Arkib untuk 1 Julai 2009

Malaysia? Kuala Lumpur? Melayu?

Posted in Bahasa, Semasa on 1 Julai 2009 by Najwa Aiman

Semasa sarapan kat kedai tadi aku tonton saluran mana entah kat TV gergasi kedai tu. Masa tu ada ramalan cuaca dunia menunjukkan peta Asia Tenggara. Semenanjung Malaysia dan Borneo memang nampak jelas. Singapore nampak satu dot je. Tapi label-label bandar raya atas peta tu yang kelihatan selain Brunei, Jakarta dan Bangkok, ialah Singapore. Tak ada label Kuala Lumpur… eheks… Label Malaysia pun tak ada… ekekekekeke… Eloklah tu… Kurang sikit orang luar masuk ke sini dalam musim A-H-satu-N-satu, musim durian dan musim petai ni. Boleh ke durian dan petai memusnahkan virus A-H-satu-N-satu?

Profesor Ungku Aziz kata bahasa Matematik ialah nombor dan simbol. Tak ada kena mengena dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Sains pun sama le juga, kan? Bila ada presentation saintifik atau matematik maka tak perlu ada komunikasi lisan. Para saintis WHO boleh faham tulisan A H(1N1). Cukup. Jangan nak mengada-ngada ajak sembang lisan pula. Karang kalau sebut A-H-satu-N-satu nanti… Eh? Kejap… kejap… Tu bahasa Melayu kan? Bahasa Melayu bukan ke bahasa ilmu a.k.a. bahasa paling mulia antara sekelian bahasa di dunia? Ya tak ya gak…

Maknanya aku salah sangka selama ni. Mati-mati aku selama ni aku sangkakan PPSMI tu berkaitan dengan kaedah mengajar dan belajar. Bukan ek? Adoi laaa…

Bukan “One”! “Satu”!

Posted in Bencana, Perubatan, Semasa on 1 Julai 2009 by Najwa Aiman

Pagi semalam radio kata bilangan pesakit influenza A(H1N1) (atau kalau bukan mengikut istilah PPSMI,  A-H-satu-N-satu) kat Malaysia dah jadi seratus lebih. Tak perasan pula sama ada 104 atau 144. Jumlah seluruh dunia menghampiri 71,000. Meriah sungguh. Kemudian, di negara mana entah, salah sorang pesakit mati walaupun dah diberikan suntikan apa-nama-entah yang biasa diberikan kepada pesakit A-H-satu-N-satu sebelum ni. Pesakit sebelum ni semua okey, dia tu sorang pula yang mati. Innalillaah… Mungkin ada allergy lain agaknya. Jangan-jangan virus A-H-satu-N-satu dah berjaya adaptasi diri kepada suntikan tu pula ek? Adoi laaa… Ni baru betul-betul penyakit yang tak pernah diturunkan kepada umat terdahulu. Terdahulu tu maknanya lama lama lama lama lama lama sangat terdahulu la, sebab virus A-H-satu-N-satu ni dah pernah menyerang Sepanyol pada tahun 1918 dulu.

Permaisuri aku sebut H.I.N. Jadi sesiapa yang diuji positif ada A-H-satu-N-satu tu dia sebut H.I.N. positive. Dah macam HIV positive le pulok bunyinya kan? Eheks…