Bunga Cina Dalam Baju

Bila La Signora (bukan… bukan awek Spanish laaa… Mak orang tau! Ekekeke…) sebut tentang pantun klasik “Buai laju-laju, sampai pokok sena; Apa dalam baju, sekuntum bunga Cina,” La Signora dah trigger something yang aku tak terfikir sebelum ni. Kenapa ada Bunga Cina dalam baju? Hmmm…

Bunga Cina ni nama timang-timangan je. Nama dalam IC dia Gardenia Augusta. Pantun dalam baju ni ada versi lain juga kan? Versi yang tak berapa rhyme gitu. “Buai laju-laju, sampai cucur atap; Belum tumbuh tinggi, dah pandai baca kitab.” Tak rhyme sungguh “tumbuh gigi” dengan “laju-laju” tu ek?

16 Respons kepada “Bunga Cina Dalam Baju”

  1. Bukan ke buai tinggi2 sampai cucur atap..belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab????

  2. buai laju-laju, sampai pokok rhu
    apa dalam baju, seekor katak puru
    -petikan filem ali setan

  3. Bukan buai la… timang la…. Timang tinggi2, sampai cucur atap, belum tumbuh gigi, pandai baca kitab….
    Tapi la ni…. belum tumbuh gigi dah pandai pakai mekap…..

    • Ahaaa…! Ni baru betul! Tengkiyu Pootz! You’re still my best verifier! Ekekekekek…

      Tang pakai mekap tu pun betul gak!

    • hehehehe.. betul betul betull.. thanks Pn Pootz.. wa terlupa aaa.

      Tp bab mekap tu.. Ni sajer nak lauhkan perasaan kat sini.. Wa mmg jaga anak2 dara wa tu, tak kasik diorg usik langsung alat mekap wa (erk!wa ade alat mekap ke?? Wa cuma ade lipstik ngan bedak jer..hehehe) Tp ade satu kejadian tu, ibu mertuaku ngan adik iparku telah menconteng mekap ke muka anak2 dara ku.. punyalah hangin satu badan masa tu.. Laki wa pun marah gak.. tp ibu mertuaku ckp, xpe..skit jer.. eeemmmm.. So, sampai sekarang ni bila time wa nak mekap jer.. diorg musti mintak mekap sama.. Ate camne nak didik anak ni haaaaaaaaa??

  4. apa dalam baju, sekuntum gardenia augusta….

    edisi moden

  5. pertanyaan gajus dari gua………….

    buai laju laju sampai cucur atap tu kita main buaian laju laju ke atau kita hayun buaian anak kita laju laju sampai cucur atap?…..

    and seken soalan cucur atap tu kueh ke ape?

    • Jawapan 1: Dua-dua pun tak apa sebab cucur atap ialah bahagian munvung atap yang mencorong ke bawah, so tak le tinggi sangat kut? Ye ke? Ke?

      Jawapan 2: Tak kira le bro asalkan yang dalam baju tu mesti bunga Cina… ekekekekekeke…

  6. kalau cucur atap itu bahagian rumah,tang mana cucur atap tu?

    • Daun cucur atap tu ialah baeckia frutescence. Cucur tu biasanya bahagian muncung atau hujung. Kalau untuk atap, bahagian hujung atap yang mencorong ke bawah tu le kot? Kan? Kan? Eh apa-apa ajelah… yang penting bukan atapnya, tapi yang dalam bajunya… yang tu penting… ekekekekekek…

  7. Mak aku kata ‘bunga cina’ tu simbolik.Mak aku = feminis yang sinis.Gua suke jer bende-bende yang buleh rhyme.closet-rapper melayu kot. ha ha ha.

    p/s hari ni lagu GURINDAM JIWA overplayed untuk memenuhi napsu melayu ku.

    • Tu antara lagu yang aku suka banget! Masa kita orang nak buat Malaysian Night tahun 1993 dulu, ni antara lagui yang diberi consideration untuk dipersembahkan kepada international student tu especially mat saleh… tapi oleh sebab tak cukup tools dan yang paling panting tak cukup bakat, maka tak jadi. Lagipun majoriti penonton nanti pun orang Malaysia gak… Melayu gak… Kat mana-mana pun… Falsafah nak memperkenalkan budaya Malaysia kat masyarakat antarabangsa dalam proposal paper tu tujuan sebenarnya buat menjimatkan kertas je supaya bila print tak banyak ruang kosong atas halaman kertas tu… ekekekekekkekeke… aiyaaarrrkkk…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: