Nak Bagi Mahal

Time cuti, especially lepas final year exam, kami masak memasing je untuk makan sebab housemate ramai yang dah keluar tawaf Europe sebelum diperhambat balik ke Malaysia. Macam biasa, menu yang aku paling suka masak ialah yang bagi aku paling ringkas, mudah dan murah le. Simple. Cuma perlu taugeh, cendawan butang, spring onion. Style aku masak normally ada perencah tambahan — garam massala.

Caranya? Eleh… kecuali taugeh tu, hiris dan potong bahan-bahan tadi. Lepas tu goreng dalam butter. Taruhlah garam massala sikit, garam sikit, pepper, kalau mahu. Hidangkan. Kemudian kalau ada saki baki ikan atau daging masak semalam, potong kecil-kecil dan goreng semula dengan style dan perencah yang ikut sedap dan sempat capai. Kalau tak ada, aku akan potong daging baru — ayam atau kambing. Sana susah nak jumpa lembu halal.

Dah sudah tu, makan dengan roti. Kalau ada saki baki nasi semalam, instead of roti, makan dengan nasi barang segenggam gitu. Dulu memang aku kurang makan beb… eheks… Lazat! Boleh tahan kenyang at least separuh hari tu!

Dah balik Malaysia, dan bila dah bertahun-tahun kerja, suatu hari tu ada member ofis ajak pergi makan kat Jusco Cheras. Dia ajak makan teppanyaki. Memang aku jakun dengan jenis-jenis makanan gini. Jadi aku ikut aje. Menarik gak restoran teppanyaki ni. Aku order teppanyaki ikan. Member kata kalau restoran teppanyaki sebenar, pelanggan duduk keliling dapur sambil menonton chef tu dok masak teppanyaki. Dari cara masaknya, aku dah rasa macam familiar sangat. Bila akhirnya terhidang, aku gelak sensorang.

“Kenapa?” member aku tu tanya.

“Mahal gak teppanyaki ni ek?” aku balas. “Selama aku student dulu aku ingat jenis makanan gini yang paling murah. Hampir setiap hari aku melantak teppanyaki ni.”

9 Respons to “Nak Bagi Mahal”

  1. fuh! lama jugak tak pekena teppanyaki nih.

  2. bile ko nak massakkan untuk kami semua?

  3. lorrr….wahahaha…menu paling senang tuh. slalu gak aku buat. itupun lepas slalu nonton chef teppanyaki masak depan aku

  4. ahaha…
    TEPPANYAKI…!!! paling koman 15 hinggit! ahahahaa

  5. […] tapi aku tak tahu pun yang aku masak dan makan tu sebenarnya teppanyaki. Aku pernah cerita pasal ni dulu. Tapi mas aku ke Sandakan bebaru ni, pada hari terakhir 29 Mei tu aku dibawa ke restoran Jepun. Aku […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: