Arkib untuk Mac, 2009

Boy Shield

Posted in Politik on 29 Mac 2009 by Najwa Aiman

Lembuku Aku Yang Jaga

Posted in Puisi on 27 Mac 2009 by Najwa Aiman

Nanti aku akan mati
jangan sekali-kali kau lahirkan
lembu-lembu sebodoh dirimu
yang menyambung zuriat Melayu

Biarlah aku yang sebat
biar aku yang belasah
layan kau bak lembu pawah
atau kau mahu aku serahkan tali ini
ke tangan Rajoo dan Minachi
ke tangan Chan Yue dan Mee Yee?

Siapa Ambil Rezeki Makanan Aku?

Posted in Bencana, Ekonomi, Gomen, Undang-undang on 27 Mac 2009 by Najwa Aiman

Kalau kau orang ada baca entri aku Cukai Kerana Makan sebelum ni, saja nak update – Meal Allowance untuk kerja-kerja outstation atau overseas memang kompem kena cukai… eheks! Aku dah baca pekeliling daripada LHDN Perquisites From Employment (2nd Addendum to Public Ruling No. 1/2006).

Perengan 3 cerita tentang Tax exemption on perquisites received by an employee. Perenggan 3.2.3. bercerita tentang Meal Allowance. Meal Allowance yang dibayar secara regular atau tetap, misalnya secara bulanan, dikecualikan dari cukai. Jadi kalau kompeni kau orang bayar, katalah, RM200 sebulan secara tetap pada kau orang, maka yang ni tak kena cukai. Tapi kalau kau orang pergi outstation, dan claim Meal Allowance untuk kerja outstation tu, yang ni kena cukai.

Pelik? Cuba tanya mana-mana penyamun, di mana peliknya mengambil hak orang? Ekekekekeke…

Bukan Sekadar Lampu, Kan?

Posted in Sosial on 27 Mac 2009 by Najwa Aiman

Besok malam dengar-dengar ceritanya ramai juga yang turut serta bergelap, especially of course, mereka yang paling suka bergelap supaya manusia lain tak nampak apa yang dia orang buat… ekekekekeke… Tak kira le buat lucah ke buat jenayah ke… Hot FM pun dah announce akan bergelap dan tutup siaran dari 8:30PM ke 9:30PM. Astro tak boleh buat kut sebab Phatlee kata nanti orang ramai merusuh tak dapat tonton Konsert Akademi Fantasia… ekekekekekekekeke…

Jadi sepanjang sejam tu sebenarnya switch off lampu saja ke? Switch off lampu isyarat, lampu jalan, lampu kereta, lampu rumah, lampu kaki lima bla bla bla… Barangan elektrik yang lain tak perlu switch off ke? Kipas, aircond, LRT, KTM Komuter, security system rumah atau bank atau kedai, TV, radio, DVD, komputer, microwave, penjana kuasa bla bla bla…

Kali ni memang kempen besar-besaran ek? Yang smokers dan non-smokers semua join. Ada setesen TV yang buat liputan secara langsung sejam bergelap tu tak? Shot kamera dari helikopter ke, dari atas bukit ke, pancarkan secara live. Baru le semua orang duduk kat rumah tonton TV… dalam gelap… Eh? Errr… ni kira defeat the purpose ek? Adoi laaa… Sowi… sowi…

Graduate Employability Enhancement Scheme

Posted in Iklan, Pendidikan on 27 Mac 2009 by Najwa Aiman

Salamzz,

Pootz beri satu info yang amat berguna dalam keadaan ekonomi kita sekarang ni-

“Sesiapa yang ada sedara/sahabat yang ada degree (bukan diploma atau sijil atau sarjana atau doktor falsafah), and masih tak kerja (tak kira la dah berapa lama tak kerja/belum dpt kerja/dibuang kerja) or belum grad tapi dah nak final exam, berminat utk masuk program GEMS – Graduate Employability Enhancement Scheme, sila la apply segera melalui website GEMS. First programme akan start 5 April ni.

Ada 5000 places for 2009 and another 7000 for 2010. For 2.5 months they will have to undergo class room/camp training at one of 9 sites in Malaysia and the next 6 months they will be placed at GLC yang participate. Ada 3 batches this year…. GLC kalau nak participate pun boleh apply through the website. Elaun RM750 masa kat camp and RM1000 masa OJT. GLC tak payah bayar apa2…. no obligations on anybody. Graduate not bond etc. Go check it out yourself.

So far memang byk lagi kekosongan…”

Yup! Check it out! Good luck!

p/s: Dari websitenya nampak macam aweknya ramai… dan cun-cun siot!!!

Biasiswa Nak Sambung Belajar

Posted in Iklan, Pendidikan on 26 Mac 2009 by Najwa Aiman

Dapat emel daripada sorang sahabat tentang biasiswa sambung pelajaran. Terpanggil nak kongsikan kat sini kalau-kalau ada kengkawan yang bertandang dan pada masa yang sama nak mencari biasiswa atau skim belajar. Klik je kat atas mana-mana jenis biasiswa yang terasa berkenan nak tau. Good luck okey…!

Wayang Baru

Posted in Bencana, Politik on 26 Mac 2009 by Najwa Aiman

Ada sesuatu yang baru di wayang…

Nantikan di pawagam berhampiran. Kalau tak nak nantikan pun tak apa… Nak ke, tak nak ke, ia pasti datang juga…

Dah Naik Lemak

Posted in Bahasa on 26 Mac 2009 by Najwa Aiman

Pagi tadi aku terbaca dalam akhbar Kosmo tentang sorang wanita meninggal dunia semasa buat liposuction. Tapi dalam akhbar tu dia orang gunakan istilah proses sedut lemak. Aku tetiba jadi sedih. Perkataan liposuction tu yang aku tahu belum lagi jadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Mungkin suatu hari nanti akan masuk gak sebagai perbendaharaan kata Inggeris tapi so far belum lagi rasa-rasanya walaupun perkataan tu dah lama wujud. Kenapa perkataan tu boleh wujud dulu sebelum ada dalam kamus bahasa Inggeris ek? Ekekekeke… Yes… tu memang soalan bongok… ekekekekeke… Sebab liposuction tu istilah khas dalam dunia… dunia apa ek? Perubatan? Kecantikan?

Anyways, kalau istilah khas, kenapa kita tak gunakan secara langsung ek? Kenapa kita nak terjemah juga? Nanti masuk dalam sukatan pelajaran Sains yang diajar dalam bahasa Melayu nak disebut apa istilah tu? Liposuction atau proses sedut lemak? Kita KIV dulu benda ni… Oya… para pengurus dan pengarah di DBP kalau nak suruh ‘KIV’ sesuatu dokumen, apa yang dia orang coretkan kat atas dokumen tu ek? Takkan ‘KIV’ juga kot? Apa konotasi ‘KIV’ dalam bahasa Melayu ek?

Cokia Sungguh Sontotmu Yang Poyo

Posted in Bahasa on 26 Mac 2009 by Najwa Aiman

Harga kamus sekarang mahal, kan? Kali terakhir aku beli Kamus Dewan dulu dalam lima enam tahun dulu kut? Dekat RM50.00 jugalah harganya. Makin tebal Kamus Dewan ni. Zaman aku baru kenal romen dulu pun lebih kurang sama tebal tapi tulisannya besar-besar. Maknanya dah banyak perkataan ditambah dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Aku suka! Siapa sebenarnya yang menyumbangkan isitlah-istilah baru ni ek?

Tak lama dulu entah siapalah yang tetiba gunakan perkataan cun untuk memaksudkan cantik, anggun, jelita bla bla bla… Lalu perkataan cun dapat makna baru selain daripada sekadar sukatan panjang satu persepuluh kaki… eheks… Kamus Dewan edisi 3 dah iktiraf istilah cun cantik ni, kalau tak silap aku le. Dinamiknya bahasa, kan? Rasa-rasanya bebudak muda dan remaja yang paling banyak reka-reka istilah ni. Kreatif sunguh dia orang ni.

Tapi kenapa Dewan Bahasa tak masukkan juga istilah-istilah rekaan baru yang lain ek? Dulu kita orang selalu kata cokia pada benda-benda, especially alat elektronik, yang tak ada kualiti atau jenis klon. Bebudak sekarang pula dah cipta istilah poyo. Masa duduk asrama serba jantan dulu, istilah sontot tu generally perkataan yang menakutkan, tapi bagi segelintir minoriti jantan sotong, istilah tu membahagiakan pula. Bangkai sungguh… cet! Sekitar akhir 90’an pula aku dengar istilah lados. “Jom kita melados” tu maknanya “Jom kita pergi merokok.” Melados tu jauh lebih baik daripada skodeng tau. Tau skodeng tak? Penyumbaleweng le. Pervert bak kata bangsa yang makan belacan macam aku… eheks!

Sungguh Kamus Dewan makin tebal dan makin mahal. Penuh dengan perkataan-perkataan baru yang… yang… hmmm… aku dah tak ada perbendaharaan kata nak describe le pulok! Adoi laaa… Sekarang ni Kamus Dewan edisi 4 ada perkataan kot yang membawa maksud mahkamah pengadilan. Errr… you know… court of law. Dapat tak poin aku ni? Do you get my point? Oya… jangan salah faham ek. Perkataan you dan I sekarang adalah perkataan bahasa Melayu tau. Tak percaya? Pergi cek Kamus Dewan Edisi 3. Ya le pulok… perkataan cek tu ialah check le. Sama le macam kot tadi. Sungguh rok. Tau rok tak? Alahai… Amy Search, Awie Wings, Scorpion tu semua tu rok le. Tak reti-reti! Nak kena sontot ek? Cokia sungguh… cet!

Kita cuma perlu beli Kamus Oxford berbahasa Inggeris je untuk cari perkataan bahasa Melayu… ekekekekekeke… Lepas tu kita buat sikit diskusi supaya modifikasi dapat dibuat untuk menyempurnakan proses transformasi maksud perkataan tadi ke dalam bahasa Melayu… eheks!

Kemas kini: Bebaru ni sorang Pengurus Kanan sebuah organisasi besar sebut perkataan yang aku baru dengar buat pertama kalinya – kelongsot untuk merujuk kepada maksud haprak le gitu. So far perkataan tu tak ada dalam Kamus Dewan edisi 4 tapi kenalan aku tu kata perkataan tu orang kampung dia di Melaka biasa gunakan. Aku suka siot perkataan tu! Ekekekekekekekeke… bunyinya best sangat masa dia sebut! Kelongsot… bila dia sebut bunyi tu lazat jek kat telinga…! Ekekekekekekeke… Perkataan macam ni aku memang setuju sesangat banget kalau Dean Bahasa masukkan sebagai perbendaharaan kata. Barulah Melayu! Kan? Kan?

Party Kenduri Katak

Posted in Nostalgia on 25 Mac 2009 by Najwa Aiman

Dah lama sangat tak tengok katak in person. Bila ek kali terakhir tengok katak in person? Entah le… Tapi yang paling ingat ialah masa arwah Tok dan Opah dok kat Selinsing dulu. Rumah arwah Tok dan Opah kat Selinsing tu bilik airnya luas giler! Malam-malam mesti banyak katak datang lepak-lepak sambil rempit-rempit kat situ. Kaum keluarga, sahabat-handai dan saudara-mara katak semua ikut. Depa dok buat kenduri ke party ke haper ke… bingit dok bersembang. Breb brob breb brob breb brob…

Oleh kerana masa tu aku masih belum baligh, maka tak terfikir le pulok aku nak meninjau kalau-kalau ada antara katak rempit tu tengah baik punya balun dan tibai minah sempit dan minah sumpit. Kalau depa tengha dok menibai pun aku rasa aku tak faham kot.

Masa tu aku ditakutkan dengan katak dan kodok. Depa dok habaq kat aku kata katak ni boleh kencing jauh. Kalau kena air kencing katak ni kulit boleh melecet. Sampai sekarang aku naik takut dan geli dengan katak. Masa buat eksperimen bio kat sekolah tu, cikgu bagi pilih sama ada nak belah perut katak atau nak belah jantung lembu. Aku pilih jantung lembu beb! Aku geliiiiiiiiii…! Geliiiiiiiiii dengan katak beb…!!!