Hujan Dari Langit Ke Tanah

Kuat juga bunyi guruh tadi. Dua kali. Sekarang hujan dah turun. Dulu-dulu, asal hujan aja suasana mesti sejuk, dingin, nyaman… errr… basah. Atas bawah basah. Luar dalam basah. Kalau kebetulan masa hujan turun tu dok kat outdoor dan tak dapat cari tempat berlindung, best! Rasa segar jek! Lepas tu demam! Eheks…

Sekarang? Guruh bunyi aja kelam-kabut lintang-pukang cari tempat berteduh. Siapa pun tak hendak ditimpa hujan di KL ni. Katak pun kalau dapat belajar Sains dan Matematik dalam bahasa katak, mesti depa pun lintang-pukang sembunyi bawah tempurung. Boleh botak kepala kalau selalu ditimpa hujan KL ni. Lagipun hujan sekarang ni tak semestinya menjadikan suasana sejuk. Basah tu dah tentulah. Tapi basah air hujan je la…

Bumi dah tua kan? Dah sakit dan dah tenat. Barangkali dah nazak pun. Michael Jackson pun dah kembali ke bumi hari ni. Khabarnya dalam keranda bersalut emas. Kaya sungguh. Yang aku tahu selebriti yang matinya dimasukkan dalam keranda bersalut emas atau pun emas solid ni ialah Firaun kan? Apalah nasib Michael Jackson. Diperbuat sesuka hati oleh orang yang masih hidup. Yang hidup tu nanti terpaksalah menjawab dengan Allah SWT kelak akan perbuatannya ke atas si mati.

Wallaahu a’lam…

8 Respons to “Hujan Dari Langit Ke Tanah”

  1. salam…

    bkn ke baru nak kebumi malam ni waktu malaysia?

    • Ha’ah… malam tadi baru kebumi. Selesailah sudah tanggungjawab Michael Jackson sebagai manusia dan tanggungjawab warisnya yang hidup dalam menyempuirnakan fardu kifayah mereka adanya… Di akhirat nanti masing-masing kena jawab sendiri.

  2. aku tengok berita, warna je emas

    tapi otak dia dorang buat otopsi jd mungkin otak tu lepak dalam balang je l

    • Keranda tu bersalut emas, bukan emas solid. Otaknya memang dah dikeluarkan sebab ujian siasatan belum selesai.

      Apa-apa hal pun, Michael Jackson dah putus segala amalannya, dan dah takboleh nak tebus dosa atau tambah pahala lagi, melainkan melalui sedekah jariahnya dan ilmunya yang dimanfaatkan. Kaedah ketiga dia tak dapat – anak-anak yang soleh yang mendoakannya – sebab dia tak ada anak. Betapa pentingnya berkahwin dan mempunyai ramai anak-anak yang soleh dan solehah… adoi laaa…

  3. ramai anak dari sorang isteri ke dari banyak banyak isteri?

  4. entah2 mike tak masuk islam pun…ermmmm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: