Arkib untuk Julai, 2009

Pernah Try?

Posted in Iklan, Quips on 31 Julai 2009 by Najwa Aiman

Comel gak awek ni. Suka senyuman dia yang malu-malu tu. Anyways, ni iklan talian tetap TM kan? Al-kisahnya iklan ni ialah tentang sekumpulan kengkawan – termasuklah awek yang comel ni – dengan sorang balak daripada kalangan kengkawan dia orang tu saling suka satu sama lain. Tapi apakan daya, kemaluan amat besar… Eh? Maksud aku, rasa malu antara dia orang tu amat besarlah! Cet!

Tapi sebagai hukum alam lelaki macho, maka lelaki le yang sepatutnya mulakan dulu. Jadi Sang Balak tu cuba kumpul kekuatan sambil diracun dan dihasut serta diacum oleh kengkawan yang lain agar segera mengurat awek tu. Dan seperti juga hukum alam yang kian pupus bertahun yang lalu, pendekatan pertama yang Sang Balak harus buat ialah minta nombor telefon. Oleh kerana zaman ni ialah zaman siber walaupun pendekatan Sang Balak tu jenis zaman harga getah masih mahal, maka Sang Balak diracun oleh kengkawannya supaya segera minta nombor henpon awek tu.

Tapi Sang Balak cuma dapat nombor telefon talian tetap – dipercayai nombor telefon rumahnya – berserta alamat e-mel. (NOTA: Alamat e-mel tu masih boleh diterima sebagai pendekatan zaman siber.) Barangkali kerana Sang Balak tu tak ada henpon atau PDA, atau mungkin terlalu nervous nak keluarkan henpon atau PDA, maka Sang Balak hanya sempat keluarkan sebatang pen lalu menulis nombor telefon serta alamat e-mel awek comel tu atas tapak tangannya yang berkemungkinan besar sudah dibasuh dengan sabun sebanyak tujuh belas kali untuk menghindari jangkitan H1N1.

Ada sesiapa pernah cuba dail nombor tu tak? Atau hantar e-mel ke alamat tu? Apa hasilnya ek? Bagi tahu laaa…

H1N1 Merebak Sebab Topeng

Posted in Bencana, Gomen, Perubatan on 29 Julai 2009 by Najwa Aiman

Bilangan pesakit influenza A H1N1 di Malaysia dah semakin ramai sekarang ni kan? Bilangan yang mati akibatnya pun bertambah juga. Awal-awal dulu dia orang kata punca virus ni datang daripada babi, sebab tu dulu dipanggil Swine Flu. Sejak timbul penyakit ni, dah banyak berlambak-lambak laporan orang kena penyakit ni dan mati. Tapi belum pernah lagi dengar atau baca laporan tentang mana-mana babi yang ada terkena penyakit ni dan mati juga. Isy isy isy… babi sungguh babi nih! Bagi penyakit kat orang tapi dia sendiri tak ada apa-apa… isy isy isy… Babi… babi…

Tapi kat Malaysia ni kenapa orang macam tak kisah ek? Jangankan kata sekolahj, hospital pun tak semua orang pakai medical mask tu. Kat pasar apatah lagi, termasuklah pasar yang ada jual daging babi. Tak ada pun iorang pakai mask. Kalau sekolah, seeloknya Kementerian Pelajaran arahkan semua orang wajib pakai mask.

Untuk pelajar-pelajar sekolah, Kementerian Pelajaran kena beri mask percuma untuk memastikan semua mask di semua sekolah seluruh Malaysia sama dan identical. Jadikan sebahagian daripada uniform wajib buat sementara waktu ni pun tak apa. Bukan apa, kalau pelajar sekolah dibenarkan pakai mask lain-lain jenis dan bentuk, nanti bebudak teruja. Aku dulu masa bebudak pun teruja gak dengan mask doktor ni. Bayangkan kalau bebudak sekolah sekarang datang ke sekolah dengan mask yang berbagai bentuk dan fesyen. Ada pula nanti kes pelajar saling bertukar dan pinjam meminjam mask sesama sendiri sebab nak merasa pakai mask yang lebih ‘canggih’ sikit kononnya. Kalau dok asyik saling bertukar dan pinjam-meminjam mask sesama sendiri sebab nak merasa pakai, nanti esok lusa keluar pula berita mengatakan pelajar sekolah dijangkiti wabak H1N1 yang disebabkan oleh medical mask. Sebabnya, salah sorang pelajar kat sekolah tu yang pakai mask memang dah dijangkiti virus H1N1 ni… Adoi! Pulokkk…

Nak Sakit dan Mati Pun Kena Bayar

Posted in Bencana, Kapitalis, Perubatan on 29 Julai 2009 by Najwa Aiman

Dalam berita TV dua hari lepas ada laporan tentang berlakunya satu kematian akibat wabak H1N1 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya ek? Permaisuri aku yang kerja di hospital swasta bagi tahu bahawa sekarang ni semua hospital swasta yang menerima pesakit H1N1 tak boleh lagi dihantar atau ditransfer ke hospital kerajaan. Tak tahu le kenapa. Hospital kerajaan dah penuh agaknya ek? Dah tak larat nak tampung bilangan pesakit H1N1 yang semakin bertambah ni.

Rakan ofis tadi bagi tahu ujian bagi menentukan influenza di hospital kerajaan ialah percuma. Permaisuri aku bagi tahu ujian yang sma di hospital swasta lebih kurang RM100++. Mereka yang datang ke hospital swasta mesti melalui screening dulu di pintu masuk. Kalau hasil screening tu mengesyaki orang tu ada H1N1, maka serta-merta topeng muka akan diberikan. Free ke? Boleh jalan! Kena charge la topeng tu. Berapa ringgit entah.

Adoi laaa… Kan aku dah kata dulu, sistem kesihatan negara kita dah berkonsepkan Wang atau Nyawa sekarang ni kan?

Haiyaaa…! Nang Bo Ti Nang…!

Posted in Sosial, Undang-undang on 28 Julai 2009 by Najwa Aiman

Aku jumpa laporan ni dalam The Star Online hari ni—

100 ex-Malaysians march to press for British citizenship
By CHOI TUCK WO

LONDON: More than 100 Malaysian British Overseas Citizens (BOCs) staged a peace march yesterday as part of their campaign to lobby for British citizenship.

Most of them are from Penang and Malacca who had renounced their Malaysian citizenship but now find themselves stateless as they are not entitled to British nationality.

They are part of over 500 BOCs in Britain who are in a quandary after being misled into giving up their Malaysian passports as a route towards acquiring British citizenship…

Pulok… Barangkali semasa relinquish Malaysian citizenship tu, masing-masing bercakap keluar ikut hidung. “I am no more Malaysian. I am now proudly the Queen’s subject of Great Britain.”

Barangkali selepas tu, masing-masing kembali bercakap keluar ikut mulut. “Haiyaaa…! Now what aaa…? Don’t play-play you know…! Now where to go maaa…?”

By law of the Queen’s land of Great Britain, my good man, you can go to the Queen’s prison. Nevertheless, you may, if you so wish, my good man, apply to revert to being a humble Malaysian citizen.

Memori Pijak Kasut

Posted in Nostalgia, Puisi on 28 Julai 2009 by Najwa Aiman

Ada ketikanya
terngiang-ngiang di telinga
irama gelak ketawa
dan terbayang-bayang di mata
senyuman dan wajah ceria
tatkala fikiran menggali memori
lantas membongkar emosi
semasa ku terpandangkan
kasut-kasut penumpang LRT

Belasungkawa Yasmin Ahmad

Posted in Filem, Semasa, Takziah on 28 Julai 2009 by Najwa Aiman

Karyawan, pengarah dan pembikin filem, Yasmin Ahmad, sudah pun meninggalkan kita yang masih di alam fana. Almarhum sudah melangkah ke alam ketiga dalam perjalanannya dan perjalanan kita semua untuk menghadap Allah SWT.

Al-Fatihah buat beliau…

Kerana Tidak Disampaikan…

Posted in Islam, Sejarah on 28 Julai 2009 by Najwa Aiman

Semasa Inggeris meninggalkan bumi India dan memberikan India kemerdekaannya, para ulamak India dan Pakistan menangis kesedihan. Sedih bukan sebab nak berpisah dengan Inggeris. Sedih bukan sebab India dapat kemerdekaan. Sedih bukan sebab tak dipilih dan dilantik oleh penjajah Inggeris memegang jawatan tinggi politik sebelum depa berhambus balik ke United Kingdom.

Para ulamak India dan Pakistan sedih sebab penjajah Inggeris datang ke bumi mereka sebagai kafir, dan pulang semula ke negara asal mereka masih lagi sebagai kafir. Mereka sedih sebab mereka gagal memohon hidayah daripada Allah SWT untuk para penjajah tu semua agar para penjajah tu mendapat nikmat Islam dan iman sebagaimana Allah SWT telah berikan kepada para nabi dan rasul serta para sahabat Rasulullah SAW.

Dan para ulamak yang berjiwa murni ini tidak pernah menyalahkan penjajah yang menjajah mereka.