“Syurga Bukan Untuk Kau Orang”

Bila aku sebut kata-kata yang menghiris, dia balas dengan kata-kata yang buat aku segan. Sedikit pun dia tak ungkit kata-kata aku tadi.

Bila aku tumbuk mukanya dengan tanganku, dia urut-urut tanganku demi menghilangkan sakit. Mukanya sendiri lebam sedikit pun tak diusapnya.

Bila aku larikan diri semasa dia tiba nak ajak ke masjid, dia bawa berita dari masjid setelah dia kembali. Sikit pun dia tak tanya ke mana aku bawa diri tadi.

Bila aku kritik amalan dan gaya hidupnya, dia tanya aku di mana yang harus dia ubah. Sikit pun dia tak sentuh amalan dan gaya hidup aku.

Dan dia sering berkata, “Allah SWT cipta syurga untuk kita semua.”

Dia sudah tiada di sisi aku lagi. Aku sangka ada orang laini yang sepertinya. Bila aku hampiri mereka dengan fahaman aku yang salah, mereka akan kata fahamanku salah tanpa memberitahu apa yang betul. Yang mereka beritahu ialah tentang fahaman mereka.

Bila aku sebut sesuatu yang menghiris perasaan mereka, mereka akan menyebut sesuatu yang menghancur-luluhkan perasaan aku dan perasaan orang lain yang tak ada kena mengena dengan hal itu.

Bila aku berkelakuan yang salah, mereka pakat-pakat menjauhkan diri sebegitu jauh hingga hilang dari pandangan.

Mungkin dari jauh sayup-sayup mereka berkata, “Kau tak layak untuk syurga yang Allah SWT ciptakan.” Dan inilah muslimin dan muslimat yang berangan-angan. “Jangan campur dan bergaul dengan golongan yang sesat,” kata mereka. “Nanti kita juga akan turut sesat.” Maka itulah pegangannya – Biar yang sesat itu terus sesat… kerana syurga hanya untuk orang-orang seperti kita….

Tahniah wahai hati-hati yang meyakini dirimu ahli-ahli syurga. Tahniah atas kemenangan makhluk yang handal dan cekap dengan tipu daya.

6 Respons to ““Syurga Bukan Untuk Kau Orang””

  1. assalamualaikum,

    aku teringin nk cakap kat golongan ni`KAU INGAT SYURGA NERAKA tu MAK BAPAK KAU PUNYA!’

    title ustaz ntah mana dapat aku pon taktau….
    dan paling menyedihkan dia adalah jiran aku…..

  2. kau golongan yg mana?

  3. salam..mohon share ya..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: