Yup! Memang aku ada banyak nostalgia dengan kereta api. Ayahanda beta dulu kerja dengan kereta api so aku memang kerap travel dengan kereta api ulang-alik KL-Taiping-KL. Tak kiralah keretapi mel ke, Ekspres Sinaran ke, Ekspres Malap ke, Ekspres Rakyat ke, Ekspres Kerajaan ke, Senandung Malam ke, Senandung Semalam ke, first class, second class, third class, buffet coach class bahkan lokomotif pun aku dah naik. Yang aku tak pernah naik Ekspres Langkawi, Ekspres Pantai Timur dengan kereta api barang jek… ekekekekeke… Oya! Satu lagi, gerabak solo warna putih kuning karat-karat yang biasa ada kat ekor kereta api tu… eheks…
Pernah masuk dalam woksyop kereta api di stesen Singapura dan Johor Bharu. Pernah masuk merayau di Pusat Latihan KTM di Sentul. Pernah jumpa orang mati dalam kereta api dan mayatnya dibawa turun di stesen Gemas. Pernah kemaluan aku yang tegap macho ni diraba dan diramas oleh askar kemaruk stim yang naik dari stesen Gemas nak ke selatan… Tapi aku tak mahu cerita le hal ni kat kau orang… siot! Pernah duduk di banglo KTM di Port Dickson zaman belum ada buaya terlepas dulu dan juga di Fraser’s Hill. By the way, banglo KTM kat Fraser’s Hill tu ada pula orang buat cerita kata salah satu daripada biliknya berhantu – hantu mat saleh zaman kolonial gantung diri dalam bilik tu. Adoi laaa…
Jadi bila outstation, kalau ada peluang aku akan cuba pergi ke stesen kereta api tempat tu. Aku pernah pergi ke stesen kereta api Kluang. Makan roti kukus yang famous tu. Siang tadi aku ke stesen kereta api Ipoh. Rupa-rupanya stesen tu dah ada bumbung ek? Ekekekekeke… nampak sangat dah berpuluh tahun aku tak naik kereta api ek? Adeh!
Anyways, mana-mana stesen pun aku pergi, mesti nostalgia punyalah sebab kereta api dan stesennya-stesennya dah jadi sebahagian hidup aku. Pertemuan aku dengan Permaisuri aku ni pun adalah disebabkan kereta api, dalam gerabak kereta api, di stesen kereta api KL dan Seremban. It’s part of me walaupun sekarang ni aku dah berpuluh tahun tak naik kereta api. Rasa-rasanya kali terakhir aku naik kereta api jarak jauh macam tu was way back in 1989 kut? Lepas tu aku sekadar naik KTM Komuter dan LRT je la.
Dan apa yang paling aku suka tentang stesen kereta api? Baunya. Yup! Stesen kereta api, di platform – bukan dewan menunggu – ada bau yang distinctive. Sebagai tanda nostalgik semasa aku di platform stesen kereta api Ipoh tadi aku hela nafas dalam-dalam menyedut aroma bau tu. Bau yang so far, as I discovered siang tadi kat stesen kereta api Ipoh, tak pernah lagi berubah. Aku hela lagi nafas dalam-dalam untuk ambil bau nostalgik tu. Aku masih tak tau sampai sekarang apa yang menyebabkan bau tu. Gamaknya bau benda hitam yang kita dapat tengok sepanjang-panjang sisi landasan kereta api tu kut? Entah… Tapi apa benda tu ek? Please don’t tell me benda hitam sepanjang-panjang rail tu ialah taik-taik dan najis-najis penumpang yang gunakan tandas atas kereta api! No! No!
By the way, kalau kau orang minat kereta api, especially kereta api KTMB, boleh jadi ahli KTM Railway Fan. Cekidaut! (And yes, I already am a member for quite some time now, thank you!)