenapa kita tak gunakan secara langsung? Kenapa kita nak terjemah juga? Nanti masuk dalam sukatan pelajaran Sains yang diajar dalam bahasa Melayu nak disebut apa istilah tu? Liposuction atau proses sedut lemak?

  3. DBP memang menentang keras PPSMI, that I know for a fact…….

  4. Banyak hujah2 DBP and those yang against PPSMI ni tak diketengahkan…. balik2 media laporkan kata diorang guna hujah yang BM akan lenyap… that is not their only point, for heaven’s sake….. I am very against PPSMI… sesaper yang nak sangat belajar whatever subject dalam bahasa selain BM, pergi la cari sekolah/negara lain….. This is one idea yang Che Det sendiri tau is not going to be good tu pasal dia suruh buat a few days before he left office and instructed “utk dilaksanakan oleh para pemimpin”….. why? Sejak bila peminpin involved dengan sekolah? kenapa pemimpin negara tak semak semua syllabus? Sekarang sibuk nak wajibkan subjek sejarah pulak… dulu dah elok2 ada, dimansuhkan… kenapa PPSMI tak dibuat masa zaman Che Det? Memang la quality English used by our Malay graduates teruk tapi it is actually quality of all skills and knowledge pun memang teruk especially local grads… so, kenapa tak inggeriskan jer semua benda kat IPTA? Biar Pengajian Melayu jer guna BM…. kalau la betul BI is the only language of knwowledge. Naper tak wajibkan Bahasa Arab? Jepun? German?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: