Arkib untuk 9 Julai 2009

Cangkung Atau Duduk?

Posted in Quips on 9 Julai 2009 by Najwa Aiman

Cangkung pun boleh, duduk pun boleh. Tapi kalau ada pilihan, aku prefer jamban cangkung. Sebab? Kau orang nak tau ke sebabnya? Tak nak sudah. Kalau nak silakan baca.

  • Tak perlu lucut habis seluar. Londeh sikit dah boleh teruskan dengan proses berak.
  • Lebih hygenic. Apa? Kau orang tak pernah ke terjumpa saki baki sehelai dua bulu haper entah yang tertinggal kat flap mangkuk tandas duduk tu? Titisan kuning bekas air kencing yang dah kering bersepah-sepah atas flap? Mana kau orang tau pengguna tandas tu sebelumni tak ada kurap atau kayap atau pekung kat bontot? Dan most importantly, jamban cangkung airnya tak memercik naik semula ke atas bila taik keras berak batu jatuh ke dalamnya… yiiieeekkkhhh…!
  • Senang basuh. Tak kiralah pakai air atau tisu. Keadaan mencangkung memudahkan tangan dan jari-jemari sampai ke bahagian yang tak dapat dicapai dalam keadaan duduk mahupun berdiri. Tak percaya? Tak pernah basuh berak ke?
  • Jimat masa. Mencangkung ni lenguh. Jadi tak boleh berak lama-lama. Ingat msa yang digunakan sepanjang berak tu boleh datangkan faedah ke?
  • Pergerakan lancar. Posisi mencangkung bererti sebelah paha himpit perut, dan sebelah tumit menjarakkan serviks. Laluan terowong sehala tu lebih terbuka ditambah dengan bantuan kelancaran trafik dari punca laluan… hihihihi…
  • Dapat pahala. Yalah! Berak pun boleh dapat pahala tau! Boleh jadi ibadat. Ibadat sunnah mengikut adab dapat pahala tau!

Apa benda itu mamak sudah taruk dalam Maggi aku tadi ek? Jom berak!

Lelaki… Boleh Blah… ahah!

Posted in Fiqh, Islam, Sumber, Teknologi on 9 Julai 2009 by Najwa Aiman

Ni memang berita menakjubkan dari Kosmo siot!—

Sperma lelaki dicipta di makmal

NEWCASTLE – Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.

Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.

Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.

Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). – Agensi

Kalau ada masa kena cari artikel ni! Errr… ni tak bermakna bahawa wanita dah tak perlukan lelaki langsung lagi dah selepas ni kan? Entah… Kena baca dulu. Kalau kaedah penghasilan sperma buatan ni tak memerlukan lelaki langsung, bererti wanita memang tak perlukan lelaki lagi dah dalam dunia ni untuk tujuan nak dapat anak. Perghhh…! Boleh jalan daaa sama jantan lepas ni… ekekekekeke… Aiyaaarrrkkk…! Boleh laris alat sokongan rangsangan seksual seperti vibrator kalau macam ni. Lesbian pun bertambah. Homo seks pun bertambah juga agaknya, sebab perempuan dah ada vibrator. Alat rangsangan seks untuk lelaki pun akan laris juga nampaknya… hmmm…

Tapi aku harap penghasilan sperma buatan tu masih memerlukan sel-sel dariapda lelaki le untuk dihasilkan. Doa anak yang soleh ialah salah satu daripada tiga penyambung amal selepas mati beb!

Servis Hotel Ni Halal Tak?

Posted in Bencana, Fiqh, Islam on 9 Julai 2009 by Najwa Aiman

Semalam ada laporan dalam Harian Metro tentang makanan di hotel—

90 peratus hotel tiada sijil halal
Oleh Efindi Badarudin

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mengesahkan hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel, termasuk hotel bajet di seluruh negara mempunyai pensijilan halal…

…Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata daripada jumlah 170 pengeluaran sijil halal kepada hotel itu hanya 15 sijil dikeluarkan kepada hotel bertaraf lima bintang, 23 di hotel empat bintang, 101 di hotel tiga bintang dan 14 di hotel dua bintang…

…“Permohonan pensijilan halal dari hotel serta industri makanan dan minuman adalah secara sukarela seperti juga industri lain yang tidak mengenakan syarat wajib.”…

Teringat pula tentang entri yang aku tulis dulu berkenaan “Vegetarian Char Siew Chicken”. Agaknya tu le yang dimaksudkan oleh nama makanan tu ek? Chicken dalam menu tu halal. Maknanya chicken, beef, mutton dan lain-lain ramuan dalam menu yang lain di hotel tu jenis tak halal ek? Adoi laaa…

Rasa-rasanya dalam blog Khayal yang lama dulu aku ada merapu mencadangkan digubal undang-undang mewajibkan logo TIDAK HALAL bagi semua produk dan premis yang tak diiktiraf HALAL. Ertinya setiap produk dan restoran serta premis jualan makanan wajib letak logo TAK HALAL macam sesetengah bahagian jual daging di supermarket. Kalau tak letak, boleh dihukum. Yang tak mahu letak logo TAK HALAL mesti dapatkan pensijilan HALAL daripada pihak berkuasa terbabit.

Zaman la ni lebih banyak benda-benda tak halal di sekeliling dan di dalam kehidupan kita daripada yang HALAL kan? Kalau undang-undang cadangan merapu aku tu jadi kenyataan, memang meriah logo le nampaknya negara Malaysia ni kan? Extend sikit pensijilan HALAL tu meliputi servis hotel yang berkaitan urut-mengurut pun okey gak… eheks…

But then again, Muslim Malaysia ni sendiri pun bukannya ambil kisah sangat pun benda yang depa makan tu halal ke tidak… kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Personal About MJ

Posted in Nostalgia on 9 Julai 2009 by Najwa Aiman

Dapat gak aku tonton pengebumian Michael Jackson malam tadi. But then again rakan ofis kata sebenarnya jenazah MJ masih beljum ditanam ek? Depa belum decide nak tanam di perkuburan Muslim atau bukan ek? Entahlah…

Sejak hari tu aku dok selongkar kotak-kotak atas gerobok nak cari semula CD album Dangerous dan single Heal the World Michael Jackson yang aku beli masa kat UK dulu. Eheks… Time gini baru sibuk nak cari semula ek? Hampes…!

Oleh kerana elaun student ni tak macam elaun bini jutawan, maka aku cuma beli CD second hand je sepanjang berada di sana. Tuan punya CD asal album tu mesti tepuk kepala dan tepuk punggung msa Michael Jackson meninggal hari tu ek? Nyesal agaknya pergi jual CD tu dulu… ekekekekeke…

Anyways, aku dah jumpa semula album Dangerous tu atpi belum pasang CDnya. Aku beli tu pun sebab album tu ada banyak gak lagu yang aku minat especially Will You be There. Kalau tak memang aku tak beli le. Duit elaun aku bukannya cukup nak tampung makan sebulan pun… isy…