Arkib untuk 29 Mac 2009

Kenapa Bukan “What To Do While Blackout?”

Posted in Sosial on 29 Mac 2009 by Najwa Aiman


Somebody must have gained something really beneficial after 9:30 last night, right? Aku? Well… tak ada apa-apa perbezaan rasa-rasanya. Bil elektrik nanti takkan tunjukkan perubahan significant tapi kadar penggunaan elektrik seluruh negara… well… ada perubahan significant? Entah. Bumi jadi lebih selamat? Entah. Manusia makin sedar tentang alam semula jadi? Entah gak. So what the hell was I actually doing from 8:30 to 9:30 pm last night? Even for my own self?

Apa Cerita Bergelap Sejam Semalam?

Posted in Sosial on 29 Mac 2009 by Najwa Aiman


Nak keluar tengok bintang pun tak best sebab lampu jalan masih terang-benderang. Cuma dua tiga buah rumah dalam kejiranan yang padam lampu – rumah doktor depan rumah, Cik Semah jiran sebelah dan beberapa rumah lain selang berselang. Jadi aku duduk dalam rumah tonton TV je… dalam gelap… ekekekekeke…!

Pakaian Yang ‘Berat’

Posted in Fesyen on 29 Mac 2009 by Najwa Aiman

Memula pakai spentot. Kasi kemas semua bahagian anatomi. Kedap, kejap, jangan terlondeh-londeh walaupiun sebenarnya kekadang terlondeh-londeh juga dalam suasana tertentu sebab spentot tak boleh pakai ketat-ketat sangat. Tak elok untuk kesihatan.

Lepas tu sarungkan kemeja, siap berbutang. Sarungkan seluar slack pula. Lilitkan tali pinggang yang buckelnya sedikit berat dan berkilat-kilat. Nak bagi nampak macam kaya. Kemudian lilitkan tali leher di betis… eh? Bukan ek? Di leherlah ngeng! Dah namanya pun tali leher. Ikat tali leher tu ikut gaya kesukaan. Gaya aku, ikatan Windsor style – simple, mudah, pantas, dan juga, sebab aku tak reti nak ikat style lain… ekekekeke…

Kemudian pen fucker… eh? Pen Parker selitkan di kocek baju kemeja. Kad ID dan pass pejabat untuk membolehkan pintu pejabat terbuka untuk aku diletakkan di dalam kocek kemeja juga. Henpon seberat anak lesung tu letak dalam kocek seluar sebelah kiri. Kunci kereta + kunci pintu ofis + kunci rumah + kunci segala mak nenek kunci letak dalam kocek kanan. Sapu tangan + rokok + lighter + PDA semua sumbatkan aje dalam mana-mana kocek seluar yang masih ada ruang.

Dompet yang gemuk dengan bil, resit dan entah haper-haper  serta duit syiling tapi tak ada langusng duit kertas ungu dan merah tu sumbat dalam kocek seluar belakang. Sikat! Jangan lupa sikat weh! Sumbat kat kocek seluar belakang juga. Tie clip yang kepala naga tu selitkan kat kemeja dan tali leher style Windsor tu. Jam tangan yang seberat 1 kg tu jangan lupa – pun sebab nak kasi nampak kaya. Oya! Tu… gelang yang AC Mizal jual tu. Lilitkan juga kat tangan sebelah lagi. Berat juga tu. Bermagnet lagi ek? Dan cuffling yang corak sepadan dengan tie clip tu pun jangan lupa. Cincin? Oya… cincin yang batu hitam tu di jari tangan kanan, yang batu coklat tu sebelah kiri.

Lepas tu sarungkan setokin bulu apa entah. Tebal gak sebab nak pastikan kasut boot yang saiz terlebih besar tu muat dan kejap di kaki. Kasut boot tu pun berat gak tu sebab tumitnya tinggi, besar, lebar dan agaknya diperbuat daripada kayu cengal ke haper entah.

Okeh! Dah ready!

“Tolong!!! Toloooooonnnggg!!! Peragut!!! Pencopet!!! Pencuri!!!”

Hah… kalau larat nak kejar, silakanlah. Tapi kalau “Apiii…!!! Apiii…!!! Apiii…!!!” Larat ke, tak larat ke, lari le juga. Kalau tak, mati!

Boy Shield

Posted in Politik on 29 Mac 2009 by Najwa Aiman