Ni Bila Punya Harga?

Permaisuri aku tanya tentang teppanyaki, lalu aku ceritakan padanya tentang teppanyaki yang aku pernah makan masa kerja di Cheras lima tahun lalu. Harganya masa tu lebih kurang RM5/= satu plate.

Sahabat lama ceritakan tentang pengalamannya ke Genting dua tahun lepas. Dia cuma belanjakan lebih kurang RM120/= aje semalam di hotel, dan tak lebih RM100/= untuk naik kebanyakan rides yang ada.

Rakan pejabat lama bercerita tentang pejabat barunya yang terletak sebelah Restoran Pelita tapi dia belum pernah lagi makan kat situ. Kali terakhir dia makan nasi kandar Restoran Pelita lebih kurang tiga tahun lepas dengan harga RM7/= termasuk air buah segelas.

Ketiga-tiga pencerita di atas mengakhiri cerita masing-masing dengan frasa yang lebih kurang berbunyi “Dululah! Sekarang tak tahulah berapa harganya.”.

Zaman aku belum baligh dulu, semasa aku ni dianggap semua orang sebagai comel dan didukung diriba dikendong sepanjang masa, aku biasa dengar dia orang tu bersembang sesama sendiri. Bila sebut pasal harga, perbandingannya dibuat ke zaman atok dan nenek dia orang dulu.

Sekarang, perbandingan harga dibuat dalam tempoh sesingkat tiga tahun pun ada ek? Sungguh menakutkan zaman kita ni kan? Harga barangan boleh naik dalam tempoh kita tak sempat nak dapat cucu pun… adoi laaa…

10 Respons to “Ni Bila Punya Harga?”

  1. memang teruk la sekarang kan. hehe 🙂

  2. dari dulu gua dah cakap rakyat malaysia sebenarnya mengalami inflasi orang tak percaya…

  3. Minggu lepas anak aku keluarkan flyer Tesco utk buat tampal2 projek sekolah dia.. aku tengok tahun 2007….. errr….. ikan jenahak 1kg was 19.80 and now in 2009, the price is RM44.90 sekg.
    Pastu aku tengok barang2 lain…. errr……. aku rasa aku makin tak mampu beli apa2 berbanding 2 years ago walaupun gaji aku masa tahun 2007 tu jauh lebih rendah dari sekarang (tak le byk pun).

  4. phat_lee Says:

    apatah lagi org yang gaji kecik nih…

  5. Kat umah makan megi… kat opis makan roti canai dengan air suam… jalan………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: