Arkib untuk 4 Julai 2009

Lebih Dua Puluh Tujuh Tahun Dulu

Posted in Nostalgia on 4 Julai 2009 by Najwa Aiman

Hampir sebulan dah perancangan ni dibuat sebenarnya. Yen dan Yannie bertungkus-lumus to make it happen. And so it did!

Kau orang memang bestlah geng! Dua puluh tujuh tahun tak jumpa dan kita semua rupa-rupanya dah jadi pemurah kepada tukang jahit. Semua nak bagi duit lebih sikit kepada tukang jahit. Bagus… bagus… Yang dulu kecil-kecil sekarang dah besar panjang rupa-rupanya. Kalau beratur memang kompem takkan kena duduk baris depan lagi dah. Dah beranak-pinak pula bagai beb! Ekekeke… Alhamdulillaah…!

Ada yang tak dapat stay back lepak sampai enam lebih tadi sebab dah plan nak bawa anak-anak tonton Transformer. Alahai… kita-kita ni bukan Transformer ke? Tu yang dah boleh bagi duit lebih kat tukang jahit tu, maknanya kita pun dah jadi Transformer le tu… Badan sudah tukar saiz… haiyaaa…

Dan oleh kerana kisah yang digali semula berusia lebih dua puluh tujuh tahun yang lalu, sedangkan memori masing-masing masih microprocessor 256MB, jadi proses pengembalian data tu tidaklah serancak microprocessor 40GB… ekekeke… Tapi yang penting, walaupun lambat, tetapi akhirnya ingat juga. Tu yang penting!

Yes! Of course aku setuju buat gathering lagi beb! Tapi kali ni biarlah kat tempat yang murah sikit ek… Parking aku tadi pun dekat dua puluh ringgit tau!

p/s: Gambar-gambar ni sebahagiannya aku kidnap daripada FB Khairil… tak apa kan?

Janganlah Kau Putuskan HidayahMu

Posted in Bencana, Budaya, Etnik, Islam, Semasa on 4 Julai 2009 by Najwa Aiman

Aku sangat tak suka berita dari Harian Metro semalam. Aku rasa tak sedap hati sejak semalam sampai hari ni. nak pergi ke Hotel East In untuk enjoy dengan kengkawan lama lepas ni pun dah rasa tak berselera.

Saya bukan kafir
Oleh Zalifah Mohd Yatim

MUAR: …Biarpun tidak mengetahui maksud di sebalik seruan solat itu, Lina Poh Abdullah, 62, sering bangun jam 4 pagi semata-mata untuk mendengar azan sebelum terpaut menjalani kehidupan sebagai orang Islam seperti kebanyakan penduduk di kampungnya.

Akhirnya pada 2006, dia memeluk Islam bersendirian manakala bekas suami dan empat anak masih menganut agama asal.

Bagaimanapun, dia yang baru bernikah dengan lelaki lain hampir dua bulan lalu kesal berikutan dihina, malah dituduh kafir apabila menegur perbuatan sekumpulan remaja supaya tidak melepak dan membuat bising berhampiran rumahnya…

…Paling menyedihkan, dalam kejadian terbaru Jun lalu, beberapa remaja tergamak menyuruhnya keluar Islam….

…Apabila masalah itu diajukan kepada pemimpin masyarakat, dakwa Lina, dia diminta berpindah jika tidak boleh menerima suasana kejiranan di situ…

Dan aku sangkakan bahawa orang yang menyuruh seorang yang lain keluar daripada Islam, atau tidak menjadi Islam hanyalah Iblis dan kaum kerabatnya saja. Malah soerang Muslim yang perangai sebusuk tu sudah pun mengistiharkan dirinya sendiri keluar Islam.

Seperti biasa, laporan sebegini akan diiringi temuramah dengan orang-orang dan pakar-pakar berkaitan. Biasanya yang ada ‘power’ macam The Power of Greyskull le… eheks… lawak bodoh pulak ek? Anyways, depa interview Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin. Antara lain laporan tu memetik bahawa Datuk Mufti cakap—

…umat Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan saudara baru bukan dengan mencaci dan menghina mereka.

Katanya kehadiran saudara baru perlu diterima secara terbuka dengan sentiasa diberi sokongan sebaik mungkin supaya menjadi mukmin sejati…

“Jurang pemisah atau sempadan antara saudara baru dengan umat Islam asal tidak seharusnya wujud kerana dalam agama akidah yang menyatukan kita. Kehadiran mereka menambah lagi kekukuhan Islam,” katanya.

Zaman aku rancak beromen dulu, satu pertubuhan dinamakan Al-Arqam dah established kukuh dalam negara ni. Pertubuhan tu ramai, kaya, berswadaya dan mengamalkan ajaran dan cara hidup Islam. Malah, orang jahat macam aku dan setan-setan yang lebih teruk daripada aku pun respek gilos pada Al-Arqam tu.

Pada suatu hari, Syeikhul Arqam ditahan pihak berkuasa atas tuduhan membawa ajaran sesat. Pertubuhan Al-Arqam diharamkan. Sebenarnya aku terkejut sangat bila dia orang kata Al-Arqam sesat. Malangnya sampai ke hari ni aku masih tak clear apa yang menyebabkan al-Arqam dan Syeikhul Arqam – Asha’ari – dikatakan sesat dan membawa ajaran sesat. Pemimpin ajaran sesat yang lain yang ditangkap memang clear kat mana sesatnya dia orang tu. Penjelasan pihak berkuasa memang jelas tentang kesesatan dia orang. Tapi perihal Asha’ari ni… hmmm…

Walaupun aku bukan anggota Al-Arqam, tapi sebenarnya dah beberapa kuantiti jugalah produk bacaan Al-Arqam yang pernah meresap masuk jiwa aku. In fact, kekadang aku boleh menangis macam bebudak bila baca kisah-kisah dan riwayat di dalam produk Al-Arqam. Aku dapat amalkan banyak ilmu dan ibadat melalui produk Al-Arqam. Aku dapat tambahkan perbendahraan ilmu – terutamanya tentang sejarah Islam dan perjuangan serta fitnah-fitnah yang melanda Islam – melalui produk Al-Arqam.

Dan aku tahu for a fact that markas Al-Arqam di Sungai Penchala dulu akan menjemput Lina Poh Abdullah sebagai pemastautin baru perkampungan mereka lantas menjamin bahawa Lina Poh terus berada di dalam iman atas pilihannya sendiri. Seikhlasnya sekarang i aku memang benar-benar berharap Al-Arqam masih wujud sebab aku tau aku sendiri tak mampuu nak buat apa-apa mempertahankan akidah seorang saudari baru, dan selepas baca kenyataan orang paling berkuasa dalam pentadbiran agama Islam negeri tu, aku juga dah tahu sekarang bahawa bukan aku sorang je yang tak terdaya nak tolong.

KITA – majoriti Msulim – yang halalkan wakil kita di atas sana buat apa yang mereka telah buat, dan akan terus buat. KITA.

p/s: Lepas ni aku pula dituduh cuba nak hidupkan Al-Arqam walaupun aku tak pernah jadi anggota pun ek? Adoi laaa…

Ya Allah yang Maha Pengasih. Janganlah Kau putuskan hidayahMu daripada kami. Dan janganlah Kau azab kami dengan azab pedihMu atas kelemahan kami. Berikanlah kami kekuatan. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa selain daripadaMu Ya Allah!