Petua Tu Fatwa Siapa?

Tadi makan nasi ayam. Entah kenapa hari ni aku makan besar pula. Dah le mengantuk sekarang ni. Kalau nak hilangkan mengantuk, Mamer kata gunakan minyak cap kapak. Buat macam Eye-Mo. Tu petua dia dapat dari planet Zargkron agaknya ek? Cet! Petua lain yang aku pernah dengar berkaitan migraine. Cubit kening kuat-kuat beberapa kali. Migraine tu akan reda dan lama-lama hilang. Kau orang pernah try?

Dalam majalah, terutamanya majalah bahasa Melayu yang berkaitan dengan wanita dan keluarga mesti berlambak-lambak petua ni kan? Nak bagi rambut hitam berkilat, nak hilangkan jerawat, nak hilangkan jeragat, nak hilangkan bau ketiak, nak bagi kencing dan berak lawas, nak bagi kulit muka nampak bersih dan putih, nak hilangkan tahi lalat, bla bla bla… Kebanyakannya berkaitan kecantikan dan kesakitan kan? Petua orang Melayu pula majoriti mesti ada limau nipis dan daun betik. Mungkin khasiat limau nipis dan daun betik ni benar sebab kebanyakan petua gunakan dua bahan ni. Barangkalilah…

Sebenarnya dari mana datangnya petua ni ek? Macam mana boleh wujud? Applicability petua-petua tu semua bergantung pada genetik dan spesis ke tak? Ramai gak kengkawan dulu bercerita yang kebanyakan petua yang dia orang amalkan tak menjadi. Sebenarnya silap amalan, silap ramuan atau memang petua tu semua silap ek? Entah le…

8 Respons to “Petua Tu Fatwa Siapa?”

  1. pemati gerak buah,
    pemati buah petua,
    pemati petua allah taala.

    selalunya amalan petua ni kena yakin…..

    *melalui pengalaman gua sendiri

    • Part yang pemati tu apa ek? Wa boleh faham yang pemati gerak buah tu kut? Maknanya kalau tengah lazat nikmat asyik dok gerak sorong tarik sorong tarik tetiba tersilap sorong terhimpit dan tersepit kat ‘buah’, boleh senak wooo…! Terus terhenti semua pergerakan! Errr… tu ke maksudnya?

  2. gambar ini sungguh nostalgic

  3. Naj: Hotak kau!!! Pemati gerak buah = yang boleh mematikan/menghentikan pergerakan (kalau dalam silat) ialah “buah”, i.e. “isi” i.e. kekuatan isim pesilat; the rest is self explanatory la kan…..

  4. Dah amalkan ke petua tu… mata leh putih bersih woo… x nampak anak mata hitam hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: